Tanggungjawab Bayu.

2.9K 199 9
                                    

Kedua-dua gadis itu berpandangan sesama sendiri. Kata-kata Tok Mahmod agak susah di hadam bagi keduanya. Puteri Malina juga kehilangan kata-kata.

Apakah ini hikmah yang ingin Allah berikan kepadanya? Atau ujian untuknya dan anaknya. Puteri Malina buntu. Anaknya Puteri Bayu belum pernah berpisah jauh. Apatah lagi untuk ke dunia manusia. Puteri Malina di landa rasa bimbang. Apa betul keputusan ayahnya untuk meminta Puteri Bayu ke sana? Tapi cincin itu.. ianya sudah bersedia. Cincin arwah suaminya di jari Puteri Bayu sudah bersedia. Cincin itu tidak akan bersedia jika tuannya tidak bersedia.

Bimbangnya semakin memuncak. Entah apa yang akan di tempuhi oleh anaknya nanti. Dia keliru.

Puteri Malina bangun dan berlalu ke biliknya. Puteri Bayu dan Saifiyah masih lagi mendiamkan diri. Puteri Malina datang semula dengan sesuatu di tanganya.

"Bayu..ini milik ayahmu." Uncang baldu berwarna hijau di letakkan di tapak tangan anaknya.

"Apa di dalamnya,bonda?" Soal Puteri Bayu.

"Ianya batu dari Mekah. Gunakan bila perlu. Ingat Allah selalu,Bayu. Bonda doakan semoga di permudahkan uijian buatmu dan Saifiyah." Puteri Malina memeluk kedua gadis itu.

"Bonda izinkan Bayu pergi?" Puteri Bayu sedikit terkejut. Sangkanya bondanya tidak mengizinkan.

Puteri Malina tersenyum sambil mengangguk.

"Jangan risau. Tok ada untuk membantumu. Jangan sesekali leka nak. Mereka itu yang telah membunuh ayahmu. Hutang darah di bayar darah,Bayu. Selagi mereka hidup Kampung kita tidak akan aman. Bayu saja harapan bonda dan Tok." Tutur Puteri Malina. Pipi anaknya di belai lembut.

Puteri Bayu sedikit terkejut mendengar tanggung jawab yang sedang di pikul olehnya kini. Memang dia yang akan menjaga kampung ini kelak. Tapi bukan seawal ini.

Wajah Saifiyah di pandang bagai meminta sesuatu.

"Erm...aku tak tahu nak cakap apa. Aku berserah dengan Allah. Mungkin ni ujian untuk kita,Bayu. Aku ikut apa yang Tok kata sebab tu je cara aku nak keluar dari sangkar Jugam." Saifiyah berkata tanpa memandang Puteri Bayu. Dia memandang ci cin di jarinya yang semakin menghijau warnanya. Hijaunya semakin pekat dan berkilat.

"Baiklah. Kalau itu sahaja caranya untuk kembalikan keamanan buat kita semua.. Bayu setuju.!" Puteri Bayu mengenggam baldu hijau dengan erat. Takkan di sia-siakan peluang yang ada.

Demi Kampung Seranggi dan demi ayahndaku!

"Tapi Bayu harus khabarkan kepada Daeng Rijal dan Tok Arif dahulu,Bonda. Izinkan Bayu ke sana sebentar." Kata Puteri Bayu. Wajahnya sedikit berubah. Lebih tegas dalam kelembutan.

Puteri Malina mengangguk setuju.

****

"Apa benar nak Bayu?" Dang Misiah terkejut. Wajah bersih anak gadis Tardmizi di pandang lama.

"Jika itu yang Mahmod mahu kita tidak membantah. Mahmod lebih tahu apa yang berlaku. " Tok Arif mengurut janggutnya yang memutih mencecah perut.

Daeng Rijal sedikit berkerut wajahnya.

"Adakah kamu sudah bersedia nak Bayu?" Soal Daeng Rijal. Dia risaukan Puteri Bayu. Dang Asyiqin menangis di bahu Puteri Bayu. Sahabatnya akan berjuang seorang diri.

"Benarkanlah kita mengikuti Bayu,Bonda. Kita tidak sanggup membiarkan dia berjuang berseorangan." Rayu Dang Asyikin.

Daeng Rijal dan Dang Misiah mengeluh serentak.

"Asyikin...Tok Mahmod takkan sesuka hati meminta Bayu jika Bayu belum bersedia,nak. Lagi pula kamu akan menjadi isteri Arjuna nanti. Biarlah Bayu dengan Saifiyah sahaja,nak." Pujuk Dang Misiah.

PewarisWhere stories live. Discover now