Pewaris

5.2K 293 0
                                    

Safiyah leka memerhati keadaan disepanjang jalan.
"Hurmmm... jauh jugak tempat kali ni. Lagi jauh lagi bagus. Tapi yang tak bagusnya kenapalah si wani tu ikut sama. Menyampahnya aku...eeee.....".

Jarinya dikepal geram. Cekmi tidur disebelahnya dengan tudung yang senget. Safiyah tersenyum lucu. Keropok ikan ditangan cekmi diambilnya.

"Dah setengah bungkus dah.." katanya. Dia geleng kepala. Cekmi memang seorang yang bertubuh gempal. Paling gempal diantara mereka berempat. Tapi cekmi juga antara yang terpenting antara mereka berempat. Kerana cekmi seorang yang pandai masak. Padanlah dengan badan..

"Lata Bukit Hijau? Air terjunlah ni? Wawww bestnya.... aku lama dah tak mandi air terjun tau.warghhh syoknya syoknya....." lengan berlemak cekmi digoncang2nya. Cekmi turut menilik keluar tingkap.

"Cantikkk..." katanya. Sebelum turun dari bas mereka diberi taklimat terlebih dahulu. Dan perkara yang paling utama di pesan ialah..

" JANGAN KOTORKAN TEMPAT INI!. JAGA KATA2 KAMU SEMUA.JANGAN CELUPAR.!DAN YANG PALING PENTING!! JANGAN BUANG BARANG PERIBADI SESUKA HATI.FAHAM?!"

Setelah semua mengangguk setuju mereka turun dalam satu barisan. Ikut peraturan. Turun saja dari bas Safiyah terus mencari kelibat 2 orang lagi sahabatnya. Kelihatan mereka berdua sibuk memunggah beg dari bas.

"Ohh..wani satu bas dengan diorang rupanya. Hehehe..mesti kecik sakit hati." Safiyah tersengeh2. Tangannya menyucuk pinggang cekmi. Cekmi terkejut.

"oh perca kura!" Latahnya. Sudah semestinya dia teringat akan selimut tampung seribu yang bercorak kura2nya itu. Safiyah mengekek ketawa geli hati. Tangannya menunjuk ke arah khairiah dan mardiyah. Kelihatannya khairiah sedang marahkan sesuatu. Mereka berjalan menuju ke arah keduanya.

"Woi,marah apa ni? Dari tadi aku tengok mulut ko dok pot pet pot pet. Kenapa?" Soal safiyah. Khairiah menoleh. Bibirnya dimuncungkan ke arah mardiyah.

"Wani tu..dia duduk belakang kami tadi...dia minta air kecik ni..kecik bagi la...lepas tu boleh dia minum sampai habis siap kongsi dengan geng dia lagi. Dah la ada sebotol tu je. Yang aku punya aku lupa nak bawak naik atas bas..heheh..." jelas mardiyah.

"Ohh...air je...ingat apa la tadi." Cekmi tergelak lucu. Safiyah diam.

Hmmm....kurang asam punya ank manja.senang2 je tibai air kawan aku lepastu buat macam hak milik eh? Takpe...sabar... tunggu la masa ko nanti.

"Dah la..jom kita pergi simpan beg dulu. Kita kat tempat air terjun ni kecik..ko nak minum banyak mana pun lantaklah... aku tak kisah.hahaha". Safiyah cuba memujuk kecik. Yang lain ketawa mendengarnya.kecik mendengus geram.

"Orang sakit hati ko boleh buat lawak ,peah? Ko memang la..." balas kecik. Safiyah tersengeh2.

PewarisWhere stories live. Discover now