BAB 16

14.1K 500 4
                                    

"Ainal!" Datin Zubaidah meluru ke arah Ainal yang baru sahaja tiba di ruang tamu lalu dipeluknya erat. Gadis itu membalas bersama senyuman ceria.

"Ummi. Ainal rindu ummi tau," ucap Ainal setelah pelukan terungkai. Datin Zubaidah tersenyum senang sambil menarik lengan Ainal ke sofa dan duduk di sebelahnya.

"Ummi pun sayang. Dah lama Ainal tak datang rumah ummi, buatkan ummi rasa rindu sangat tau," bahu gadis itu diusap Datin Zubaidah, lembut.

"Sorry, ummi. Ainal dengan Abang Harraz sibuk sangat. Oh ya! Abang Harraz mengajar kat sekolah Ainal, ummi. Terkejut Ainal hari tu. Tak tahu pulak Abang Harraz tu cikgu," adu Ainal. Wajah Datin Zubaidah berubah riak namun ditutupnya dengan senyuman manis.

"Ehem," deheman dari mulut Dato' Azamuddin mematikan adegan bahagia Ainal dan ibu mertuanya. Pandangan Ainal terkalih ke arah hadapannya. Kelihatan wajah tua bapa mertuanya terhias indah di matanya bersama senyuman.

"Daddy! Sorry, ya. Ainal tak perasan tadi," ujar Ainal seraya bersalaman dengan Dato' Azamuddin.

"Yelah, daddy tengok aje Ainal dengan ummi leka berborak. Sampaikan daddy kat sini dilupakannya," Dato' Azamuddin mengerling sekilas ke arah isterinya. Tersipu malu wanita tua itu.

"Seronok, bang. Dapat jumpa menantu. Terlepas rindu," jawab Datin Zubaidah, sopan.

"Yelah, ummi. Menantu jelah yang ummi rindu. Anak sendiri tak rindu pun kan?" Harraz yang tiba-tiba sahaja muncul di sebelah Ainal menyampuk kata umminya. Ainal mencebik. Hek eleh. Nak merajuk pulak. Lempang kang.

"Haih, apalah kamu ni, Raz. Ummi rindu Harraz jugaklah...." Harraz menarik senyum gembira. Oh. Handsomenya dia! Ainal memuji dalam hati tanpa disedarinya.

"Tapi, Ainal juga yang ummi rindu lebih. Sorry, ya anak ummi." sambung Datin Zubaidah sebelum meledak tawa seisi ruang tamu itu. Ainal tersenyum sinis memandang Harraz di sebelahnya. Kepalanya dilentokkan pada bahu umminya. Harraz memasamkan mukanya.

"Alolo. Ummi, anak ummi ni dah monyoklah. Merajuk la tu, ummi cakap macam tu. Alolo," Ainal menggelengkan kepalanya seraya menutup mulutnya menahan tawa.

"Dia nak Ainal pujuklah tu. Haaa, pujuklah." usik Datin Zubaidah sambil tersenyum penuh makna. Membulat mata Ainal. Oh shit. Aku pulak yang terkena. Nak pujuk macam mana? Aik. Takkan nak buat depan ummi dan daddy kut? Damn it. Ainal bermonolog sendirian.

Harraz sudah menyorok senyuman kemenangan. Keningnya dijungkitkan beberapa kali. Wajah Ainal yang memaparkan riak serba-salah, mencuit hatinya. Lawak beb.

"Abang ni. Takkanlah depan ummi dengan daddy, abang nak tunjuk manja kut? Nanti Ainal pujuklah ya kat bilik? Hmm?" Ainal mencuit dagu Harraz. Terkedu Harraz dibuatnya. Ainal tersenyum sinis. Ingat aku tak berani ke, hah? Jeng, jeng, jeng. Tidak tahu dari mana muncul keberanian ingin mengenakan Harraz.

Harraz cuba mengawal riak mukanya. Dia berdehem sedikit sebelum membalas.

"Okay sayang. Nanti pujuk abang ya? Dalam bilik tau," Harraz mengenyitkan matanya seraya tersenyum senget. Ainal terkaku. Omg. Dia senyum ke tu? Cik Jantung dah mula nak melompat kijang dah. Omg! Errr...wait. Tapi kan, kenapa aku rasa senyuman tu sangat bahaya? Ahhhh. Menyesal pulak rasa.

"Eh, ummi. Ummi dengan daddy nak stay sini ya? Berapa hari?" tanya Ainal setelah berasa suasana menjadi awkward disebabkan tingkah Harraz.

"Daddy ada kerja, Nal. Ummi kamu ni yang kononnya bosan kat rumah tu nak stay sinilah," Dato' Azamuddin melirik ke arah isterinya.

"Ummi tak mengganggu ke, kamu berdua? Yelah, Ainal kan nak SPM. Takut mengganggu study time Ainal je," Datin Zubaidah pula menyoal. Ainal laju menggeleng.

Mr. Sour TalkerWhere stories live. Discover now