Mati

2.7K 203 1
                                    

"Kita rasa kita tahu apa yang terjadi. Rohnya telah di curi dalam keadaan kita leka tadi. Itu semua hanya lakonan Jugam! Syaitan yang suka memperdaya!" Penumbuknya di kepal kuat. Geram. Benci. Semuanya bersatu bersarang di hati. Tok Mahmod mengetap gigi.

Sampai bilakah pertelingkahan ini akan berakhir?? Kenapa manusia begitu bodoh untuk mengikut kata-kata syaitan laknatullah itu?! Apa yang harus aku lakukan lagi,Ya Allah?? Bantulah aku Ya Allah.. aku mohon padaMu.

Tok Mahmod merenung bulan. Purnama yang penuh membulat bersinar garang terang. Tiba-tiba mata tua itu terbeliak.

"Purnama penuh??" Dia sedang cuba mengingati sesuatu. Seketika kemudian mulutnya ternganga. Tok Mahmod bingkas bangun.

"Malina..Malina! " laungnya kuat.

Puteri Malina dan Puteri Bayu terkejut sakan. Belum pernah mendengar suara Yok Mahmod sekuat itu. Tergopoh-gapah keduanya berlari ke muka pintu.

"Ada apa,ayahnda? Kenapa menjerit begini?" Puteri Malina memandang ke sekeliling. Terang bulang menampakkan semuanya.

"Aku harus mencari Andika. Nyawa Saifiyah dalam bahaya.!! Jugam akan membunuhnya!" Kata Tok Mahmod. Kain serban putih di lilit kemas. Dia memperbetulkan pakaiannya.

"Malina,ambilkan uncang biru di dalam bilikku. Cepat.!" Puteri Malina mengangguk dan segera berlari ke bilik ayahnya. Uncang baldu biru yang terletak di atas papan rehal di ambik lalu segera berlari keluar.

"Ayahnda." Uncang baldu biru di hulurkan ke tangan ayahnya.

"Ayahnda..tolong berhati-hati. Bawalah Tok Arif atau Daeng untuk membantu." Puteri Malina memegang lengan ayahnya. Terbit rasa bimbang di hatinya. Air mata mula bergenang di tubir mata.

Tok Mahmod memandang ke dua wajah penyeri hatinya. Kepala keduanya di usap lembut.

"Doakan ayahnda selamat. Kali ini aku akan tamatkannya terus. Demi Kampung Setanggi. Demi keturunan Bustaman. Aku harus pergi sendiri. Jaga diri kalian baik-baik,ya." Tubuh anak dan cucunya di peluk erat. Puteri Malina dan Puteri Bayu menangis teresak-esak.

"Ayahnda pergi dulu. Bayu,jagakan bondamu,ya. Jadi anak yang baik. Assalamualaikum. Semoga Allah melindungi kalian berdua." Pegangan tangan di lepaskan. Tubuh tua itu melangkah pergi.

"Semoga Allah bersamamu,ayahnda." Puteri Malina berdoa di dalam hati.

♾♾♾♾♾♾♾

Andika terkejut melihat Tok Mahmod muncul tiba-tiba selepas memberi salam selesai solat isya'nya.

"Dika. Anak saudaramu dalam bahaya. Malam ini bulan penuh. Ilmu hitam menjadi kuat malam ini. Kita harus cepat.!" Bahu Andika di goncangnya tanpa sedar. Andika terpinga-pinga. Baru menghulur tangan untuk bersalam tiba-tiba di goncang begitu.
Wajah tua itu di pandang kehairanan.

"Apa maksud,Tok?" Soalnya.

"Ragas menyerang Kampung Setanggi ketika bulan penuh. Ilmunya menjadi kebal ketika bulan penuh. Jika Jugam menerima ilmu Ragas maknanya Jugam juga menjadi kebal malam ini. Anak saudarmu dalam bahaya.!" Suara Tok Mahmod sedikit meninggi. Terbeliak Andika mendengar kata-kata Tok Mahmod. Sungguh dia terlupa perkara itu.

"Pak Ngah! Mulut Peah berdarah.!" Mustafa muncul di muka pintu dengan wajah pucat.

"Allah!" Tok Mahmod terkejut. Waktu semakin suntuk.

Berlari keduanya menuju ke bilik Saifiyah.

Darah merah meleleh-leleh keluar dari mulutnya. Dadanya juga mula berombak kuat. Dia tersiksa. Bintik-bintik peluh kelihatan di dahinya. Andika memegang kepala Saifiyah dan membacakan sesuatu. Kelopak mata Saifiyah di selaknya. Dia terkejut. Mata hitam Saifiyah mengecil. Tiada cahaya kelihatan.

"Tok,apa yang perlu kita lakukan,Tok?" Andika cemas. Dia belum pernah berhadapan situasi ini. Ternyata Jugam lebih kuat dari Ragas. Lebih kebal ilmunya. Andika sendiri susah untuk mencari di mana kelemahan Jugam sebenarnya. Dan akhirnya di tipu oleh lakonan Jugam dan Mangut. Syaitan yang menyesatkan.!

*******

Saifiyah terperosok dalam kesakitan. Tubuhnya terhumban jauh dari tempatnya berdiri. Sedikit rasa menyesal kerana cuba melawan Jugam sebentar tadi. Dia terbatuk lemah. Air liur yang meleleh di pipi di lap pantas. Benci dia mendengar suara yang sedang mengetawakan dirinya saat ini.

Jugam dan Mangut berpeluk tubuh tidak jauh darinya. Berdiri angkuh melihat mangsanya yang lemah terkulai layu. Pandangan sinis di berikan kepada tubuh yang tak berdaya itu.

"Masih mahu melawan? Di mana keris itu? Gunakan!" Jerkah Jugam.

"Aku tak tahulah,bodoh!!!" Jerit Saifiyah. Di tersandar lemah di dinding. Dadanya terasa sempit. Nafasnya tercungap-cungap.

"Bohong!! " Mangut menjerkah marah.

"Kau pewaris seterusnya. Sepatutnya kau sudah memilikinya. Kau sepatutnya sudah menerimanya hari ini! Umur kau sudah cukup untuk menerimanya.!" Jugam merenung tajam.

Saifiyah terdiam. Ya, hari ini hari jadinya. Lapan haribulan tiga. Hari ini umurnya genap enam belas tahun. Tapi apa kena mengena dengan keris itu. Saifiyah bingung.

"Aku tak tahu apa-apa pun fasal keris tu. Kau dah tersilap orang. Hahahaha" Saifiyah ketawa mengejek.

Jugam dan Mangut berpandangan sesama sendiri.

"Penipu! Aku dapat rasakan keris itu berada di rumah kau. Kau sudah pun punya pendamping.!" Mangut menjerkah marah.

"Kalau ada di rumah aku kenapa tak ada dekat aku?hah? Bodoh! " balas Saifiyah.

Jugam mendiamkan diri seketika.

"Aku akan pastikan aku dapat keris tu walaupun aku harus membunuh.! Mari Mangut.!" Jugam menghilang bersama Mangut.

Saifiyah terdiam.

Bunuh?

Wajah keluarganya bermain di mata. Ibu,ayah,Syafik,Syuhada semuanya bermain di mata.



PewarisWhere stories live. Discover now