BAB 47

6.7K 258 2
                                    

Selesai menyediakan sarapan, Ainal berlalu ke bilik tidur yang pernah menjadi biliknya dulu sebelum dia berpindah ke bilik utama untuk mengejutkan Harraz. Tiba sahaja di depan pintu bilik, langkahnya terhenti. Teringat perihal malam tadi. Harraz marahkannya. Ainal kembali suram. Harraz tidak mempercayainya lagi

Ainal cuba senyum walaupun hatinya rentak seribu. Dia cuba memperbaiki hubungannya dan meraih kepercayaan Harraz semula. Dia harus menjelaskan segalanya. Ainal angguk.

"Nak apa?" Terkujat Ainal mendengar suara garau itu. Ainal mendongak. Harraz sedang memandangnya tajam. Haruman lavender menerpa hidung Ainal. Tahulah dia bahawa suaminya itu sudah mandi.

"Ainal nak ajak abang sarapan sama."

"Tak lapar." Harraz terus beredar dari bilik itu. Ainal mengejar Harraz lalu menarik lengannya.

"Abang..."

Harraz membisu.

"Abang... Ainal minta maaf. Apa yang abang tengok malam tadi, semuanya salah faham. Lelaki tu bos Ainal. Bukan siapa-siapa." Ucap Ainal, lembut. Harraz sedikitpun tidak memandangnya.

"Abang? Abang tak percayakan Ainal ke?"

Harraz masih dalam reaksi yang sama. Ainal melepaskan lengan Harraz perlahan. Hatinya semakin perit.

"Tak apa. Ainal faham." Ainal menunduk. Air mata cuba ditahannya.

"Baguslah, kau faham." Ujar Harraz sebelum berlalu. Ainal terkedu. Kenapa Harraz berubah sedrastik ini?

--------------------

"Lambat you datang?" Tegur Damian setelah terserempak dengan Ainal yang baru sahaja tiba di pejabat. Ainal mengusap dadanya perlahan. Terkejut.

"Damian.."

"Any excuses?" Damian berpeluk tubuh. Ainal mengeluh halus.

"I minta maaf. Tadi I tunggu teksi lama sangat. Lepas tu jalan jammed. Tu yang terlambat ni." Ainal senyum hambar. Damian menaikkan keningnya.

"Ke-kenapa?"

Damian menunjukkan matanya. "Tu. Mata tu sembab kenapa?"

"Sem-sembab eh?" Ainal menunduk.

"You salah tengok kot?"

Damian menggeleng.

"It's so obvious."

Ainal ketawa kepura-puraan. "Tak lah. Eh, I masuk dulu lah tau. Banyak kerja tu. Bye."

Laju Ainal menerobos ke dalam biliknya. Damian tersenyum kecil. Macamlah aku tak tahu kau menangis, Ainal.

-----------------

Harraz termenung sendirian di Coffee Shop. Sesungguhnya dia berasa bersalah pada Ainal. Namun, hatinya sakit apabila benda yang sama terjadi padanya dahulu kini terjadi semula. Ego?

Ya. Dia sangat ego.

Harraz meraup wajahnya. Fikirannya kembali melayang ke perbualan antara dia dan Shauqi semalam.

"Bro, kita lelaki. Ada ego. Tapi, jangan menangkan ego tu. Nanti makan diri, kau yang merana."

Memang dia merana pun sekarang. Dia rasa menyesal melihat air mata Ainal semalam. Tapi, dia berniat ingin membuatkan Ainal belajar dari kesilapan. Dan, jangan melupakan dirinya sebagai suami. Cemburu? Ya. Dia cemburu.

"Balik. Tanya dia elok-elok."

Harraz tersentak. Memang dia tanya elok-elok tapi, dia langsung tak berikan ruang pada Ainal untuk menjelaskan semuannya. Malah, menuduh Ainal yang bukan-bukan. Harraz menggelengkan kepalanya. Teruk kau ni, Harraz! Kau dah kecewakan Ainal lagi!

Mr. Sour TalkerWhere stories live. Discover now