BAB 15

13.8K 543 1
                                    

Ainal yang agak kalut mengangkat semula meja kerja Harraz yang terjatuh sewaktu dia mencari kunci pendua biliknya lalu diletakkan di tempat asalnya semula. Kunci pendua tersebut berjaya dijumpainya terselit di belakang meja kerja itu namun, oleh kerana tangannya agak pendek untuk capai, dia segera menarik meja tersebut tanpa dia ketahui bahawa meja itu sangat berat. Haaa. Akhirnya, terjatuh menyebam lantailah meja tu. Nasib baik Ainal cepat mengelak. Kalau tidak, mahu patah pinggang gadis itu.

Telinga Ainal menangkap suara Harraz dan seseorang di balik muka pintu. Gelabah Ainal dibuatnya tatkala tombol pintu bilik itu bergerak-gerak.

"Apasal pintu bilik kau berkunci ni, Raz?" kedengaran suara garau yang cukup asing bergema di luar bilik Harraz. Ainal telan liurnya. Siapa tu?

"Err. Kunci tombol ni rosak. Dah lama aku tak repair," Ainal mengecam suara itu. Suara Harraz!

"Kau tak repair? Habis tu macam mana kau tidur? Buat kerja apa semua? Semua tu kan dalam bilik ni?"

Ainal menepuk dahinya. Hek eleh mamat sorang ni. Banyaklah cakap. Blah jelah dari sini. Aku dahlah tengah nervous. Getus hati Ainal.

"Aku--buatlah kat mana-mana. Hish. Kau ni dah la. Jom turun!"

"Eh lepaslah tangan aku ni. Meh aku tolong rempuhkan pintu ni sebab aku nak tengok benda apa yang terjatuh tadi..."

Ainal membulatkan matanya. Kakinya terundur perlahan-lahan ke birai katil. Matanya masih melekat ke arah pintu bilik itu. Oh no. Damn.

"Tak payah. Nanti aku tengoklah. Dah, jom turun. Air kau tak sejuk nanti," ujar Harraz.

"Tak apalah. Aku nak make sure yang bilik kau ni selamat. Mana tahu tadi ada perompak yang nak pecah masuk ke? At least, aku ada kat sini boleh tolong kau belasah. Kalau kau sorang, mana tahu perompak tu ramai ke? Haa habislah kau, Raz," Tengku Irham berkata seraya menekapkan telinganya pada pintu bilik tersebut. Tangannya pula cuba memulas-mulas tombol pintu yang ketat dek dikunci dari dalam. Harraz menarik bahu lelaki itu.

"Ah, biarlah. Nak risau apa? Aku dah besar kut. Heh. Sera-"

Ding dong.

Bunyi loceng rumah ditekan mematikan suasana di depan bilik Harraz. Tengku Irham memandang aneh ke arah Harraz. Ainal yang berada dalam bilik pula sudah berpeluh-peluh cemas.

Siapa pulak yang datang tu?!










































































Jeng jeng jeng. Sorry, gais. Gurau je. Kahkahkah.

-----

Harraz membuka pintu rumah seluasnya bagi membenarkan Dato' Azamuddin dan Datin Zubaidah menapak masuk. Tengku Irham melayangkan senyuman manis bak gula Melaka sambil bersalaman dengan Dato' Azamuddin.

"Morning, daddy! Hai, ummi!" sapa Tengku Irham ceria. Harraz menjulingkan matanya tanda menyampah dengan kemesraan ummi dan daddynya bersama rakan baiknya itu. Dengan anak sendiri, tak adalah sampai peluk macam tu. Huh. Desis hati Harraz.

"Am sihat? Buat apa kat sini?" Datin Zubaidah bertanya seraya berjalan menyaingi suaminya dan Tengku Irham ke sofa.

"Alhamdulillah, sihat. Ummi dengan daddy macam mana?" jawab Tengku Irham sambil tersenyum sehinggakan matanya yang sepet bertambah sepet.

"Alhamdulillah, Am. Ummi dengan daddy macam ni jelah. Ni, Am buat apa kat sini?"

"Am nak balik dah ni, ummi. Tadi dia kata dia saja nak datang mengacau." Belum sempat Tengku Irham membalas, Harraz terlebih dahulu menyampuk. Tengku Irham menaikkan keningnya kepada Harraz.

Mr. Sour TalkerWhere stories live. Discover now