Kembali

2.8K 214 3
                                    

Mustafa menggaru kepalanya yang tidak gatal. Keretanya tidak rosak. Tapi enjinnya tidak mahu di hidupkan. Romzi yang selesai memeriksa keretanya pun hairan. 

"Long, saya balik dulu la..saya ada banyak kerja kat bengkel. Long cuba start dulu. Kot-kot nak hidup ka.. tak pun Long tinggal kat sini ka kereta ni. Saya hantaq Long balik." Romzi menghidupkan enjin motonya. Mustafa semakin bingung. Jam di tangan menunjukkan pukul sembilan empat puluh lima malam. Wajah Hazwani dan Saifiyah bermain-main di matanya.

"Tunggu sat. Aku try start sekali ni ja. Kalau dapat aku bawak terus ja. Kalau tak dapat aku tumpang hang la. Tunggu sat." Mustafa masuk ke dalam kereta. Kunci di masukkan dengan lafaz Bismillah.

Vromm!!  Vrommm!!!

"Alhamdulillah.." Romzi dan Mustafa berkata serentak.

"Kalau macam tu saya balik dulu la,Long." Gear di masukkan dan terus bergerak setelah menerima anggukkan daripada Mustafa.

"Bismillahirrahmanirrahim..! Mampoih lagi sekali aku track-in hang aku ambik Pesona.!" Kata Mustafa sambil mencengkam kuat stereng kereta wiranya. Geram kerana sudah lambat untuk mengambil anaknya dan Saifiyah. Kereta meluncur laju ke destinasi.

♾♾♾♾♾♾♾

Saifiyah hanya mendiamkan diri bila di tanya tentang apa yang berlaku sebentar tadi. Ustazah Hafizah dan Ustazah Mariam menggeleng kepala. Mengalah untuk bertanya lagi. Amala turut berdiam diri. Hanya Hazwani yang menjawab. Itu pun hanya perkataan tak tahu,tak tahu dan tak tahu.

"Assalamualaikum!" Mustafa terpacak di hadapan pintu pejabat. Hazwani segera bangun dan mendapatkan ayahnya. Bermacam-macam soalan di tanyakan pada ayahnya.

"Abah dah sampai kan...jom la balik." Jawab Mustafa. Hazwani memuncungkan bibirnya.

"Kami balik dulu Ustazah,Kak Mala." Saifiyah bangun menghulurkan tangannya. Dan ketika tangannya menyalami tangan Amala satu kertas kecil di selitkan Amala ke dalam tapak tangannya. Saifiyah terkejut namun cepat-cepat mengawal raut wajahnya.

"Pasaipa lambat,abah?" Hazwani mengulang lagi soalan tadi. Wajah Mustafa yang fokus memandu di tenung lama.

"Kereta tak mau start. Tiba-tiba enjin tak mau hidup. Abah panggil abang Romzi hang mai tengok. Dia kata tak rosak pun. Bila abang Romzi hang nak balik kereta boleh start pulak. Hemm.." Jawab Mustafa tanpa menoleh ke arah anaknya.

Hazwani mencebik.

"Awat pulak abang Romzi Wani? Eee...geli!" Hazwani menjuih bibirnya. Mustafa dan Saifiyah tergelak kecil. Kisah lama yang memalukan.

♾♾♾♾♾♾♾♾

Saifiyah termenung dengan tuala yang masih membaluti rambut basahnya. Hazwani memandang pelik. Dia melabuhkan punggung di sebelah sepupunya.

"Hoi. Mamun ka?" Hazwani menepuk lembut bahu Saifiyah.

"Opakapocot!" Latah Saifiyah laju. Hazwani terkekek-kekek ketawa sambil memegang perutnya.

"Kuajjaq!! Hang pasaipa?" Saifiyah menjeling geram.

"Hang tu dok termenung apa... dah sembahyang Isya' ka?" Soal Hazwani. Saifiyah terdiam seketika kemudian tersengeh-sengeh malu.

"Nak sembahyang la ni...macam nenek-nenek ja." Kata Saifiyah lalu bangun menghampar sejadah.

"Weh. Hang dah wudhuk ka?"

"Dah...tadi dah pun..nasib baik aku tak terkentut terkejut tadi.huh!" Saifiyah mencebik.

Semenjak kematian Nyang Su Saifiyah dan Hazwani menjadi semakin rapat. Semuanya bermula ketika mereka berdua di tinggalkan Mustafa di Pusat Rawatan Darul Syifa'. Saifiyah tidak menolak jika Hazwani ingin berbaik-baik dengannya. Selama ini pun sudah puas dia cuba untuk berbaik-baik dengan Hazwani. Tapi layanan dingin Hazwani membantutkan usahanya. Saifiyah sedar dia hanya menumpang di rumah itu. Lagi setahun dia akan keluar dari rumah itu dan pulang ke rumahnya kembali. Mungkin doanya idi makbulkan Tuhan untuk berbaik-baik dengan sepupunya itu.

♾♾♾♾♾♾♾

Amala mengatur langkah menuju ke bilik abangnya. Setelah salam di jawab Amala masuk dengan senyuman.

"Macam mana sekolah?" Mazwan yang sedang menulis sesuatu di mejanya segera menghentikan kerjanya. Tumpuannya di halakan ke arah adik bongsunya itu. Walaupun dia mengajar di sekolah Amala tapi dia jarang untuk bertemu adiknya. Kerana Amala lebih selesa untuk tinggal di asrama. Ibu dan ayahnya juga tidak melarang bahkan gembira dengan keputusan Amala. Bagi mereka tinggal di asrama lebih senang untuk belajar dan masanya lebih teratur.

"Abang kenal tak Saifiyah?" Soal Amala tiba-tiba.

"Budak kelas abang tu ke?" Mazwan membuka songkoknya dan di letakkan di atas meja.

"Ya la...tadi ada benda jadi tau. Waktu adik tunggu abah mai ambik adik tadi. " Wajah Amala bertukar serius.

"Jadi apa? Benda apa?" Mazwan yang sememangnya berminat dengan kisah Saifiyah terus duduk menegak. Fokus. Mungkin apa yang menjadi tanda soal dalam fikirannya selama ini akan terjawab.

"Tadi...lepas Margrib tadi adik pergi ke pejabat. Nak tolong Ustazah kemas fail pelajar. Lepas tu adik jenguk ke tingkap nak tengok kot-kot Saifiyah dengan Hazwani dah balik. Adik nampak depa dua orang berjalan nak pi pejabat tapi tiba-tiba Saifiyah pi tarik tangan Hazwani terus lari. Macam nampak hantu. Lepas tu kan,bang. Budak yang selalu duduk kat tepi pagar tu pun dok menjerit-jerit suruh lari. "

"Budak mana?" Potong Mazwan.

"Ish. Abang lupa ka...hantu budak yang kena hempa pagar sekolah tu...budak tu la.." Amala  mengerutkan dahi tanda tidak puas hati.

"Owhhh...ok ok..lepas tu?" Mazwan ternganga.

"Lepas tu adik pi la keluar pejabat. Nak tanya pasaipa lari macam tak cukup tanah? Baru nak bukak mulut nak tanya adik nampak benda besar,bang...."

"Benda apa??" Mazwan memotong lagi.

"Harimau.!! Warna hitam kelabu.! Besar bang....tinggi harimau tu sama tinggi pintu bilik ni ha." Amala menunjuk ke arah pintu bilik abangnya.

"Warna hitam kelabu? Betul warna hitam kelabu?" Mazwan sudah dapat mengagak sesuatu. Ianya berkaitan!.

"Betul bang...besar.... suara garau gila. Abang nak tahu dia cakap apa?"

"Dia nak jadi khadam Saifiyah?" Mazwan meneka. Amala terlopong.

"Macam mana abang taw?! " Amala sedikit terjerit. Terkejut sakan.

"Nampaknya dia kembali lagi."kata Mazwan perlahan. Dahinya di picit-picit.

"Siapa,bang?" Amala kehairanan.

"Ragas."

"Ragas ke nama harimau tu?" Amala pelik.

"Tu bukan harimau. Tu syaitan yang di laknat. Abang kena call Ustaz Faiq. Sekolah kita mesti di pagarkan." Mazwan bangun lalu mencapai telifon bimbitnya dan melanglah keluar.

PewarisWhere stories live. Discover now