Lawan Sebenar.(Part 2)

2.7K 197 3
                                    

Keadaan yang di jangka sudah tiba. Tapi malangnya hanya dia seorang sahaja yang melawan Jugam ketika ini. Puteri Bayu pula terkulai dalam jerutan tali Mangut. Saifiyah harus berusaha seorang diri. Dalam hatinya berdoa agar Puteri Bayu di beri kekuatan untuk bangkit melawan Jugam. Jasad ibunya yang tidak sedarkan diri di pandang sekilas. Bunga silat di keluarkan dengan penuh penghayatan. Saifiyah bertindak untuk menanti serangan Jugam. Dia harus mengkaji dahulu langkah lawannya barulah dia akan menyerang.

Jugam melangkah mengelilingi Saifiyah. Setiap pergerakan Saifiyah di pandang sinis. Jugam mengacah-ngacah dengan kakinya.

Boleh tahan pantas budak ni!

Jugam membuat andaiannya berdasarkan apa yang di perhatinya. Jugam mula menyerang Saifiyah. Tubuhnya mula menari mengikut kemahuannya. Menumbuk menendang dan melibas ke arah Saifiyah. Tapi Safiyah bertindak mengelak sahaja. Jugam menyerang tanpa henti. Kakinya di libas ke belakang Saifiyah.

BUKK!!

Saifiyah tersungkur. Namun segera berdiri dengan pantas. Sakit tidak di endahkan lagi.

Nak jadi apa pun jadilah!! Allah ada untuk balas di akhirat kelak,Jugam. Menang kat dunia boleh la bersorak. Mati nanti rasalah hang!

Saifiyah mengesat peluh yang meleleh di dagunya. Kekuda di pasang semula. Pada perhatiannya Jugam banyak menggunakan tangan kiri. Bahagian kanannya sedikit lemah. Saifiyah juga perasan yang keadaan fizikal Jugam sudah berubah. Terasa geli melihat wajah Jugam yang seakan-akan mencair di bahagian kanannya.

"Allahu Akhbar!" Saifiyah menyerang buat kali yang pertama. Ternyata penumbuknya itu tidak terduga oleh Jugam. Tubuh lelaki itu terhuyung -hayang akibat tumbukan Saifiyah. Pipi kanannya semakin melembik. Jugam meraung kuat menahan sakit.

"Tuih!! Bodoh!" Jugam meludah ke tepi.

Saifiyah membaca Surah As Saffat dalam setiap pergerakannya. Dia harus yakin dengan keupayaannya.

Allah ada untukku!

Hanya kata-kata itu yang di semat dalam hatinya seteguh mungkin. Menjadi penguat dalam langkahnya. Segalanya di serahkan pada yang Esa.

"Hiyah!" Jugam melibas kaki ke arah kepala Saifiyah. Saifiyah menunduk dengan pantas dan terus menghadiahkan tendangan ke belakang Jugam. Tersembam tubuh lelaki itu. Jugam menumbuk lantai.

"Tak guna...!!" Jerit Jugam lantas berlari lalu menerkam Saifiyah. Saifiyah mengelak. Jugam hanya mencekik angin. Matanya memerah menahan marah.

Mangut tersenyum sinis. Kelakar dengan gelagat manusia di hadapannya. Bila tamak sudah menguasai diri beginilah jadinya. Ingin saja dia menempeleng kepala Jugam saat ini. Keputusan yang bodoh pada fikirannya. Amanat Ragas terasa masih jauh untuk di laksanakan. Jugam lebih menumpukan pada dirinya. Bukan yang dimahukan oleh Tok Gurunya.

"Allah!" Saifiyah terlentang akibat tendangan Jugam. Bibirnya berdarah dan pecah. Bahunya terasa sakit. Wajah Puteri Bayu di pandang penuh harapan. Baru sebentar tadi dia melihat Puteri Bayu meronta-ronta ingin melepaskan diri. Doanya tidak putus-putus agar Puteri Bayu dapat membantunya ketika ini.

****
"Saifiyah! Bangun,Saifiyah!" Puteri Bayu menjerit kuat. Tapi sayangnya suara itu hanya bergema di telinganya sahaja. Tidak Saifiyah.
Puteri Bayu semakin agresif. Tali yang menjerut lehernya di goyang kuat. Tidak di pedulikan kesan melecet yang mula timbul di leher dan tapak tangannya. Giginya di ketap sekuat hati bagi menahan sakit.

"Ya Allah..izinkan aku membantu Saifiyah,Ya Allah. Kasihanilah dia Ya Allah.. Pinjamkanlah sedikit kekuatanMu kepada kami,Ya Allah. Agar dapat kami menghapuskan orang yang telah menduakan Mu,Ya Allah." Doanya sepenuh hati.

Saifiyah kelihatan lebih banyak menahan serangan Jugam. Puteri Bayu teringatkan bungkusan baldu hijau pemberian ibunya.

Mungkin batu itu dapat membantuku saat ini. Tapi ianya terlalu sedikit.. Bagaimana sekarang? Serban? Allah!

Kain serban yang mengikat pinggang di buka lalu di lontar ke arah Saifiyah.

"Saifiyah! Ambil ini!" Jerit Puteri Bayu. Tapi suaranya hanya di dengari olehnya sendiri. Hanya kelakuannya yang mencuri perhatian Saifiyah. Saifiyah melompat lalu menyambar kain serban putih itu.

Jugam terbeliak memandang Mangut.

"Kenapa kau biarkan,hah?!" Jerkah Jugam. Mangut mendiamkan diri. Dia memang tidak terniat pun untuk menghalang tindakan tebusannya itu.  Wajah Jugam yang menyinga di pandang selamba. Sengaja menaikkan amarah lelaki panas baran itu. Jugam melangkah ke arahnya. Satu sepakan di tuju ke perut Mangut.

"Kau jangan nak cari pasal dengan aku! Kau belum tahu aku sapa! Aku bunuh kau nanti!!" Tengkingnya kuat. Mangut mendiamkan diri. Malas mahu melawan.

Saifiyah sudah bersedia dengan serban di tangannya.

Matilah hang lepas ni ,!!

Jeritnya dalam hati. Jugam sedikit pun tidak merasa terancam dengan kain serban itu. Padanya itu hanya kain biasa buat melapik buku lima lawannya sahaja. Sifat memandang rendah membuatkan manusia merasakan diri mereka lebih hebat dan bagus dari orang lain. Sifat yang memakan diri sendiri akhirnya.

Puteri Bayu mengambil kesempatan meleraikan ikatan di lehernya saat Mangut terlepas pegangan pada talinya. Dia berlari mendapatkan Saifiyah.

"Maafkan,Bayu. Bayu alpa." Puteri Bayu segera mencapai huluran tangan Saifiyah. Cincin berbatu hijau itu semakin pekat warnanya.

♾♾♾♾♾♾♾

"Macam mana ni,Pak Ngah? Nak bawak pi hospital dak? Dah tiga kali dah ni dok muntah darah." Masruddin mengelap pipi Saifiyah yang terkena darah dari mulutnya.

Andika menggeleng. Keris Saka dari tadi tidak berhenti bergetar. Entah apa yang patut di lakukannya pun dia tidak tahu. Buntu.

"Kalau bawa ke hospital pun bukannya penyakit. Ini gangguan. Kita harus ikhtiarkan sesuatu untuk menolongnya." Balas Andika. Semua wajah yang berada di dalam bilik di tenung satu persatu.

"Kalau macam tu kita bacakan Yasin dulu buat sementara waktu ni. Saya cuba tanya Imam Rasyid dulu kot-kot dia ada cara." Kata Masruddin setelah mati akal dengan kejadian yang di hadapinya sekarang.

Syuhada melangkah ke arah rak buku yang menempatkan naskah Yasin. Dia mengambil semua naskah Yasin yang terdapat di situ lalu di hulurkan pada setiap orang. Termasuk ibunya. Fatehah sudah pun lencun dengan air matanya. Wajah Syafiq abang kepada Saifiyah juga kelihatan mendung.

"Tok.." panggil Hazwani pada Andika.

Andika menoleh. Tangannya erat menahan Saka yang bergetar kuat.

"Boleh tak kalau kita baca ayat ruqyah,Tok? Mana tau orang yang lawan dengan Peah jadi lemah." Kata Hazwani. Itu hanya cadangannya untuk membantu Saifiyah. Dia yang sedang mengelap wajah Saifiyah terkejut besar apabila Saifiyah menyemburkan darah. Kelam kabut dia berlari mendapatkan Pak Ngahnya. Mata Saifiyah sesekali terbuka tapi hanya menampakkan mata putih sahaja.

Andika cuba untuk berinteraksi dengan Tok Mahmod. Tapi tiada balasan. Mungkin lelaki tua itu sedang beribadah.

"Assalamualaikum,kanda." Suara Puteri Malina menerjah gegendang telinganya. Andika tersentak. Dia melangkah keluar bilik.

"Waalaikumsalam,Malina. Di mana ayahndamu?" Soal Andika terus.

"Ayahnda keluar,kanda. Dia ke rumah sahabatnya." Jawab Puteri Malina.

"Kanda.. bagaimana keadaan Saifiyah?" Soal Puteri Malina.

Andika terdiam. Hanya deruan nafas sahaja yang kedengaran pada pendengaran Puteri Malina.

"Kanda.. Bayu tiada khabar berita. Malina risaukan dia ,kanda. Sudah beberapa kali Malina cuba memanggilnya. Tapi tiada sahutan. Ayahnda juga ada mencuba. Tiada sahutan juga,kanda. Malina takut..."

"Adik....jangan berkata begitu...kita berserah pada Allah ya,dik. Doakan yang baik-baik sahaja,ya." Andika mematikan ayat adiknya. Dia juga takut untuk menghadapi saat ini. Fikirannya terlalu buntu.

"Malina.. beritahu Tok Mahmod yang Saka bergetar kuat sekarang. Abang tidak tahu bagaimana ingin menyerahkannya pada Saifiyah. Abang perlukan bantuan Tok sekarang."

"Baiklah..Malina pergi dahulu. Assalamualaikum."

PewarisWhere stories live. Discover now