Dendam

2.7K 208 0
                                    

Ragas terbaring lemah di tengah-tengah rumah. Tok Arif mematahkan semua ilmunya. Kini yang tinggal hanyalah jasad yang lemah nafasnya menunggu masa untuk mati. Ragas menepuk-nepuk lantai.
Hatinya sakit. Benci. Marah. Semuanya membengkak.

"Mangut..."panggilnya perlahan. Lantai di tepuk lebih kuat.

"Mangut! " jerit Ragas. Tangan kanannya mencengkam dada yang semakin sakit.

"Tuan!" Tubuh besar berbulu lebat muncul dalam gelap.

"Panggilkan Jugam!" Arah Ragas.

Mangut mengangguk dan menghilang.

Ragas membuka ikatan pinggangnya. Kain hitam di pinggang menjadi tempat dia menyelitkan sebentuk cincin permata merah.

"Mangut... aku lepaskan kau kepada Jugam. Dia akan menjadi tuan baru kau. Dan aku mahu kau berdua lakukan sesuatu untukku.!" Ragas merenung wajah Jugam dan lembaga hitam di hadapannya.

"Lakukan apa Tuan Guru?" Soal Jugam.

"Ambil ini." Ragas menghulurkan cincin permata merah ke arah Jugam. Mata Jugam terbeliak. Itu adalah tempat menumpang Mangut.

"Kau berdua harus hapuskan pewaris yang mendamping Keris Saka! Bunuh dia untuk aku! Rampas keris itu. Jadikan diri kau orang yang berkuasa!!" Ragas berkata dalam kepayahan. Dadanya berombak-ombak.

"Tuan Guru. Berehatlah. Jangan banyak berkata-kata." Jugam mengenggam tapak tangan Ragas. Terasa semakin sejuk tapak tangan tua itu.

"Aku tak mahu mati dengan sia-sia!!! Kau harus bunuh pewaris itu, Jugam!Mangut!" Ragas menekan suaranya. Dadanya terangkat tinggi. Matanya terbeliak.

"Argh! Ergh! Herhhh" Ragas tercungap-cungap.

"Tuan Guru!"

"Tuan!"

Jugam dan Mangut terkejut. Tubuh Ragas melonglai dan kaku. Jugam terkebil-kebil seorang diri. Mangut berdiri kaku.

"Jugam." Mangut bersuara tiba-tiba.

Jugam menoleh ke sisi.

"Aku akan laksanakan amah Tuan tak kira apa yang berlaku sekalipun. Walaupun yang menghalang aku itu adalah kau! Aku tetap akan lakukannya.!"

Serentak itu Mangut menghilang. Jugam terkebil-kebil seorang diri di sebelah jasad Ragas.

♾♾♾♾♾♾♾♾♾♾

BAMM!!

Bumbung kereta Mustafa di hentak sesuatu. Semua yang sedang mendengar cerita Andika terkejut besar. Mustafa bangun memeriksa keluar rumah.

"Jugam!! Kau pengkhianat!!" Teriak satu suara dari luar rumah.

PRANG!!!

Tingkap rumah pecah berderai. Saifiyah dan Hazwani yang berada di tepi dinding cuba untuk bergerak sepantas mungkin. Kaca-kaca bertaburan di lantai.

"Aaa!!" Tubuh Saifiyah terhumban ke tepi almari. Hazwani dan yang lain tercengang kaku.

"Mangut!!! Kita yang bersalah!! Kembali ke tempat kau,Mangut!" Jerkah Jugam.

"Kau pengkhianat!!" Mangut membalas marah. Jugam melangkah keluar rumah.

"Aku minta maaf atas semua yang berlaku. Aku akan selesaikan dengan caraku." Kata Jugam lalu berlalu pergi.

Andika masih merenung tajam pada jasad yang sedang melangkah pergi. Hatinya tidak tenteram. Terasa seperti sesuatu bakal terjadi.

Saifiyah yang sudah pengsan segera di bawa ke bilik dan di rawat lukanya. Kaca-kaca penuh di tapak kakinya. Hazwani kaku di tepi katil. Hanya ibunya dan Tok Ngah sahaja yang menyentuh Saifiyah.

*******

"Aduh!! Sakitnya...." Saifiyah menjerit. Dia mengangkat kepalanya lalu memandang ke belakang. Kosong!. Saifiyah memandang sekelilingnya. Tiada kelibat siapa-siapa pun. Hanya dirinya yang tersandar di tepi almari. Saifiyah tersedar akan sesuatu. Cepat-cepat dia menegakkan tubuhnya.

"Hah?" Saifiyah terkejut sakan. Kesan cakar di belakangnya hilang. Saifiyah menggosok-gosok lagi belakangnya. Hilang bagai tidak pernah di cakar. Kulit belakangnya licin. Peluh kecil mula kelihatan di dahinya.

Aku kat mana ni?

Saifiyah dalam kebingungan. Dia masih lagi di dalam rumah paklongnya. Cuma semua orang tiada. Hanya dia seorang sahaja di dalamnya. Saifiyah melangkah keluar. Gelap. Tiada satu pun cahaya yang menerangi jalan raya. Suasana terasa sungguh sunyi.

"Astargfirullahalazim. Aku kat mana ni,Ya Allah??" Saifiyah menutup mulutnya. Air mata mula bergenang.

PewarisWhere stories live. Discover now