Mimpi.

3.3K 224 5
                                    

"Uhuk!! Uhuk!! Uhukkk!!!"

"Woi!!!"

"Uhuk! Cek ok, tak pa- tak pa.. cek ok..."

"Woi..... bangunlah!!! Dok ok-ok natang apa,ni?"

"Hah?!" Saifiyah terjaga. Hazwani sedang bercekak pinggang didepannya.

"Aku mimpi ka tadi?" Soal Saifiyah terkejut. Hazwani menjuling mata ke atas.

"Hang mimpi sampai nak roboh katil tau dak?. Dah tu jatuh tergolek pun dok mengigau lagi. Dok berenang dalam selimut."

Saifiyah memandang tubuhnya. Selimut yang terbelit di kaki dibukanya laju. Rasa geli apabila teringat ular hitam yang membelit kakinya dalam mimpi tadi. Tubuhnya tergeletik kegelian.

"Pukui berapa la ni?" Soalnya lagi.

"Pukul tiga pagi Cik Peah Kelabu. Dah la. Aku nak tidoq. Kalau hang mengigau lagi sat g aku juruih ayaq." Hazwani terkial-kial memanjat katil dengan tangan berbalut. Tangannya patah kerana Zarina di rasuk minggu lepas.

Saifiyah berbaring semula. Selimut di buang ke tepi. Takut untuk berselimut. Takut termimpi lagi mimpi tadi. Hatinya berselawat sebanyak mungkin.

♾♾♾♾♾♾♾♾

Tubuh kurus Bustari terbaring lemah di ruang tamu rumah Masruddin. Nafasnya turun naik. Dadanya kadang-kadang menaik tinggi bila dia menyedut nafas. Bustari dalam nazak.

"Mersikkkk.....mer...sik...." Panggilnya. Suaranya tersekat-sekat.

"Sss....ssss....Tuan akan bebas nanti...sss....itu yang tuan mahukan,kan? Tuan akan dapatnya nanti." Bisik Mersik di telinga Bustari. Bustari mengangguk lemah.

Masruddin sudahpun memanggil Imam Rasyid ke rumahnya. Semua sanak-saudara sudah di hubungi. Ada yang sudah datang ada yang masih dalam perjalanan. Cuma Pak Ngah Andikanya sahaja yang tidak dapat hadir. Hanya Toriq dan Mak Ngah Manisah yang menjadi wakil.

"Ssss......ssssss......"

"Ayahhhh.......tolong....!!"

Jeritan dari ruang tamu mengejutkan Masruddin yang sedang menunggu tetamu di bawah. Pantas kakinya mendaki tangga.

"Ya Allah.!" Tubuh Bustari seperti di balut sesuatu. Tangannya rapat ke sisi. Kakinya lurus rapat. Persis seekor ular. Matanya terjegil memandang sekeliling rumah.

Ardiman baru sahaja tiba dihadapan rumah anaknya. Bustari menoleh ke arah pintu. Tubuhnya berguling-guling menuju ke pintu. Ardiman yang baru hendak melangkah naik terkejut melihat kepala Bustari terjenguk di depan pintu.

"Allah!!". Langkah Ardiman terundur ke belakang semula. Bustari menyeringai menampakkan gigi. Air liur meleleh-leleh. Tubuh kurus kering itu berguling-guling di ruang tamu. Semua yang hadir berlari keluar. Ada yang berlari ke dapur. Isteri Masruddin si Fatihah sudah pengsan dan dibawa ke dapur kerana Bustari berhenti betul-betul di kakinya.

Syuhada menangis ketakutan dia atas sofa. Dia hanya sempat melompat ke sofa apabila Bustari mula berguling-guling.

"Ayah tolong,ayah..." Bustari berhenti ditepi sofa. Kepalanya di panggung lalu di letakkan di sofa. Syuhada melompat turun lalu berlari ke dapur. Seluruh rumah gamat apabila Bustari mengejar Syuhada. Syuhada yang terlalu ketakutan berlari menyorok di dalam tandas.

"Mana dia ?!" Soal Butari. Keadaannya sangat mengerikan. Tubuhnya terlentang kepalanya terlangut sehingga terangkat belakangnya.

"Siapa?" Soal Masruddin.

"Dia.!" Suara garau Bustari begema di ruang tamu. Semua diam menikus.

"Kau cari siapa,Mersik?" Ardiman berdiri di muka pintu. Hatinya sudah menduga perkara ini akan terjadi. Kata-kata ayahnya bermain semula di minda.

PewarisWhere stories live. Discover now