Terpisah

3.1K 208 2
                                    

Saifiyah seakan-akan tak percaya yang paklongnya tinggalkan dia di sini. Pusat Perubatan Assyifa. Kepalanya digelengkan.
Sudahlah ditinggalkan dengan Hazwani. Bertambah pening kepalanya. Wajah cemberut Hazwani membuat hatinya sakit.

Aku tak perlukan babysitter lah!!

Jerit Saifiyah dalam hati. Menyampah melihat olah Hazwani. Saifiyah bangun berjalan ke tingkap. Keluhan nipis di lepaskan.

"Wani..." Panggil Saifiyah.

Hazwani pekakkan telinga.

"Wani!" Saifiyah mengeraskan suaranya.

Hazwani tercengang.

"Awat?" Soal Hazwani geram.

Saifiyah mengangkat tangan menunjuk ke bawah. Tepat ke arah sebatang pokok di tepi jalan. Hazwani terundur kebelakang akibat terkejut. Tangan Saifiyah di tarik laju menghindari tingkap.

"Jom cari Ustaz!". Mereka berdua segera berlari keluar dari bilik tetamu itu.

♾♾♾♾♾♾

"Mengucap,Toksu...mengucap... ingat Allah..."

Ardiman setia disisi Bustari. Amanat arwah ayahnya terngiang-ngiang ditelinga. Tangam Bustari digenggam erat. Dada Bustari turut terangkat bila dia menyedut nafas. Ardiman sedih melihat Toksunya terseksa begitu. Terseksa akibat terlalu ingin tahu akan sesuatu. Tapi dalam masa yang sama dia juga bersyukur yang Toksunya akan pergi juga. Berakhirlah penderitaan yang di tanggungnya selama ini.

"Adi.... Abah hang Di....Dia datang nak jemput Paksu tu..."

Bustari menunjuk-nunjuk ke muka pintu. Ardiman menoleh ke muka pintu. Hatinya sebak.

"Paksu...bawak mengucap Paksu...jangan dengaq apa yang Mersik kata...dia tak berkuasa pun. Allah yang berkuasa."

Ardiman membisik kembali kalimat syahadah ke telingan Bustari. Mersik menderam marah. Bustari semakin ingkar padanya. Bustari sudah tidak mahu menurut perintahnya.

Imam Rasyid naik bersama seorang lelaki berjubah koko.

Masruddin segera menyambut tetamu yang di tunggu-tunggu itu.

"Pak Adi,Din..ni kawan saya Ustaz Hashim." Kata Imam Rasyid. Ustaz Hashim menghulurkan tangan. Salam bersambut.

"Boleh saya mula?"soalnya.

Ardiman dan yang lain-lain hanya mengangguk.

Ustaz Hashim mula duduk di hujung kepala Bustari. Ayat-ayat ruqyah mula di baca. Bustari kelihatan tenang. Dadanya mula menurun. Tidak terangkat tinggi lagi.

"Tuan rumah ini siapa?"

Soal Ustaz Hashim tiba-tiba. Masruddin sedikit terkejut.

"Saya,Ustaz. Kenapa?"

"Boleh bukakkan pintu bilik yang hujung tu dak?" Soal Ustaz Hashim lagi.

Ardiman dan Masruddin sedikit tersentak. Bagaimana Ustaz Hashim tahu akan bilik dihujung dapur itu?

"Tapi Ustaz...bilik tu bilik arwah ayah saya." Ardiman menjawab. Ustaz Hashim tersenyum.

"Saya tau...saya pun kenai arwah ayah Pak Adi.Saya tau bilik hujung tu bilik apa...".

Pengakuan dari Ustaz Hashim mengejutkan Ardiman. Semuanya bermula dari bilik hujung itu.

"Din. Hang bukak pintu bilik tu Din. Kita ikut cakap Ustaz." Ardiman mengarahkan anaknya membuka pintu. Apa nak jadi,jadilah. Yang penting Paksunya terlepas dari terseksa.

PewarisWhere stories live. Discover now