Akibat Mencuri

3.4K 208 7
                                    

Tangan Razali bergetar kerana marah. Mersik tersenyum sinis. Bustaman sedang membaca sesuatu di hadapan pintu. Bilik adiknya dipagar agar Mersik tak boleh keluar. Mersik memerhat lagak Bustaman dengan mata merahnya.

"Berhenti!!". Jerit Mersik.

"Kau syaitan yang dilaknat!! Siapa yang lepaskan kau,hah?!!". Keris yang berbalut kain kuning di buka perlahan-lahan. Mersik mengundur ke belakang.

"Adik kau yang lepaskan aku. Dia yang titikkan darahnya padaku.!" Jerit Mersik. Saleha dan Razali terkejut sakan. Tubuh Saleha longlai di tepi pintu. Razali menggeleng kepalanya.

"Kau tipu..!!Apa aku tak melihat dia membawa apa-apa botol pun sejak keluar dari bilik? Atau kau yang menyerunya?!!" Hati Bustaman semakin geram. Ingin saja dia menghunus keris Saka atuknya ke tapak kaki Bustari saat ini.

Mersik ketawa. Suaranya semakin kuat.

"Ya!! Aku yang menyerunya!! Aku lapar!! Sudah berpuluh tahun aku di kurung!! Aku lapar! Graaaa.!!!!.". Dengan tiba-tiba Bustari bangun lari berlari menuju ke arah Razali. Mulutnya terbuka luas. Razali menolak menggunakan kaki. Di tendangnya Bustari hingga terpelanting semula ke dinding. Bustari mendengus marah. Darah merah mengalir di belakang telinganya. Pantas tangannya menyapu darah itu lalu dijilat rakus.

Bustaman bersiap sedia dengan keris Saka. Terkumat-kamit dia membaca sesuatu lalu di hembuskan ke arah ibu dan ayahnya. Tangannya kirinya di angkat lalu di pusingkan membulat. Bustaman seolah-olah sedang mengunci Bustari.

Bustari mengerang kesakitan. Air liur bercampur darah meleleh ke dagu. Matanya memerah.

"Aaaaa....." Jeritnya lalu menggelupur bagai ayam yang disembelih. Semakin laju tangan Bustaman berpusing semakin kuat Bustari meronta.

"Abang...sakit bang...adik sakit banggg...." suara Bustari berselang-seli dengan suara Mersik .

Razali keluar dari bilik anaknya menuju ke bilik hujung dapur. Sebiji botol kaca berserta kain kuning diambilnya lalu melangkah ke bilik Bustari semula.

Bustaman yang sedang mencangkung di hujung kaki Bustari segera diberikan botol kaca tadi.

"Aku akan pastikan aku akan dapat tubuh keturunan kau,Bustaman!!!". Jerit Mersik sebelum dia di kurung dalam botol kaca semula. Bustari yang penuh dengan calar di tubuh badannya akibat menggelupur tadi di renung sayu. Yang pasti adiknya takkan seperti dulu lagi. Ya, Bustari sudah tidak waras.

♾♾♾♾♾♾♾♾

Imam Rasyid dan penduduk kampung masih lagi berusaha memecahkan mangga pintu pondok Bustari.

"Bustari...kita akan bebas,sayang...ssss..ssss". Bisik Mersik di telinga Bustari. Lelaki yang sedang mengerekot itu tersenyum sinis. Dia berpura-pura pengsan.

*****
Ardiman tiba di pondok milik Paksunya. Masruddin anaknya juga ikut sama bersama segugus kunci di tangan. Bau bangkai menyengat ke segenap ruang udara.

"Imam. Saya tak tahu kalau mangga ni boleh di buka begitu saja." Ardiman bersuara di belakang Imam Rasyid.

"Ada apa sebenarnya Pak Adi?" Soal Imam Rasyid.

"Ayah saya sudah pagarkan pondok ni. Paksu saya ada membela." Ardiman menjawab jujur. Imam Rasyid terkejut.

"Ya Allah... habis siapa yang selalu hantarkan makanan ke sini?" Soal Imam Rasyid.

"Saya,Imam." Masruddin menjawab.

"Kelmari saya ke sini Toksu masih lagi hidup Imam. Tak ada pulak bangkai kambing macam hari ni." Sambung Masruddin lagi. Imam hairan.

"Mungkin mata kau di tipunya,Din. Mengikut pandangan aku. Bangkai ini sudah seminggu dalam pondok ini."

"Ya Allah." Masruddin terkejut. Seram terasa tubuhnya ketika itu. Imam Rasyid mengambil kunci di tagan Masruddin lalu menghampiri pondok. Orang kampung semakin banyak berkumpul di tepi-tepi pondok. Semuanya menutup hidung.

♾♾♾♾♾♾♾♾♾

"Andika...". Satu suara menyentak Andika ketika dia asyik memerhati pemandangan di luar bas. Cincin berbatu hijau lumut di tenung dalam. Lama dia tidak mendengar suara itu.Andika pandang ke kanannya. Kosong.

"Andika." Sekali lagi suara itu muncul. Kali ini Andika hanya memandang ke depan. Nafas di tarik dalam-dalam.

Angin digunung berpuput lembut...
Selendang sutera sebagai penyeri...
Datang aku datang bersambut...
Agar dapat melihat wajahmu berseri..

Selesai membisikkan ayat itu pipinya terasa disentuh sesuatu yang sejuk.

"Malina..." Andika tersenyum. Matanya kembali melihat pemandangan di luar.

♾♾♾♾♾♾♾

"Bustari...."

"Bustari..... ke sini....." suara itu mendesis di telinganya. Bustari memandang ke kiri kanannya. Pintu bilik ayahnya di jeling seketika.

"Bustari....tolong aku,sayang..... Bustari..." suara itu kedengaran sayu. Bustari mendekatkan wajahnya ke pintu bilik di hujung dapur. Bilik tempat ayahnya bertapa dan mengubat orang. Tapi bilik itu menjadi pantang larang bagi dia dan abangnya.

"Bustari.....tolong selamatkan aku...tolong, Bustari...aku sakit...."

Bustari merenung pintu didepannya bagaikan tembus ke dalam. Hatinya berbelah bagi antara larangan keras ayahnya dan rasa ingin tahunya.

"Aduhhh...tolong....tolong aku,Bustari...tolong aku..." Suara itu muncul lagi.

******

Bustaman terjaga dari tidurnya. Bunyi suara perempuan merintih kedengaran sayup-sayup di telinganya. Bunyi itu datang dari dapur.

Mungkinkah bilik ayah di belakang sana ? Tapi siapa?

Bustari bangun perlahan-lahan dari katilnya. Suara itu kedengaran seperti sedang sakit.Bustaman berjalan melintasi bilik adiknya. Pintu terbuka tapi tiada kelibat Bustari di atas tilam.

Kemana pulak adik ni? Malam-malam buta pun nak merayau lagikah?

"Bustari....."Suara merintih itu berbunyi lagi. Kali ini Bustaman terkejut. Hatinya berdegup kencang.

"Dia menyeru adik? Astargfirullahalazim.". Langkah kakinya di percepatkan menuju ke dapur.

*******

Sebiji botol kaca berbalut kain kuning yang terselit di belakang tiang di ambilnya. Botol itu di pandang lama.

"Engkaukah yang memanggilku,botol?" Soalnya pada botol di tangan.

"Tolong aku Bustari...aku yang memanggilmu. Aku sakit...".

Bustari dapat melihat asap putih didalam botol itu. Lantas botol itu di selitnya di celah-celah lipatan kain pelikatnya.

Matanya menerawang ke segenap bilik.

"Adik." Bahu Bustari di tepuk perlahan.Bustari yang terkejut terus membuka bunga silatnya.

"Hup!hiyap." Langkahnya terhenti apabila sebaik saja dia terlihat Bustaman. Dadanya di urut lega.

"Hish abang ni..buat terkejut saja." Bustari menjegil geram.

"Kau buat apa dalam bilik ayah ni? Kan abang dah cakap jangan masuk?kenapa degil sangat,dik?" Marah Bustaman.

"Adik dengar orang panggil nama adik. Dia minta tolong. Bila adik masuk ke dalam tak ada siapa-siapa pun?". Jawab Bustari.

Bustaman mengheret adiknya keluar dari bilik itu. Pintu bilik di tutup dengan berhati-hati.

"Sekali lagi kau masuk dalam bilik ni, abang bagitahu ayah!". Ugut Bustaman. Bustari ternganga.

"Baiklah...ini yang terakhir...." jawab Bustari lalu melangkah pergi ke biliknya.

PewarisWhere stories live. Discover now