BAB 38

10.6K 355 0
                                    

Jam telah menunjukkan jam 12.30 tengah hari ketika Ainal baru sahaja selesai membaca lima fail syarikat bapa mertuanya. Fuh. Ada banyak lagi yang dia harus baca. Naik juling matanya menatap tulisan yang ada dalam fail tu. Pening. Pintu biliknya diketuk seseorang.

"Masuk!" arah Ainal dari dalam. Dia bersandar malas. Terjengul gerangan Liyana sedang tersenyum.

"Jom lunch. Laparlah." Liyana berdiri di depan meja Ainal.

"Dah lunch ke?"

"Ya, Ainal yang comel. Awak tak lapar ke?"

"Lapar. Lapar ni, cik."

"Ainal. Kan saya dah cakap. Panggil saya, Kak Liya aje. Tak perlulah bercik-cik. Kita sama pangkat. Cuma, saya lagi tua dari awak."

Ainal tersengih. Fail-fail yang berlambak di mejanya pantas dikemas. Beg tangannya dicapai sambil membetulkan selendangnya yang agak senget sedikit.

"Hmm, alright kak. Dah, jom kita makan." tangan Liyana ditarik.

-----

"Akak baru tahu yang Ainal ni menantu dato'. Akak ingatkan Ainal anak tiri ke anak angkat, dato'." ujar Liyana setelah dua suap nasi menerjah masuk ke dalam mulutnya. Ainal hanya tersenyum.

"Macam mana Ainal dengan Harraz boleh berkahwin? Ainal ni muda-muda lagi dah kahwin. Akak ni dah 25 tahun, masih bujang." sambung Liyana, lagi. Ainal cepat-cepat menghirup jus tembikai setelah terasa tekaknya perit. Senyuman kecil dilayangkan.

"Err. Jodoh saya sampai awal, kak. Akak banyak-banyaklah berdoa, semoga akak dapat jodoh yang baik. Nanti kalau akak nak kahwin, jemputlah saya." Liyana tersenyum malu dan mengangguk. Mereka menyambung semula menikmati makanan tengah hari di kafe Golden Holdings itu.

"Kak, siapa Damian tu?"

Tersedak Liyana mendengar soalan Ainal. Merah mukanya menahan perit di tekak. Ainal berasa bersalah pula bertanyakan soalan itu.

Salah ke soalan aku tu? Hm.

"Kak Liya okay tak?"

Liyana tersengih sambil mengangkat isyarat jari tanda 'okay'.

"Damian tu eh?"

Ainal mengangguk.

"Ainal tak kenal ke?"

"Kenal? Haha. Apa pulak kak? Saya baru first time jumpa dia, pagi tadi."

"Lahhh, yeke?"

"Ya...haa siapa dia, kak?" gesa Ainal. Otaknya sibuk dok fikir siapakah lelaki yang sudah menganggapnya musuh sejak pagi tadi itu.

"Dia anak saudara, Dato' Azamuddin."

"Anak saudara?!!"

"Haa, yelah. Kenapa? Takkan Ainal tak jumpa dengan dia waktu Ainal bernikah dengan Harraz?"

Soalan yang diutarakan dan diselatankan Liyana menyentakkannya. Homahgad. Dia kahwin paksa! Ahli keluarga terdekat aje yang ada waktu majlis pernikahan tu. Patutlah muka mamat bajet-bajet mat saleh tu tak ada! Haish! Dan....biar betul mamat tu anak saudara daddy?! Perangai tak sama! Berlagak aje. Cis! Ainal bermonolog sendirian.

Ergh! Bala ni, bala.

----

Ainal menghenyakkan badannya ke atas sofa di ruang santai. Dia kini sedang meluangkan masa bersama Harraz. Ah. Nikmatnya bila rasa letih tu macam kena sedut je dengan sofa ni. Ainal memejamkan matanya. Take it easy, Ainal. Hari pertama dia bekerja sangat mencabar fizikal dan mentalnya. Oh, tak. Lebih kepada mentalnya. Semuanya sebab mat saleh celup, si Damian tu. Ada je yang tak puas hati! Menyampah!

Mr. Sour TalkerWhere stories live. Discover now