Bustari.

3.4K 226 7
                                    

Langkah kakinya terjengket-jengket. Perlahan-lahan menuju ke sebuah bilik di hujung dapur. Bilik milik ayahnya. Bilik yang di takuti oleh mereka sekeluarga. Bustari menolak perlahan-lahan daun pintu yang hanya di perbuat dari plewed nipis.

Bau kemenyan memenuhi ruang bilik. Dia memerhati ke sekeliling bilik. Tiada apa yang menarik perhatiannya. Cuma ada meja kecil. Dan sebuah almari lama. Matanya meligas ke seluruh ruang. Lama matanya singgah pada deretan botol-botol kaca diatas almari. Dia melangkah mendekati almari yang hanya setinggi dadanya sahaja. Perasaan ingin tahu bagi remaja seusianya kadang-kadang mengundang bala.

Bustari mendekatkan muka ke arah setiap botol. Memerhati lebih dekat. Aneh. Tiada apa yang terisi dalam botol-botol itu. Semuanya kosong.

Hermmmmm....kalau dah tau kosong buat apa simpan? Baik buang.

Bustari mencebik. Dia berpusing ke belakang kerana merasakan dirinya diperhati.

"Kau buat apa dalam bilik abah ni?".

Entah dari mana abangnya muncul lalu menegurnya. Bustari tersengeh-sengeh.

"Saja nak tengok-tengok. Tak la takut mana pun bila masuk dalam ni. " Mereka berdua bercakap sambil berbisik. Takut di dengar oleh ayahnya. Kalau ayahnya tahu mereka menceroboh bilik ini tente mereka akan di pukul teruk.

"Dahlah. Jom keluar. Seram pulak aku." Tangan Bustari di tarik laju. Bustari hairan. Tentu abangnya melihat sesuatu. Abangnya si Bustaman seorang yang tidak berhijab. Hijabnya terbuka semasa dia di culik bunian sewaktu kecil dahulu. Kata ibunya Bustaman telah di buka hijabnya oleh bunian itu. Entahlah. Dia pun malas nak ambil tahu.

"Kenapa,abang long?"

Bustaman mengunci pintu bilik. Bibirnya terkumat-kamit membaca sesuatu lalu di hembuskan ke arah adiknya Bustari. Kain tuala yang berada dia hujung katil diambil lalu di libas ke arah belakang Bustari sambil mulutnya menyebut Allahu Akhbar. Bustari menikus. Tahulah dia bahawa ada sesuatu yang sedang berpaut di belakangnya.

♾♾♾♾♾♾♾♾

Sudah seminggu Bustari demam. Badannya akan panas ketika senja. Saat itu Bustari akan berlari ke perigi untuk mandi. Ibunya hanya menggelengkan kepala. Mana mahu kebah demamnya jika asyik mandi.

"Panasnya mak....tak tahan ni...". Hanya itu saja jawapan Bustari bila di larang mandi. Bustaman juga hairan. Dia tidak melihat apa-apa yang halus pada adiknya. Cuma dia perasan adiknya berjalan terhencot-hencot semenjak demam. Kakinya akan sakit bila bangun tidur. Anehnya Bustari tak pernah pun jatuh atau tersepak dimana-mana tempat.

Malam itu selepas solat isya' Bustaman tetap duduk di sejadah. Ayat ruqyah yang di ajar ayahnya di baca. Dia cuba untuk menilik kedalam dalam tubuh Bustari. Mungkin benda itu tak bisa di lihat oleh matanya kerana berada didalam badan.

Dengan lafaz Bismillah Bustaman mengangkat tangannya ke depan tepat ke arah bilik Bustari. Ayat-ayat ruqyah dibaca penuh kyusuk. Mata dan telinga di persiapkan untuk menangkap sebarang pergerakan dan bunyi.

****
Bustari terasa sesuatu sedang mencuit ibu jari kakinya. Dia yang sedang tidur malas untuk ambil pusing. Kakinya di masukkan ke dalam selimut. Betisnya pula menjadi mangsa cubit. Mula-mula perlahan. Semakin lama semakin kuat. Perasaan marahnya mula muncul. Dengan sepenuh tenaga dia menendang apa yang ada di hujung kakinya. Kosong. Kakinya tidak menyentuh apa-apa pun. Selimut yang menutup muka ditarik laju.

"Ya Allah!! Makkk!!!!"

"Buk!" Bustari jatuh dari katilnya akibat tersangkut selimut. Bustari bingkas bangun. Baru sahaja ingin berlari keluar dari bilik pintu biliknya ditolak kasar dari luar. Dia tersungkur buat kali ke dua.

"Ya Allah, Bustari.!" Ibunya terkejut melihat Bustari yang mengerang kesakitan di tepi dinding. Tubuh kurus anaknya di urut lembut. Bustaman dan ayahnya sudah terpacak di depan pintu.

"Yah,ada hantu dalam bilik adik,yah. Dia cubit kaki adik. Ni tengok ni yah." Bustari menunjukkan kesan cubit di betisnya. Razali menunduk. Kesan calar agak teruk di betis Bustari diperhati lama.

"Ada yang marah dengan kau ni,dik."

Bustari hairan mendengar kata-kata ayahnya. Mata Bustaman dicarinya. Bustaman menggeleng kepala.

"Ada apa-apa yang kau berdua sorokkan ke? Baik bagitahu ayah. Kalau tak, ayah takkan ubatkan kau!" Razali segera berdiri. Wajah kedua-dua orang anaknya lelakinya di tenung garang. Beza antara keduanya sangat jauh. Bustaman sudah berumur lima belas tahun ketika isterinya mengandungkan Bustari. Puas mereka berikhtiar kesana kemari. Akhirnya isteri yang tersayang hamil lagi. Razali sangat gembira. Begitu juga Bustaman. Berak kencing Bustari semua dijaganya. Hinggalah segala rahsia Bustari ada dalam poketnya. Kerana itu Bustari sangat hormat pada abangnya.

"Mana ada apa-apa,ayah. Adik tak buat apa pun." Matanya memandang ke arah lain. Takut untuk melihat wajah garang ayahnya.
Bustaman menarik nafas panjang.

"Adik masuk bilik ayah." Sebaris ayat yang keluar dari mulut Bustaman membuatkan mata Razali semakin terbeliak. Tangannya di angkat tinggi.

"Pap!". Satu tamparan kuat mengenai pipi Bustari.

"Aku dah pesar berpuluh-puluh kali. Jangan sesekali masuk dalam bilik aku tu. Kenapa kau degil sangat,hah?!!" Jerkah Razali. Saleha terkejut. Air mata mula bergenang dia kelopak mata.

"Bang, janganlah berkasar dengannya bang. Dia cuma ingin tahu." Saleha cuba menyejukkan keadaan. Tapi Razali bukanlah seorang yang mudah turun amarahnya.

"Adik cuma nak tengok je, Yah. Adik tak buat apa-apa pun. Adik sumpah,Yah." Tangan kanannya dia angkat gaya ingin bersumpah. Air mata sudah turun ke pipi. Perit pipinya di tampar oleh ayahnya.

"Habis tu kenapa dia marah pada kau?" Soalan Razali disambut dengan gelengan kepala cuma.

Bustaman yang diam dari tadi tiba-tiba sahaja berlari ke biliknya. Dia datang semula.Sesuatu di tangannya membuatkan Bustari mengesot ka belakang. Wajah Bustari dalam ketakutan.

"Ooo....jadi kau yang menumpang sebenarnya. Sejak bila kau menumpang dalam badan adik aku ni?!" Jerkah Bustaman geram. Puas dia mencari dimana tempatnya rupa-rupanya benda itu bersembunyi di tumit adiknya.

Bustari hairan. Keningnya berkerut-kerut.

"Tak payah nak berlakon lagi. Kalau tak aku cucuk keris ni kat tapak kaki kau. Kau jangan cabar aku!" Jerkah Bustaman lagi.

Dengan tak semena-mena Bustari mengekek ketawa. Semakin lama suaranya semakin garau.

"Pandai kau,ya? Hahahahaha......". Tangannya menepuk-nepuk lantai.

"Kau,Mersik?" Razali terkejut.

"Yaa...... apa kau baru ingat Zali? Mungki kerana kau sudah tua agaknya. Hahahah"
Bustari yang sudah di rasuk Mersik mendesis halus. Lidahnya terjelir keluar sesekali.

Saleha terduduk lemah. Bagaimana semua ini boleh berlaku?. Lemah segala urat badannya. Wajah Bustari dipandang sayu.

PewarisWhere stories live. Discover now