Cahaya.

2.7K 202 4
                                    

Maisarah mengerekot seorang diri di dalam pondok. Tubuhnya terasa lemah. Terdapat luka baru di tapak kakinya. Maisarah dalam kebingungan. Di mana dia beroleh luka itu sedangkan dia cuma tidur sahaja dari pagi tadi. Penat berfikir dia tertidur semula.

********
Maisarah memerhati dirinya. Baju yang kotor. Kuku panjang kotor dan hitam. Wajahnya yang comot. Maisarah rimas. Dia bergerak menuju ke sungai. Saat kakinya di celupkan ke dalam sungai dia terkejut di sapa satu suara.

"Bersihkan dirimu,nak.." Maisarah menoleh ke kanannya. Seorang wanita sedang meletakkan bakul dari belakangnya ke tanah. Peluh-peluh kelihatan di dahinya.

"Mak cik dari mana?" Soal Maisarah pelik.

"Baru habis mengutip pucuk paku. Mahu bersihkan diri sebentar." Katanya sambil menanggalkan kain batik di kepalanya. Bajunya di tanggalkan lalu dia berkemban di hadapan Maisarah. Maisarah pelik.

"Mak cik nanti orang nampak."kata Maisarah.

"Tak ada sesiapa di sini melainkan kita berdua sahaja,nak." Dia terus masuk ke dalam sungai dan mula membasuh mukanya. Maisarah memandang ke sekeliling. Setelah pasti tiada sesiapa dia menanggalkan bajunya lalu menyelam bersama.

"Nak..." panggil wanita itu. Maisarah menoleh.

"Bersihkan dirimu nak..barulah yang halus tak bisa mendekat.. jaga kebersihan kita nak.. syaitan tidak suka pada orang yang bersih." Kata-kata wanita itu membuatkan Maisarah sedikit malu.

"Ya,mak cik."

"Mak cik pulang dahulu ya. Anak mahu ikut sama?" Soal wanita itu. Maisarah mengangguk laju. Sudah lama dia ingin keluar dari ladang berhantu ini.

"Makcik jalan dahulu ya..lurus sahaja dari sungai ini anak akan jumpa jalan keluarnya. "Kata wanita itu setelah siap menyarung kembali bajunya. Maisarah yang masih terkial-kial menyarung baju mengangguk sahaja. Baru sahaja dia ingin melangkah wanita itu sudah hilang dari pandangannya. Maisarah bingung.

"Mak cik?" Berpusing-pusing Maisarah mencari wanita misteri itu. Namun tidak terlihat.

"Mak cik....jangan tinggalkan saya...." Maisarah terduduk menangis seorang diri.

"Isk..isk.." Maisarah terjaga dari tidurnya apabila terdengar esakannya sendiri. Dia menenyeh matanya.

"Mimpi?" Katanya sendirian.

Dia tunduk memerhati dirinya. Kata-kata dari wanita dalam mimpinya membuatkannya malu. Maisarah bangun melangkah keluar dari pondok. Dia menuju ke sungai. Pakaiannya di tanggalkan satu persatu. Dia sudah tidak peduli. Selama ini memang dia tak pernah melihat sesiapa pun yang lalu di hadapan pondok itu. Maisarah mula membersihkan dirinya. Dia terlupa bahawa dia belum mandi wajib lagi ketika haidnya habis. Maisarah mandi sepuas hatinya.

Sepasang mata memerhati marah ke arah Maisarah. Dirinya terasa lemah bila Maisarah mula membersihkan dirinya. Terasa susah untuknya memasuki tubuh Maisarah lagi selepas ini.

Dia harus cepat mempersiapkan dirinya. Maisarah sudah mula sedar. Lambat laun dirinya akan di temukan juga. Mersik merengus. Tubuhnya perlahan-lahan menghilang.

Maisarah hanya mengenakan seluar dalam dan baju dalam sahaja di dalam pondok. Baju dan seluarnya telah di sidai di luar. Maisarah mula merencanakan sesuatu. Kata-kata wanita dalam mimpinya membuatkannya bersemangat.

"Lurus sahaja dari sungai ini anak akan jumpa jalan keluarnya."

"Ya! Aku akan keluaq jugak. "Katanya penuh semangat.

"Kau pasti kau boleh keluar?" Soal Mersik sinis. Entah dari mana dia muncul lalu melingkar di penjuru pondok. Maisarah merengus marah. Benci dia melihat makhluk itu. Maisarah sudah tidak takut lagi padanya. Mersik berasa sedikit terancam. Maisarah sudah berani membalas renungannya.

PewarisWhere stories live. Discover now