Ceroboh.

3K 199 3
                                    

Andika berhenti pada sebatang pokok sebesar tiga pemeluk orang dewasa. Pokok itu diperhati lama. Ada sesuatu yang lain pada pokok itu.

"Kenapa,ayah?" Soal Toriq.

"Jaga-jaga!. Ada orang yang mengekori kita."kata Andika tiba-tiba.

Toriq turut berwaspada. Deria ke enamnya mula berfungsi. Seluruh kawasan dipandang dan di perhati dengan teliti.

"Ayah!" Toriq menunjuk ke arah sesuatu. Nun di atas pokok di hujung sebelah kanannya berdiri seorang lelaki berbaju hitam. Wajahnya bengis dan mengeluarkan aura kejahatan dari pandangan Toriq.

Andika menoleh. Dia sedikit terkejut.

Lelaki berbaju hitam itu tiba-tiba membuka langkah. Sesuatu yang tidak terlihat di mata kasar di baling ke arah mereka berdua. Namun Toriq dan Andika sudah bersedia.

Mereka berdua juga mempersiapkan diri masing-masing. Cincin berbatu hijau lumut di pusing masuk ke dalam genggam. Dengan serentak satu pukulan angin di lepaskan ke arah lelaki berbaju hitam tadi.

"Kaff...Haa...Yaa...A'in...Sodd!!" Serentak itu bunyi raungan kedengaran dari pihak sebelah sana.

Api menyala kemudian menghilang meninggalkan asap hitam. Tubuh lelaki berbaju hitam hilang dari pandangan. Andika berpusing menghadap pokok besar itu kembali.

"Ada yang ingin menceroboh kampung Setanggi. Kita patah balik. Ayah rasa dia masih lagi mengekori kita." Kata Andika.

Toriq mengangguk walaupun dalam hati sedikit kecewa. Sewaktu kakinya ingin melangkah Toriq terperasan akan sesuatu.

"Ayah!" Panggilnya. Toriq tunduk untuk melihat dengan lebih jelas lagi.

"Seperti ada orang yang pernah datang ke sini. Tempat ni dah di ganggu orang." Kata Andika. Tanah tempat mereka berpijak penuh dengan tapak kaki binatang dan tapak kaki manusia. Dan bila di amati betul-betul tapak kaki binatang itu seakan-akan milik seekor harimau.

Bahu anaknya di tepuk mengisyaratkan supaya cepat beredar. Andika berasa tidak sedap hati. Ada sesuatu yang tidak kena pada pokok itu. Pokok Pembuka Wahid.

♾♾♾♾♾♾♾

Puteri Malina terkejut mendengar khabar dari Tok Mahmod. Andika tidak jadi masuk ke dalam kampung kerana di ekori seseorang. Berdebar-debar hatinya. Rasa tidak enak mula menyengat dalam hati.

"Kalau begitu biar Malina sahaja yang keluar,ayahnda." Usulnya.

"Tidak.! Kau boleh membahayakan kita semua. Andika tahu apa yang dia lakukan, Malina. Tunggu sahaja khabar darinya nanti." Tegas kata-kata dari ayahnya. Puteri Malina terkejut.

"Sebenarnya apa yang terjadi,ayahnda? Kenapa dengan Pokok-pokok Pembuka kita?" Puteri Malina sudah tidak bisa lagi menyembunyikan rasa ingin tahunya.

Tok Mahmod memandang berat wajah anak angkatnya. Satu keluhan dilepaskan.

"Dia kembali lagi. Aku pun tidak tahu apa niatnya yang sebenar. Apa yang dimahukannya lagi? Anggra juga sudah menjadi khadamnya. Apa lagi yang dia mahu sebenarnya, Malina?" Soalan yang sepatutnya di jawab oleh Ragas di tuju kepada Puteri Malina.

Puteri Malina tersentak. Bergetar tangannya mendengar nama Ragas. Nama yang dibencinya. Nama yang membuatkan hidupnya dalam kesedihan selama lapan belas tahun ini. Tangannya di genggam kuat. Sakit hatinya.

"Apa betul memang dia yang cuba menceroboh kampung kita, ayahnda?" Soal Puteri Malina ingin mendapatkan kepastian lagi. Tok Mahmod mengangguk perlahan. Terpampang riak penat di wajahnya. Penat dengan manusia yang tamak haloba.

PewarisWhere stories live. Discover now