Cincin

2.9K 192 0
                                    

Puteri Malina tersedar dari ingatan lamanya. Segera kalimah suci meniti bibir. Terasa sejuk tapak tangannya apabila perasaan marah menjenguk. Sudah lama dia tidak teringatkan akan hal itu. Tapi malam ini memori itu terulang dengan sendirinya. Tasbih kayu di capainya. Tasbih peninggalan suami tercinta. Puteri Malina berzikir menenangkan hatinya. Sisa air mata di lap sehingga kering.

Tok Mahmod perasan akan hal itu. Hatinya turut hiba. Satu-satunya zuriatnya telah pergi meninggalkannya. Entah kenapa malam ini terasa sungguh sedih. Hati tuanya kuat menyatakan yang sejarah akan berulang kembali. Dia harus berbuat sesuatu. Dia harus menyelamatkan anak dan cucunya. Tapi bagaimana?

Bustaman...aku semakin tua. Apa aku mampu jika dia kembali lagi?? Apa aku harus cepat mencari pewaris Keris Saka,Bustaman? Tapi anak itu belum bersedia lagi. Dia masih belum cukup purnamanya. Aku buntu Bustaman. Ya Allah...

Tok Mahmod meraup wajahnya. Kedut-kedut usia jelas di dahi dan pipinya. Tok Mahmod melangkah ke dalam rumah. Dia menghampiri Puteri Bayu yang sedang menjahit. Dahi cucunya dikucup penuh kasih. Puteri Bayu terpinga-pinga diperlakukan sebegitu.

"Kenapa,Tok?" Soalnya.

"Tok rindu pada ayahmu,Bayu. Wajahmu mirip dia." Kata Tok Mahmod. Puteri Bayu terkejut. Lama dia memandang wajah Tok Mahmod. Tubuh tua itu di peluknya.

"Allah ada Tok. Nanti Bayu solat dan berdoa supaya Allah menyampaikan rindu Tok pada ayahnda, ya?"

Tok Mahmod tergelak kecil. Kata-kata cucunya kedengaran lucu walaupun dia tahu cucunya betul-betul memaksudkannya.

"Iya... Bayu...di mana cincinmu?" Tok Mahmod terpandang jari Puteri Bayu yang kosong itu.

"Allah! Bayu terlupa di dapur." Dengan pantas si gadis itu berlari ke dapur. Tok Mahmod menggeleng kepala. Puteri Bayu datang semula sambil tersengeh-sengeh.

"Bayu..."

Puteri Bayu kembali memeluk Tok Mahmod. Kepalanya direbahkan ke bahu tua itu.

"Cincin ini ada pasangannya...jangan sesekali tanggalkan,ya. Kelak pasangannya menjadi pudar warnanya." Kata Tok Mahmod.

"Tapi siapa pasangan itu,Tok?" Cincin yang tersarung di jari manis itu di belek penuh tanda tanya.

"Bayu sudah pun menemuinya. Cuma masanya belum tiba untuk di satukan keduanya." Kata Tok Mahmod. Puteri Bayu terkejut. Kepalanya di angka laju.

"Siapa,Tok? Siapa lelaki itu?" Puteri Bayu bertanya laju. Tok Mahmod meletus dengan ketawa. Kepalanya di geleng-gelengkan. Puteri Bayu memuncungkan mulutnya.

"Dia perempuan, Bayu." Kata Tok Mahmod dalam tawa.

"Hah? Tapi Bayu juga perempuan. Perempuan haram berkahwin sesama perempuan." Kata Bayu. Semakin kuat tawa Tok Mahmod. Merah wajahnya. Puteri Bayu terpinga-pinga.

"Aduhai Bayu....ini bukan cincin untuk berkahwin...ini cincin untuk melindungi diri sendiri....cincin di jarimu itu bersifat kasar. Jantan. " Puteri Malina menyampuk dari belakang. Dia juga turut ketawa mendengar perbualan anak dan ayahnya.

Puteri Bayu ternganga kerana terkejut. Cincin di jari dipandang lama.

"Jadi Bayu harus mencari pasangannya,ya?"

Tok Mahmod dan Puteri Malina mengangguk serentak.

"Tapi siapa?"soal Puteri Bayu. Tok Mahmod dan Puteri Malina mengangkat bahu. Puteri Bayu merengus tanda tidak berpuas hati.

♾♾♾♾♾♾♾

Saifiyah turun dari kereta sebaik sahaja kereta berhenti di kawasan sekolahnya. Semasa hendak masuk ke kelas dia bertembung dengan Ustaz Mazwan. Ustaz itu memandangnya hairan.

PewarisWo Geschichten leben. Entdecke jetzt