Kisah sebenar.

2.9K 206 19
                                    

Tok Arif membuka bungkusan kain batik yang di bawa oleh Awira sebentar tadi. Tiga batang serai wangi yang merah batangnya, lima biji limau purut yang sudah kuning warnanya,dan beberapa ketul batu berwarna putih terletak di dalamnya.

Tok Arif meminta mereka semua mendekatinya. Limau purut di ambil sebiji lalu di perah airnya.

"Tadahkan tangan kamu di bawah ini."arahnya. Mereka semua menuruti tanpa banyak soal. Selesai memerah sebiji limau,Tok Arif mengambil lagi sebiji lalu di perah hingga kering. Limau purut yang sudah di perah di masukkan ke dalam poketnya.

PSSSTTTT!

Zuhail terkejut. Bunyi itu dekat benar di belakangnya. Dia menoleh. Aneh. Tiada apa-apa. Hanya tingkap rumah Jugam yang terbuka luas. Kening Zuhail berkerut-kerut lalu menoleh kembali ke arah Tok Arif.

TAP!

Bagaikan baru tersedar sesuatu,Zuhail menoleh semula ke arah tingkap rumah itu.

"Dia dah hilang!" Jerit Zuhail. Tangannya menunjuk-nunjuk ke tingkap rumah.

Semua menoleh ke arah yang sama.

"Mayat Jugam dah hilang.!" Kata Zuhail lagi. Semua yang memandang menjadi cemas.

"Biarkan! Itu cuma mainan syaitan saja. Ianya masih lagi di situ."kata Tok Mahmod tiba-tiba.

Semua menjadi pelik. Namun kembali fokus pada Tok Arif.

"Baca Al Fatihah kemudian ayat Kursi tujuh kali. Hembuskan pada tapak tangan kalian. Semoga ianya menjadi senjata yang berguna buat kita." Kata Tok Arif. Semua menurut tanpa banyak bicara.

"Mari kita masuk. Ingat! Jangan terpedaya dengannya. Jangan alpa. Yang terakhir ini lebih kuat dari yang lain. Berjaga-jaga.!. Awas pandangan kamu semua. Jangan memandang lebih dari lima detik. Faham?!" Kata Tok Arif.

Semua mengangguk faham. Tok Arif melangkah di hadapan sekali. Tok Mahmod memilih untuk menjadi yang terakhir di belakang.

Setelah semua kaki berada di dalam rumah dengan tiba-tiba angin kuat menerpa lalu menutup pintu hadapan. Semua terkejut namun cepat-cepat beristirgfar. Kini mereka semua berdiri di hadapan pintu yang menempatkan mayat Jugam.

Tok Mahmod mengarahkan Andika membukanya. Berkali-kali di pulas tapi tetap tidak terbuka. Andika menggeleng kepala.

BAMM!!!

Pintu di tendang dari dalam. Helmi mengurut dada akibat terkejut.

"PERGI!!" Muncul suara garau dari dalam bilik.

"Buka pintu ini.!" Kata Tok Mahmod.

"AKU KATA PERGI!! PERGI!!" Suara itu muncul lagi.

BAMM!! BAMM!!  BAMM!!

Dinding di tendang dari dalam berkali-kali. Tok Mahmod mendepakan tangannya menolak mereka agar mengundur ke belakang.

Tok Arif membaca sesuatu lalu di hembuskan pada tapak tangannya. Kemudian daun pintu di tepuk tiga kali menggunakan belakang tapak tangannya.

KREEEKKKK....

Pintu terbuka dengan sendirinya. Tok Arif memandang Tok Mahmod lalu menganggukkan kepalanya. Tok Mahmod melangkah masuk dengan ayat pendinding. Pintu di buka seluas-luasnya.

"Allahu Akhbar!!"

"Allah!"

"Mak!"

Semua terjerit kerana terlampau terkejut. Berdiri di hadapan mereka ialah sesuatu yang mereka tidak sangka sekali.

PewarisWhere stories live. Discover now