Bayu

3.8K 230 0
                                    

Zarina duduk termenung di tepi sinki. Ada yang menjeling melihat dia kaku di situ. Ada yang berbisik-bisik sesama sendiri kemudian ketawa. Zarina tidak mengendahkannya. Fikirannya masih lagi terpusat kepada yang bernama Puteri Bayu. Ya,selepas Puteri Bayu menghantar mereka malam itu dia terus menghilang dalam kegelapan malam. Zarina ingin memanggilnya tapi di tahan oleh Saifiyah. Zarina bimbang jika Puteri Bayu tersesat. Tapi Saifiyah menegaskan bahawa tak ada apa yang perlu dirisaukan olehnya kerana Puteri Bayu penduduk di hutan itu. Yang menjadi tanda tanyanya. Dia tidak pernah tahu yang dalam hutan itu punya sebuah penempatan. Kepalanya digelengkan berkali-kali saat akalnya terfikir akan sesuatu yang tak munasabah.

Jangan-jangan Bayu tu puteri bunian? Sebab tu Peah kata tok sah risau. Biar betul.... Peah!

Zarina pantas menutup paip sinki. Langkah kakinya menuju pantas ke arah khemah Saifiyah. Dia yakin Saifiyah tahu sesuatu. Atau dia yang terlalu rabun untuk nampak sesuatu.

♾♾♾♾♾♾♾♾♾
Saifiyah sedang melipat baju ketika Zarina datang secara mengejut ke dalam khemah. Semua mata memandang hairan.

"Peah,aku ada benda nak tanya ni.". Zarina mengambil tempat di sebelah Saifiyah. Tak dipedulikan mata yang sedang memandangnya saat itu.

Saifiyah seakan-akan mengerti segera bangun. Zarina ikut bangun sama.

"Pasai Bayu ka?". Tembak Saifiyah. Zarina mengangguk laju.

"Hang macam tau something ja? Bayu tu sapa?". Soal Zarina.

"Aku dah agak dah yang hang ni rabun terlampau. Hang tak reti beza ka manusia ngan bukan manusia? Aku tengok pun aku tau dia bukan manusia." Saifiyah mengerutkan kening. Kalau ikutkan hatinya nak saja dia sekeh kepala Zarina.

"Aku dah agak dah...patut la cantik sangat..wangi tangan dia kat tapak tangan aku pun dok ada lagi ni. Huishhh....seram aku.". Tapak tangannya digosok laju. Dihidu semula. Digosok lagi. Saifiyah menggeleng kepala.

"Dah la..aku nak kemas barang. Esok nak balik. Aku penat. Bye.". Cepat-cepat dia melangkah pergi. Bimbang di ajukan pelbagai soalan lagi.

♾♾♾♾♾♾♾♾

Disuatu tempat....

Andika dilanda keresahan. Hujung mata kirinya bergetaran. Seolah-olah ada sesuatu yang akan terjadi. Jantungnya berdengup laju. Lama sudah dia tidak merasakan perasaan ini. Sudah lama. Rokok daun yang semakin pendek di tangan di buang ke tangga. Angin sepoi-sepoi menyapa wajahnya tak bisa membuang resah dihati.

Manisah yang sedang menjemur ikan masin sesekali menjeling ke arah suaminya. Dia perasan wajah suaminya yang keresahan itu. Wajah itu yang akan muncul tiap kali musim tengkujuh tiba. Keresahan dan rasa hampa. Hidupnya hanya bergantung kepada hasil nelayan suaminya sahaja. Kadang-kadang jika ada hasil jualan yang lebih dapatlah dia merasa makan berlaukkan daging atau ayam. Jika tidak hanya ikan masin dan sup taugeh sahaja yang menjadi menu mereka.

Bakul berisi ikan kering diletakkan di tepi. Andika bangun lalu duduk disebelah isterinya. Ditangannya ada sebungkus plastik untuk membungkus ikan masin. Ikan-ikan masin yang sudah benar-benar kering akan dibungkus dan dijual kepada Hajah Saodah.

"Manisah..". Panggil Andika lembut. Manisah menoleh.

"Ada apa abang andika?". Tangannya ligat mengasingkan ikan-ikan masin mengikut saiznya. Andika hanya membungkus. Dia tidak suka mengasingkan ikan. Baginya semuanya sama apabila masuk ke perut. Tapi Manisah tetap mengatakan tidak. Ikan kecil harganya lebih murah sedikit dari yang besar.

"Aku tak sedap hati,Manisah. Bagai ada yang akan terjadi." Jawab Andika. Manisah yang sedang mengasingkan ikan terhenti kerjanya.

"Kenapa,bang? Ada masaalah dengan botkah?". Tebak Manisah. Andika menggeleng sambil tersenyum.

"Taklah,Manisah..semuanya elok. Tapi ada sesuatu yang lain. Aku pun tak tahu apa. Berat rasanya di dada ni. Aku harap yang baik-baik sahaja." Lambat tangannya menyusun ikan masin ke dalam plastik.

Manisah hanya berdiam diri. Tidak tahu apa yang patut di balas. Sudahnya mereka berdua hanya berdiam diri sambil mendengar bunyi ombak menghempas pantai. Ikan masih yang siap di bungkus di letakkan ke dalam bakul rotan.

♾♾♾♾♾♾♾♾

"Zaza... zaza..." Zarina menoleh mencari arah suara. Matanya menangkap kelibat seseorang di belakang pokok.

"Bayu?!!". Zarina mengundur selangkah. Dirinya di serang perasaan takut. Dihadapannya Puteri Bayu sedang tersenyum mesra.

Ya Allah.... jauhkanlah aku dari dirinya.
Makkkkk........!!!!

Jerit Zarina dalam hati. Puteri Bayu perasan perubahan wajah Zarina. Dia tahu yang Zarina sudah tahu siapa dirinya. Senyuman di wajah sedikit kendur. Niat di hatinya hanya ingin berkawan dengan Zarina. Zarina diperhatikan dengan rasa kecewa. Dia melangkah pergi.

Zarina terduduk lega. Dadanya di urut lembut. Baru sahaja dia berkira-kira untuk berlari tadi tapi Puteri Bayu terlebih dahulu melangkah pergi. Zarina perasan yang wajah Puteri Bayu sedikit sedih. Kepalanya digeleng laju.

Huuu....tak boleh. Tak boleh.. manusia dan jin tak boleh berkawan. Nauzubillah.! Baik aku bagitau Peah.

Zarina berlari-lari anak menuju ke khemah Saifiyah. Namun secara tiba-tiba tubuhnya dilanggar sesuatu. Atau lebih tepat lagi di rempuh oleh angin yang kuat. Zarina jatuh tersungkur. Dia segera menoleh kebelakang mencari siapa yang menolaknya. Namun yang kelihatan ialah Puteri Bayu yang sedang dalam kejutan di balik pokok. Puteri Bayu sedang menutup mulutnya. Matanya terbeliak. Seolah-olah terkejut yang amat. Zarina semakin takut.

"Peah,tolonggg....!" Jeritnya lalu berlari ke khemah Saifiyah. Pintu khemah di tarik kasar. Kosong. Hanya ada beg-beg baju sahaja.

"Weh...hampa pi mana ni..." Zarina terduduk di tepi khemah. Takut untuk melangkah. Jika dia ingin ke khemah lain dia terpaksa melintasi pokok tadi. Pokok dimana Puteri Bayu bersembunyi tadi.

"Zaza."

Zarina segera menoleh ke belakang saat terdengar namanya di panggil. Tubuhnya menggigil hebat melihat apa yang ada didepan matanya sekarang. Seekor makhluk berbulu hitam sedang menderam melihat ke arahnya. Zarina mengesot kebelakang. Tapi tubuhnya semakin memberat. Makhluk itu mengundur dua tiga langkah ke belakang. Tapi secara tiba-tiba makhluk itu berlari menuju kearah Zarina.

"Aaaaaaaa.............!!!!!". Zarina rebah tidak sedarkan diri.

♾♾♾♾♾♾♾♾♾

Andika terkejut dari tidurnya. Dahinya berpeluh. Tangannya menggeletar. Dia mengucap berkali-kali. Mimpi itu seakan-akan benar. Mukanya di raup perlahan.

Kasihan anak itu. Aku harus segera mencarinya. Ya Allah... permudahkanlah segala urusanku Ya Allah.

Andika bangun untuk mengambil wudhu. Hatinya dalam kesedihan. Biarlah dia mengadu kepada Sang Penciptanya sahaja.

PewarisNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ