Mersik

3.7K 238 6
                                    

Saya nak mtk maaf pasal bab Bayu n Bab Tanda ada persamaan.
Harap semua masih sudi membaca cerita ni..
Saya akan buat yang terbaik lepasni k.😘

🦁🦁🦁🦁🦁🦁🦁🦁🦁🦁🦁🦁🦁🦁🦁🦁🦁

Andika mengeluh lagi. Hatinya berbelah bagi. Bimbang Manisah tidak setuju dengan cadangannya. Tapi dia merasakan masanya semakin suntuk. Dia harus mencari seseorang. Wajah Manisah yang sedang tidur disebelahnya di renung penuh kasih sayang. Sudah dua kali mimpi yang sama menerjah ke alam tidurnya. Mengganggu kedamaian hatinya. Dia mengeluh lagi.

Aku akan tamatkan semuanya. Aku tak mahu lagi kejadian yang sama berlaku. Kasihan anak itu.

Bisik hatinya. Matanya di pejam semula. Berharap agar dia punya kekuatan untuk menyuarakan niatnya pada Manisah esok hari.

♾♾♾♾♾♾♾♾♾♾

Disuatu tempat dihujung kampung...

Bustari mendongak memandang langit. Sesekali lidahnya terjelir-jelir seperti ular. Tubuhnya mengerekot. Nafasnya perlahan. Nyamok yang hinggap di betisnya tidak dihiraukan. Rumah tua itu hanya di huni olehnya. Dia telah di asingkan dari penduduk lain oleh abangnya. Dia sakit. Dia terlalu mempercayai apa yang di lihatnya dan apa yang didengarnya. Pernah Bustari hilang dari rumah dan dijumpai ketika sedang meratah seekor ayam yang masih hidup. Sejak dari itu penduduk kampung mula takut jika terserempak dengannya. Bahkan ada ibu-ibu yang menggunakan namanya untuk menakut-nakutkan anak-anak mereka yang suka pulang lewat petang.

Bustari tak bersalah. Bustari hanya ikut apa yang diberitahu jika ingin selamat. Bustari tak ingat apa yang telah dilakukannya. Dia seolah-olah dirasuk sesuatu. Abangnya Bustaman faham akannya. Tapi abangnya tidak punya pilihan melainkan terpaksa membina rumah dihujung kampung untuknya seorang. Atau lebih elok di panggil penjara baginya. Setiap hari abangnya akan menghantar makanan untuknya. Kadang-kadang dia menjadi tempat abangnya meluahkan rasa hati. Bustari hanya mengangguk jika itu berlaku.
Kini dia tiada siapa-siapa lagi. Abangnya sudah lama tiada. Tinggallah dia bersama Mersik. Mersiklah yang mencari makanan buatnya. Apa saja yang dibawa oleh Mersik semuanya sedap.

"Ssss..... Tuan...". Mersik muncul dari celah-celah lubang. Bustari tersenyum.

"Kau dapat apa?". Soal Bustari laju. Mersik memuntahkan seekor anak kambing dari mulutnya.

"Waah...makan besar ni. Hahaha.. mari makan.". Mersik melingkar di tepi bangkai anak kambing. Matanya memerhati Bustari yang begitu gelojoh meratah bangkai anak kambing itu. Senyuman sinis terukir dibibir.
Mersik menyusur keluar dari rumah itu.

"Manusia bodoh!". Sumpahnya seraya menjelma menjadi seorang lelaki. Mersik melangkah pergi.

Bustari berhenti melahap bangkai kambing. Air matanya mengalir. Dia sudah tak sanggup untuk hidup begini. Dirinya seperti mayat hidup yang dahagakan daging mentah. Apa saja yang dibawakan Mersik semuanya terpaksa di telan. Dia pura-pura untuk menyukai apa yang di hidangkan untuknya. Tekaknya bagaikan sudah lali dengan rasa bangkai. Bustari menangis hiba.

"Abang long, maafkan aku.." Rintihnya seorang diri. Sudah beberapa kali dia cuba melarikan diri. Tapi sia-sia belaka. Kemana dia pergi Mersik tetap menjumpainya. Mersik bagaikan bayang-bayangnya. Dia terus menangis hiba. Tubuhnya mengerekot.

♾♾♾♾♾♾♾♾♾

Imam Rasyid duduk bersandar di tiang surau. Kelibat yang dilihatnya sebentar tadi amat mengejutkannya.

Astargfirullahalazim...ular jadian ? Tak mungkin. Atau mungkin belaan seseorang. Tapi takkan Bustari ada membela?

Keningnya berkerut. Pening kepalanya memikirkan apa yang dilihatnya semasa hendak ke surau tadi. Dia yang baru dua tahun pulang ke kampung baru pertama kali melihat sesuatu seperti itu. Imam Rasyid menggeleng kepala. Mungkin mainan syaitan di senja hari fikirnya. Dia bangun melangkah ke rak Al Quran. Mencari sedikit ketenangan dengan ayat-ayat suci.

♾♾♾♾♾♾♾♾

Puteri Bayu termenung panjang. Bondanya Puteri Malina dilanda tanda tanya. Anaknya seorang yang periang. Tentu ada sesuatu yang berlaku. Perlahan-lahan dia duduk disebelah anaknya. Bahu Puteri Bayu di sentuh lembut.

Puteri Bayu yang terkejut segera menoleh ke kanannya. Bondanya tersenyum.

"Kenapa bermuram,Bayu?". Soal Puteri Malina lembut.

"Bonda...". Puteri Bayu ingin membuka mulut. Tapi terhenti. Jika bondanya tahu dia menghampiri manusia tentu bondanya marah. Dia tidak jadi bersuara. Tapi hatinya serba salah. Dia risaukan Zalina. Dia nampak apa yang terjadi. Zalina dan makhluk itu.

"Ya? Apa yang Bayu sembunyikan dari bonda?". Sejujurnya Puteri Malina tahu yang anaknya kemana selama ini. Dia takkan biarkan Puteri Bayu keluar tanpa pengiring. Cuma Puteri Bayu yang tak sedar dirinya di ekori.

Puteri Bayu tertunduk bersalah. Satu nafas berat ditarik.

"Bonda... maafkan Bayu. Bayu ingkar. Bayu menghampiri manusia. Bayu cuma ingin menolong. Dia dalam bahaya bonda." Puteri Bayu teresak-esak di paha bondanya. Puteri Malina agak terkejut.

"Apa maksud Bayu? Siapa manusia itu?". Puteri Malina hairan. Dari apa yang diberitahu pengawalnya Puteri Bayu cuma menghantar manusia itu pulang.

"Zaza,bonda." Jawabnya dalam esak.

"Dimana Bayu bertemu dia? Ceritakanlah pada bonda. Bonda tak marah."

"Betul bonda? Bonda tak marah Bayu?". Puteri Bayu memegang tangan bondanya. Puteri Malina mengangguk lembut.

"Bayu terjumpa Zaza sewaktu Bayu mencari Gangsa. Zaza di lindung sesuatu bonda. Peah tak boleh nampak Zaza sedangkan Zaza hanya di belakang Peah. Bayu tak tahu siapa yang cuba mencuri Zaza. Bayu tak nampak. Bayu cuma buka hijabnya." Terang Puteri Bayu. Puteri Malina mengangguk faham.

"Jadi apa yang membuatkan Bayu termenung tadi?" Soalan Puteri Malina membuatkan anaknya sedikit terkejut.

"Bayu... Bayu pergi cari Zaza kelmarin. Bayu rasa tak sedap hati. Bayu lihat bayang-bayang Zaza hilang. Bayu cuba memanggil Zaza. Tapi dia takut pada Bayu. Dia larikan diri dan tiba-tiba ada sesuatu yang merempuhnya,bonda. Bayu tak nampak. Anginnya terlalu halus. Ilmunya kuat. Yang pasti ianya gelap,bonda." Tangan bondanya di goncang kuat. Puteri Malina tahu ada sesuatu yang terjadi.

"Bonda..". Puteri Bayu kembali mengalirkan air mata. Bondanya kehairanan.

"Kenapa, Bayu?".

"Zaza sudah salah sangka pada Bayu. Sewaktu dia terjatuh dia tak nampak angin itu. Yang dia nampak hanya Bayu. Dia mungkin fikir Bayu jahat bonda. Bayu sedih." Kepalanya kembali di letakkan ke arah riba bondanya. Puteri Malina tersenyum.

"Bayu...ingat apa yang ayahnda?. Setiap yang berlaku ada hikmahnya."

Bayu cuba untuk tersenyum pabila pipinya di cubit manja oleh bondanya.

PewarisWhere stories live. Discover now