BAB 42

7.4K 306 5
                                    

Harraz merenung wajah polos Ainal yang ketiduran sambil mengusap jari-jemari Ainal. Hampir tercabut jantung dia mendengarkan berita yang disampaikan daddynya 30 minit yang lalu. 'Ainal pengsan,'. Sepantas kilat Harraz memandu ke hospital yang dikatakan daddynya. Haniz pun turut dibawanya sekali sebab kerisauan yang bagai nak gila dalam hatinya terhadap Ainal. Sesampai sahaja dia di hospital, Liyana yang menyambut dia dan Haniz.

"Encik Harraz, rasanya saya kena balik pejabat dululah ya? Waktu lunch saya dah nak habis ni. Maaf ya, saya tak boleh lama-lama kat sini," ujar Liyana di muka pintu wad. Harraz menoleh.

"Oh, tak apa. Apapun terima kasih, Liyana. Kalau awak tak ada, tak tahulah apa jadi dengan Ainal," Harraz mengatur langkah ke arah Liyana. Liyana senyum kecil lalu mereka menapak keluar. Aduhai, bukan saya yang hantar Ainal ni ke hospital! Damian yang hantar! Desis hati Liyana.

"Liyana?"

"Ah-- yy--ya?"

"Terima kasih,"

"Hmm.. sama-sama. Saya pergi dulu, encik."

"Ya. Hati-hati,"

Liyana mengangguk lalu berjalan pantas. Harraz menggelengkan kepalanya melihat Liyana kekalutan. Lebih kurang macam Ainal. Keh! Eh? Kejap. Isteri aku! Cepat-cepat Harraz menerobos masuk ke dalam wad isterinya. Kelihatan Ainal sedang mencelikkan matanya. Harraz duduk atas bangku di sisi katil Ainal. Tangan Ainal dicapainya.

"Sayang?"

Ainal menyepetkan matanya akibat silauan cahaya lampu. Matanya menyorot ke sebelah. Wajah Harraz yang sedang tersenyum menjadi tatapannya.

"Ab--abang?"

"Alhamdulillah! Sayang dah bangun!" Harraz mencium tangan Ainal sebelum ciuman itu berpindah ke seluruh wajah Ainal. Naik rimas Ainal dibuatnya. Suka tu, mestilah suka tapi bawalah bersabar sikit. Tak lari mana pun muka Ainal tu.

"Abang..."

"Hmm..." ciuman di wajah masih belum ditamatkan. Ainal mengeluh.

"Abang, sudahlah.."

"Hah? Oh... sayang tak selesa eh?"

Ainal tersenyum. "Muka Ainal ni tak lari mana pun,"

"Oh... hehehe. Sorry, sayang. Abang gembira sangat sayang dah sedar. Nanti abang sambung kat rumah eh?" Harraz mengenyitkan matanya. Ainal tertawa kecil.

"Nakalnya,"

"Dengan sayang je," Harraz tersenyum senget. Mereka berjeda sebentar.

"Hmm... kenapa Ainal ada kat sini?"

"Sayang pengsan. Liyana-- sayang kenal kan?"

Ainal mengangguk. "Hah. Liyana yang hantarkan sayang ke hospital. Daddy call abang. Terkejut gila tau abang. Nasib baik jantung abang elok lagi. Abang drive laju-laju sampailah sini,"

"Abang ni saja nak booking tiket maut ke? Ada ke patut drive laju-laju?"

"Abang risau sangat dengan sayang. Tengoklah muka sayang ni pucat je," wajah Ainal dielus lembut. Ainal tersenyum terharu.

Bibir Ainal pula diusap Harraz. "Haaa, bibir ni pun dah tak strawberry macam selalu. Tapi tak apalah, still comel. Abang tetap suka,"

"Abang! Sempat lagi eh!" Ainal menampar tangan Harraz kegeraman. Haih. Harraz ketawa mengekek. Pintu wad terkuak. Serentak mereka berdua memandang ke arah tersebut. Terjengul wajah cantik Haniz.

"Raz-- oh... hai???"

Ainal duduk dari perbaringannya. Tercengang dia tengok Haniz yang persis model. Baik dari segi pakaian mahupun rupa parasnya. Cantik gila! Jangan-jangan...

Mr. Sour TalkerWaar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu