Cari( Part 2)

2.7K 197 2
                                    

Murad bercekak pinggang di tepi sungai. Zakaria dan Muiz sibuk mencuci muka. Air sejuk yang menyegarkan.

"Ad!" Laung Muiz tiba-tiba. Murad mengangguk ke arah Muiz. Muiz menunjuk ke tanah.

"Ni banyaknya bekas tapak kaki ni...hang mai tengok ni." Kata Muiz. Murad bergegas menghampiri. Dia tunduk untuk melihat dengan lebih jelas.

"Hang rasa-rasa ni tapak kaki adik aku dak?" Soal Murad pada Muiz. Muiz menjungkit bahu tanda dia tidak tahu.

"Jom kita ikut tapak kaki ni. Mana tau memang tapak kaki adik hang, Ad." Cadang Zakaria.

Murad dan Muiz berfikir sejenak.

"Kita patah balik dulu ambik lampu suluh dengan parang. Lepas tu kita mai balik." Cadang Murad. Ketiga-tiga pemuda itu kemudiannya mula bergerak meninggalkan kawasan sungai.

♾♾♾♾♾♾♾

Saifiyah leka menggosok baju sekolahnya. Jam menunjukkan pukul lapan setengah malam. Pak long dan maklongnya masih belum pulang dari surau. Hanya dia dan Hazwani sahaja di rumah.

"Peah. Hang nampak dak stokin aku ?" Soal Hazwani tiba-tiba.

"Mana aku tau....hang ni suka letak tak kena tempat. " jawab Saifiyah. Hazwani mencebik.

"Tok! Tok!Tok!Tok!" Pintu rumah di ketuk kuat. Terhenti pergerakan tangan Saifiyah. Hazwani muncul dari bilik tidur. Wajahnya takut-takut memandang ke arah Saifiyah.

"Tok!tok!tok!" Ketukan berbunyi lagi. Kali ini bunyinya agak tinggi. Pintu di ketuk di bahagian atas. Bukan ditengah. Saifiyah dan Hazwani berundur ke dinding. Pintu rumah di pandang tajam.

"Siapa tu?!" Soal Saifiyah. Tiada sahutan. Hazwani menggoncang lengan Saifiyah. Air mata sudah bergenang di kelopak matanya. Saifiyah meletakkan jari telunjuknya ke bibir. Dia tidak mahu Hazwani mengeluarkan sebarang bunyi.

"BAMM!!!" pintu diterajang kuat. Hazwani menjerit ketakutan. Saifiyah menarik tangan Hazwani masuk ke dalam bilik. Pintu bilik di kunci dengan pantas.

"Ambik kerusi tu!"arah Saifiyah. Mereka berdua meletakkan kerusi di muka pintu. Kemudian meja belajar turut di tolak ke pintu. Akhirnya mereka berdua berselimut di penjuru dinding. Bunyi pintu di tendang dan di ketuk masih kedengaran.

"Macam mana ni,Peah.... abah mak tak balik lagi." Kata Hazwani. Saifiyah diam. Buntu fikirannya saat ini.

Setelah sepuluh minit bunyi ketukan dan tendangan sudah tiada. Kini berganti dengan bunyi pasu bunga di hempas.

"Peah...dia bagi pecah pasu mak." Kata Hazwani dalam berbisik. Saifiyah mengangkat jari telunjuknya semula.

"Assalamualaikum!" Suara orang memberi salam jelas kedengaran. Saifiyah dan Hazwani berpandangan sesama sendiri. Hazwani bangun dengan cepat. Baru sahaja hendak melangkah dia telah di tahan Saifiyah. Hazwani duduk semula.

"Shhh.....syaitan ni pandai menipu. Jangan percaya selagi kita tak dengaq bunyi moto abah hang.!" Kata Saifiyah tegas. Hazwani menelan air liurnya.

"Assalamualaikum!" Suara itu bertukar garau.

Terbeliak mata Saifiyah dan Hazwani.

"PAP! PAP!PAP!" Tingkap bilik Saifiyah di tampar-tampar dari luar.

Hazwani ingin menjerit tapi mulutnya cepat-cepat di tutup oleh Saifiyah.

"Hihihihihihihi........hahahahahahahha.........hahahahahhahahah......" mengilai-ngilai suara itu di tepi bilik Saifiyah.

Tiba-tiba mata Saifiyah terpandangkan pen Al-quran miliknya di atas katil. Dengan segera dia mencapainya lalu menekan punat rakam. Surah Yasin yang sudah di rakamnya di mainkan dengan kuat.

"BAMM!!!" Bunyi pintu di tendang semakin kuat. Selang beberapa lama bunyi itu hilang. Saifiyah memperlahankan bunyi pennya. Tiada lagi bunyi pintu di tendang,pasu di hempas dan tingkap di tampar. Sunyi. Hanya terdengar bacaan Yasin sahaja. Kedua gadis itu melepaskan nafas lega.

"PRANG!!!"

Tersentak kedua gadis itu. Bunyi itu datang dari dalam rumah. Dihadapan pintu biliknya. Terkebil-kebil mata mereka berdua.

"Saifiyah!!" Jerit suara itu dari luar.

Kecut perutnya. Mulutnya tak henti-henti berzikir. Hazwani menyembunyikan wajahnya di belakang Saifiyah.

"Saifiyah.! Ragas sedia menjadi khadammu. Terimalah aku Saifiyah." Suara garau berbunyi di hadapan pintu.

Saifiyah ternganga.

Merapu natang apa setan ni...khadam apanya harey? Ingat aku ni nenek kebayan ka?

"Aku tak kenal kau sapa!! Dan aku tak mau tau kau sapa.!! Keluaq dari rumah ni!" Jerit Saifiyah.

"Tidak!! Aku mahu menjadi khadammu Saifiyah!!" Ragas membalas. Suaranya mengeras.

"Kenapa kau cari aku? Banyak lagi manusia lain.!"

"Kau punya Saka. Kau waris keturunan Razali yang kuat. Terimalah aku. Aku sanggup buat apa saja untuk kau." Jawapan Ragas membuatkan Saifiyah semakin takut.
Sejuk tapak tangannya.

"Apa pun yang terjadi aku takkan sesekali terima syaitan macam kau!! Jangan ganggu hidup aku!" Jerit Saifiyah kuat. Hazwani tercengang-cengang. Tak menyangka yang sepupunya seberani itu.

"Kau tetap akan terima aku nanti Saifiyah!!!" Jerit Ragas dari luar.

"BAMM! BAM!! BAM!!" Pintu bilik di tendang dari luar.

"Hoi!!!" Bunyi suara Paklongnya memberhentikan tendangan itu.

"Abah tolong!!" Jerit Hazwani dari dalam bilik.

Mustafa memerhati lembaga yang berdiri di depan pintu bilik anaknya. Seorang nenek tua yang sudah bongkok dengan wajah menggerutu. Tongkat kepala harimau di genggam erat di tangan.

"Kau cari siapa,hah?" Jerkah Mustafa.

"Hehehehehe....kau yang tak terpilih tak layak untuk menyoalku. Hahaha" Tongkat di tangannya di hentak ke lantai.

Mustafa terduduk memegang perut. Senak perutnya seperti di tumbuk sesuatu. Dia terbatuk-batuk.

"Jangan cabar aku kalau diri tak mampu. Huh!" Cebik si tua itu lalu menghilang.

PewarisWhere stories live. Discover now