Kembali ( Part 3)

2.8K 200 12
                                    

Chekmi menyarung tudungnya dengan pantas. Dia sudah terlewat untuk ke sekolah. Jam sudah menunjukkan pukul lapan lima minit pagi. Pengajian sudah pun bermula pukul tujuh setengah tadi. Chekmi mencapai stoking yang tersangkut di hujung katilnya. Dengan pantas tubuh gempal itu berlari keluar rumah. Stoking di masukkan ke dalam beg dengan tergesa-gesa.

"Mak...adik pi dulu.!" Jeritnya di luar rumah.

Zaitun yang sedang menjahit menggelengkan kepalanya.

"Tu la...mak gerak kata awai lagi..jam tak bunyi lagi...jam nak bunyi apa kalau jam dah rosak. Bateri kalau orang tak beli dia pun tak beli... haih...anak dara sorang ni... tak tau la nak jadi apa nanti." Bebel Zaitun seorang diri.

♾♾♾♾

Chekmi terhendap-hendap di hadapan kelas. Ustaz yang mengajar masih belum muncul. Chekmi melangkah masuk dengan lega. Setelah melabuhkan punggungnya di kerusi baru Chekmi perasan Saifiyah tiada di sebelahnya.

"Ayong."

Ayong yang sedang khusyuk menulis mengangkat kepalanya. Dia terkejut.

"Aik? Bila hang masuk? Aku ingat hang tak mai hari ni." Katanya.

"Aku bangun lambat la..jam aku habis bateri. Ni,Peah tak mai ka?" Chekmi menunjuk ke arah kerusi kosong di sebelahnya.

"Ermm...dia sakit. Ustaz Safuan masuk bagitau tadi." Jawab Ayong. Dia kembali menulis.

"Sakit apa? Awat dia tak call kita malam tadi?" Chekmi hairan.

"Dia sakit teruk kot. Tak boleh bangun. Wani pun tak mai. " Ayong menunjuk ke arah tempat duduk Hazwani yang kosong itu.

Chekmi semakin hairan.

"Aik? Sepupu sepapat pakat demam ni. Pasaipa?" Tanya Chekmi lagi. Ayong menderam marah.

"Mana la aku tau....heee...aku sibuk ni...latihan tak siap lagi. Jangan kacau." Ayong menjeling geram.

Chekmi menjelir lidah. Dia berpusing ke kirinya. Kechik awal-awal lagi menutup telinganya sambil menggoyangkan kepala. Buku latihan terbuka luas di atas meja.

"Ni sekoq lagi. Tak siap kerja sekolah jugak. Buat apa tak tau malam tadi.!" Marah Chekmi.

♾♾♾♾♾♾♾

Saifiyah mengerang sakit. Belakang badannya terdapat kesan calar yang panjang. Dia hanya mampu meniarap sahaja. Tubuhnya bagai di cucuk dengan benda tajam apabila dia menelentang. Hazwani memerhati dengan mata yang kasihan.

Dia tidak ke sekolah kerana ibunya meminta dia menjaga Saifiyah sementara keduanya menjemput Tok Ngahnya di Terminal Bas.

"Air..." Saifiyah bersuara lemah. Tapak tangan dan tapak kakinya sejuk membeku. Hazwani segera bangun menuju ke dapur. Segelas air suam di bawa cermat ke bilik tidurnya.

"Peah..air ni." Straw di suakan ke bibir kering Saifiyah. Begitulah keadaan Saifiyah sejak dua hari lalu.

♾♾♾♾

"Hoi!! Kau jangan kacau Paklong aku.! Hal kau cuma dengan aku!" Saifiyah menjerkah ke arah lembaga yang sedang terbang di penjuru bilik. Lembaga itu memerhati pintu bilik dengan mata yang terjegil besar.

Saifiyah melangkah ke arah pintu bilik. Dia tidak tahu apa yang sedang bermain di fikiran syaitan itu. Yang pastinya dia tidak mahu sesiapa pun tercedera kerananya.

"Allahu Akhbar!" Mustafa membaling lada ke arah pintu bilik. Tiada bunyi yang kedengaran. Maziah hanya memerhati dari jauh. Takut untuk mendekat. Cukuplah sekali dia melihatnya.

PewarisWhere stories live. Discover now