Tak di duga.

2.6K 203 1
                                    

Keris Saka bergerak ke kanan apabila Saifiyah bangun melangkah ke kanan.

"Pasaipa ikut aku? Aku kata aku nak balik tadi,kan?!" Marah Saifiyah.

"Hahahahahahahaha. Bodohnya budak ni..." Jugam ketawa berdekah-dekah. Pipi kanan yang sudah melembik bergoyang-goyang bak agar-agar yang di goncang.

Mangut memunculkan diri di hadapan Jugam. Tubuh tua itu di pandang lama.

"Angkat aku!" Arah Jugam. Mangut diam tidak bergerak.

"Hoi! Angkat aku,aku kata.!" Marah Jugam. Dia menepuk lantai.

Mangut tunduk melutut di tepinya.

"Kau tak layak nak arahkan aku Jugam."katanya perlahan.

Terbeliak Jugam. Wajahnya mula berubah. Keningnya berkerut-kerut.

"Kau..!"

"Diam!"

ZUPP!!!

"Ark!! Erghh...heargh!!"

Keadaan ngeri sedang berlaku di hadapan mata kedua gadis itu. Mangut merobek rengkung Jugam dengan rakus. Darah berhamburan dan memercik ke kawasan sekitar. Bunyi nafas Jugam yang kuat dan semakin perlahan itu sungguh mengerikan. Bunyi seperti lembu yang di sembelih. Tapi lebih teruk lagi. Sukar untuk di gambarkan dengan perkataan. Sungguh ngeri dn kejam.

Saifiyah menutup telinganya. Tak sanggup lagi untuk mendengar bunyi itu.

♾♾♾♾♾♾♾

Joanna memarkir keretanya di hadapan rumah kayu lama itu. Cermin mata hitam di lurutkan ke batang hidung. Matanya melilau memerhati kawasan sekeliling rumah itu. Lama matanya melekat pada busut di bawah pokok di tepi rumah. Seakan-akan baru di kambus sahaja tempat itu. Kening kanannya di jongketkan sambil matanya di julingkan ke atas. Malas ingin ambil tahu apa yang berada di bawah busut itu.

Kakinya di atur ke tangga rumah. Terdapat kesan darah di lantai. Joanna sedikit ragu-ragu. Perasaan seram mula menyucuk hatinya.

"Tok... tok..."laung Joanna dari bawah. Tiada sahutan.

Ish...mana pulak orang tua ni...aku dah la tak banyak masa dah ni!!

Joanna merungut seorang diri. Kasut tumit tingginya di buka lalu di susun elok. Dia memberanikan diri untuk memijak anak tangga. Satu persatu anak tangga di dakinya penuh berhati-hati. Dia tidak perlu risau dengan pandangan jiran kerana rumah ini terletak jauh dari rumah orang kampung.

"Tok?... Tok... ni saya ni.." kata Joanna di depan pintu.

Sunyi. Tiada sahutan. Hatinya mula panas.

"Tok!! Ooo.."

KREKKKK!!

Pintu terbuka dengan sendirinya. Joanna terdiam. Bulu romanya menegak dengan tiba-tiba. Ada angin lembut menyapa tubuhnya. Joanna tidak tahu mengapa naluri ingin tahunya semakin merasuk. Dengan beraninya dia melangkah masuk ke dalam rumah itu. Air liur yang di telan terasa kesat. Matanya melilau ke segenap ruang.

"Hmmm." Bibirnya di cebik. Semuanya masih seperti dulu. Segenap ruang di pandang sinis.

Berhabuk! Eeee.....pengotornya.. kata ada khadam? Kenapa tak suruh kemas rumah? Hahaha

Ketawa kecil meletus dari bibir beroles merah terang itu. Gambar yang tergantung di dinding menggamit dirinya untuk mendekat. Lama matanya melekat di gambar hitam putih itu. Seorang lelaki bersama seorang wanita tersenyum gembira. Ada seorang bayi lelaki yang di pangku oleh wanita itu.

Laa....ada anak bini rupanya tok bomoh ni. Aku ingat sebatang kara. Humm...tak sangka jugak. Emm..boleh tahan cantik.

Keningnya di jongketkan. Dia berkalih ke gambar di sebelahnya pula. Terbeliak matanya.

"Gila!" Kakinya terundur ke belakang.

Hanya orang gila sahaja yang akan membingkaikan gambar mayat. Mata Joanna masih tidak lari dari gambar ngeri itu. Gambar badan yang tersepit di antara tayar lori balak. Kepala yang sudah hancur dengan mata yang merenung tepat ke arahnya. Dan ianya seorang wanita. Ya, itu gambar Dasuri.

Tubuhnya menggigil ketakutan. Seolah-olah gambar itu hidup dan memerhatikannya ketika ini. Joanna segera berlari ke luar. Pintu kereta di buka laju. Tercungap-cungap dia seorang diri. Matanya di pejamkan dan kepala di hentak ke stereng berkali-kali.

"Aku nak balik! Aku nak balik! Aku dah tak peduli dah. Aku nak balik!!" Jeritnya. Terketar-ketar tangannya menyucuk kunci.

AAAAAAAAAAA!!!!!!!!

Joanna terkejut. Tubuhnya membeku. Matanya meliar ke sekeliling kawasan. Baru tadi dia mendengar jeritan seseorang. Bibirnya di tekup kuat. Matanya terbeliak merenung tingkap rumah Jugam. Jugam sedang berdiri di situ dengan leher yang berlubang dan darah penuh membasah di tubuhnya. Matanya terbeliak putih. Mulut ternganga luas dengan darah yang meleleh keluar tak henti-henti. Dadanya terbelah menampakkan organ dalam badan.

Joanna menggeleng kepalanya ketika jasad Jugam mengangkat tangan ke arahnya. Bagaikan baru tersedar kakinya cepat-cepat menekan minyak dan mengundur kereta. Kereta di pandu selaju mungkin meninggalkan rumah itu. Tidak berpaling walau sedikit pun. Tubuhnya menggigil kuat.

PINNNNNN!!! PINNN!! 

BOOMMMMM!!!!

Akibat terlalu laju Joanna gagal mengawal keretanya ketika bertembung dengan sebuah motorsikal di selekoh kampung. Dia melanggar pokok. Kepala Joanna terhentak kuat di stereng. Dia pengsan tidak sedarkan diri. Darah mengalir membasah dahi dan meleleh ke riba.

*****

Jasad Jugam tergantung di tingkap rumahnya. Terbiar tiada siapa yang tahu. Dia yang terdengar langkah kaki Joanna bersusah payah bangun untuk meminta tolong. Tapi tetamunya pula ketakutan dan melarikan diri. Kini jasadnya sudah tak bernyawa dan terkulai di tingkap. Menunggu lalat dan ulat untuk memakan dagingnya yang akan membusuk tak lama lagi.

♾♾♾♾♾♾

"Cuma tinggal kita sahaja sekarang ni,budak!" Mangut memunculkan diri. Menunjukkan dirinya yang sebenar. Berpakaian seperti guru silat berwarna hitam. Di wajahnya melintang parut dari atas kening kanan turun hingga ke pipi kiri. Wajahnya bengis.

Saifiyah dan Puteri Bayu terdiam. Inilah detik sebenar yang akan menentukan hidup mati keduanya. Saifiyah tahu. Jika dia gagal,dia akan mati di sini. Begitu juga Puteri Bayu. Mereka berdua harus berjuang berhabis-habisan untuk keluar dari sini. Lawan sebenar sudah muncul. Langkah di pasang penuh yakin. Doa pelindung diri juga di baca. Dalam hatinya dia berharap agar kedua ibu bapanya mendoakannya juga.

Ya Allah...ku mohon pada Mu. Pinjamkanlah sedikit kekuatanMu kepadaku dan Bayu,Ya Allah. Kirimkanlah bantuanMu kepada kami berdua agar dapat melawan Syaitan ini. Bantulah kami, Ya Allah. Sesungguhnya Engkau yang maha berkuasa ke atas setiap makhluk.


PewarisWhere stories live. Discover now