Terpisah Jua.

3K 217 3
                                    

Sepasang mata sedang memerhati orang ramai yang berkumpul diluar sebuah rumah. Lama dia memerhati namun yang dicari tiada di situ. Dia mengundur diri. Sekelip mata dia menghilang.

********

Mersik masih lagi cuba melawan Ustaz Hashim. Kholil pula rebah tidak sedarkan diri di tepi kerusi. Bumbung yang hendak di buka tinggal sedikit lagi. Hanya satu lagi tolakan membuatkan bumbung terus terbuka.

Masruddin sedang cuba membakar kain kuning di tangannya. Kain itu tetap tidak terbakar. Akibat terlalu geram Masruddin berjalan menuju ke motorsikal miliknya. Tempat duduk dibuka. Penutup minyak di pulas laju. Kain kuning di celupnya terus kedalam minyak petrol.

"Aaaaaaaaaaa.......jangannnnnnn......" Jerit satu suara dari atas rumah.

Masruddin tersenyum puas.

Tau pun sakit! Habeh hati aku tak sakit??!

Masruddin mengomel seorang diri. Kain kuning di letakkan di atas daun kering lalu di bakar. Serentak dengan itu terdengar raungan yang mengerikan dari atas rumah. Bumbung rumah di pijak berkali-kali.

Bustari kembali baring. Tubuhnya menjadi sangat lemah. Muntahnya hampir penuh satu besen. Bau hanyir memenuhi ruang dapur. Wajah Bustari sedikit cengkung.

"Imam." Ustaz Hashim memanggil dari bilik hujung.

Imam Rasyid pantas menuju ke arah dapur. Ruang tamu sudah di pagar menggunakan ayat suci Alquran.

"Ya,Ustaz. Allahu...pengsan ka ni?"

Imam Rasyid terkejut melihat Kholil yang terlentang di tengah bilik. Bumbung sudah terbuka sepenuhnya. Ustaz Hashim berpeluh-peluh dan kelihatan penat.

"Aku tak cukup kuat,Imam. Nanti dia mai balik. Aku cuma boleh pagaqkan ja tadi."

Imam Rasyid terkejut.

"Habis tu macam mana ni Ustaz?"

Soal Imam Rasyid. Kasihan melihat Bustari yang semakin nazak di hadapan.

******

Sebuah teksi memasuki kawasan rumah Masruddin. Andika melangkah keluar dengan wajah kehairanan.

"Assalamualaikum!"

Andika menegur seorang lelaki di depannya.

"Waalaikumsalam. MasyaAllah....baru sampai ka?" Terkejut lelaki itu melihat sahabat lamanya berdiri di depan mata.

"Lahhh....hang rupanya...". Andika turut terkejut sama. Badri sahabat lamanya. Mereka berpelukan seketika.

"Baik hang pi naik ataih la Dika. Paksu hang teruk dah. Benda tu tak mau tinggai dia. Dok terjerit-jerit dari tadi. Ni baru senyap."

Andika tersedar yang dia terlambat. Langkahnya di percepatkan. Keris Saka di dalam beg di capainya lalu di baca sesuatu. Keris itu di usap tiga kali sebelum dia mula melangkah masuk kedalam.

"Assalamualaikum,Bang Adi."

Ardiman terkejut. Orang yang ditunggu-tunggu sudah tiba. Mereka berdua bersalaman sebelum Andika menuju ke arah Paksunya. Wajah Paksunya di pandang sayu. Tubuhnya kurus kering. Kulit bagaikan melekat di tulang.

Bau hanyir memenuhi ruang. Ayat yang diberikan Tok Mahmod sudah dihafal kejap di ingatannya. Dia memandang ke segenap ruang rumah. Matanya mencari seseorang.

Kakinya melangkah menuju ke bilik hujung. Imam Rasyid dan Ustaz Hashim sedikit terkejut meligat kedatangan Andika. Masruddin bangun dan bersalam dengan Pak ngahnya.

Keris Saka bergetar ditangan. Andika dapat merasakannya. Perlahan-lahan dia menghampiri tubuh Kholil. Andika bersila di hujung kaki Kholil. Keris Saka semakin kuat bergetar. Baru sahaja Andika mengeluarkan Keris Saka dari sarungnya Kholil bangun lalu menjerit.

Dengan tiada amaran Kholil terus menyerang Andika. Pergerakannya pantas. Namun Andika berjaya menepis. Keris Saka di genggam kuat.Toriq tiba bersama ibunya di muka pintu.

"Turun Manisah!" Jerkah Andika dari bilik hujung. Manisah terkejut. Syuhada segera mendapatkan Makngahnya. Toriq segeram masuk ke dalam mencari ayahnya.Cincin berbatu hijau di pusing batunya masuk kedalam genggaman. Dengan lafaz Bismillah Toriq menuju ke arah Bustari.

Dia duduk di sebelah kanan Bustari. Ardiman hanya memerhati kelakuan anak buahnya itu. Mereka lebih tahu.

Toriq mula meletakkan tangannya pada lutut Bustari. Ayat ruqyah dibacakan perlahan. Bustari mengerang. Perlahan-lahan tangannya turun menuju ke kaki.

"Allahu Akhbar.!"

Cincin berbatu hijau di tekan pada ibu jari kaki Bustari. Serentak dengan itu Kholil yang rancak berlawan rebah ke lantai. Andika terkejut. Imam Rasyid, Ustaz Hashim dan Masruddin turut terkejut.

"Tolongggg....jangan pisahkan aku....tolonglah....aku merayu...."

Kholil tiba-tiba bersuara. Sah! Kholil di rasuk Mersik. Masruddin menjadi marah.

"Kami tak dak kena mengena dengan hang dah! Hang buat perjanjian dengan tok kami dulu. Bukan kami.!" Jerkah Masruddin.

Andika terkumat kamit membaca ayat yang diberikan oleh Tok Mahmod. Kholil mendesis. Tangannya mencakar-cakar lantai.

Toriq masih lagi melakukan hal yang sama. Setiap kali tapak tangannya ingin di tarik kebawah dia merasakan sesuatu yang kuat cuba untuk menarik tangannya ke atas semula. Berpeluh-peluh dahinya melawan sesuatu yang tak terlihat.

Bustari semakin tenat. Nafasnya semakin perlahan. Ardiman disisi tidak putus-putus mengajarnya mengucap.

"Bang long...." Sebut Bustari. Matanya memandang ke arah pintu rumah.

"Toksu....mengucap tok....ayah tunggu tok kat sana..."

Pujuk Ardiman. Bustari tergagap-gagap cuba mengucap.

Kholil mengesot ke tepi dinding ketika Andika cuba mendekatinya. Mersik tahu masanya akan berakhir. Dia sudah terlalu lemah untuk melawan. Namun dendamnya pada keturunan Bustaman semakin menjadi-jadi. Selagi dia tidak mendapatkan apa yang di mahukannya selagi itulah dia akan berusaha.

Andika duduk bersila di hadapan Kholil. Kaki Kholil di tarik kasar. Mersik tidak melawan. Hanya membiarkan sahaja. Perlahan-lahan Andika menusuk keris Saka di ibu jari kaki Kholil.

"Argghhhhhhhhh........sakiiitttttttttt" jerit Mersik kuat.

"Laa....ilah.....ha...illalah....". Kepala Bustari terkulai ke sisi sebaik sahaja mengucap kalimat kalimah suci. Ardiman menangis teresak-esak. Hatinya lega. Selega-leganya.

"Buk!!" Bunyi sesuatu terjatuh di bawah rumah mengejutkan Masruddin. Bunyi seperti seseorang terjun ke bawah. Masruddin menjenguk. Semak di belakang rumah bergoyang kuat seperti sesuatu yang besar sedang berlari. Kesan tapak kaki di tanah di perhati lama.

Tapak kaki harimau??

Masruddin terkejut besar.

Macam mana boleh jadi harimau pulak? Bukan yang dalam rumah ni ulaq ka?

PewarisWhere stories live. Discover now