Misi Hapus.

2.8K 198 10
                                    

Angin kuat tiba-tiba menyerbu ke arah kumpulan Andika bila saja mereka melangkah keluar dari kereta. Ada kelainan dalam angin itu. Rasanya tidak sejuk. Rasanya suam dan berdesing ketika terkena tubuh. Ustaz Zul mengibas-ngibas serbannya beberapa kali ke tubuhnya.

"Nampaknya ada yang tak suka kita datang sini."katanya selepas melilit semula serbannya.

Helmi menoleh ke kanan apabila sikunya di siku seseorang. Redha memuncungkan bibirnya ke atas bumbung.

Helmi mendongak sama. Terundur setapak dia akibat terlalu terkejut. Seekor makhluk berbulu lebat di lihat sedang memeluk bumbung rumah. Matanya yang merah menyala memerhati garang ke arah kumpulan mereka. Helmi segera menggelengkan kepalanya. Ayat suci segera meniti di bibir. Matanya di pejam rapat. Dia bertindak mengunci semula hijabnya.

"Helmi,Zuhail dan Toriq. Kalian bertiga ikut kita. Mari." Kata Tok Arif.

Sebaik sahaja Zuhail melintasinya Tok Arif segera menyambar tangan Zuhail lalu di ikat dengan benang hijau di pergelangan tangannya. Zuhail terpinga-pinga.

"Untuk melindungi dirimu,nak. Kita tak dapat melindungi semua orang serentak. Jadi ini kita berikan buat Zuhail." Kata Tok Arif dengan wajah yang sungguh tenang.

"Tapi kenapa saya sorang ja,Tok?" Soal Zuhail. Hanya ingin tahu.

"Kerana anak sudah berjaya di culik petang tadi. Kita cuma bimbang anak tidak cukup kuat untuk melawannya kembali. Mari." Bahu Zuhail di paut lembut. Zuhail mangangguk faham. Senyuman manis berikan pada lelaki tua itu.

******

"Din,labu tu warna apa?"

Masruddin berhenti mencari.

"Allah! Saya pun lupa nak tanya,Pak Ngah." Masruddin menepuk dahinya. Kesal dengan sikap lupanya.

"Tak mengapalah kalau macam tu. Kalau jumpa apa saja botol atau labu sayong letakkan saja atas meja ni. Semuanya di kumpulkan di sini." Andika mengarahkan tangannya ke arah sebuah meja kayu di halaman rumah.

Semua mengangguk dan mula mencari di halaman rumah Jugam.

"Argh!" Redha menjerit kuat. Terkejut melihat sesuatu yang merangkak keluar dari celah-celah pokok buluh.

Satu jasad berkain kapan merangkak perlahan-lahan menghampiri Redha. Setapak Redha mengundur semakin pantas jasad itu merangkak menghampiri.

"Kau nak apa,hah?" Jerkah Redha.

Jasad yang tunduk mula mengangkat kepalanya. Terasa kesat rengkung Redha melihat wajah yang tak berdagu di hadapannya. Air liur di telan terasa pahit.

"Tolong..."kata lembaga itu sambil menghulurkan tangannya.

"Tok!" Redha menjerit memanggil Tok Mahmod yang berada tidak jauh darinya. Redha ingin berlari tapi kakinya seakan-akan terpaku di bumi. Makhluk tak berdagu mula memegang hujung baju Redha.

"Allahu Akhbar.... Allahu Akhbar...." hanya itu yang terkeluar dari mulutnya.

"Tolong aku....aku merayu...tolonggg..." hujung baju Redha di tarik berkali-kali. Setiap kali tangannya bergoyang isi yang sudah buruk akan jatuh sedikit demi sedikit.

"Tolong apa? Jangan sentuh aku.!" Kata Redha. Terasa ingin keluar segala isi perutnya. Bau busuk menusuk-nusuk walaupun hidungnya  sudah di tekup dengan kain.

"Kembalikan....herhhhhh....kembalikan...." lembaga itu tunduk semula dan mula memukul tanah. Redha mengundur lagi setapak. Sepantas kilat lembaga tadi menyambar seluarnya.

"Kembalikan!!!" Jerit lembaga itu.

"Apa ??? Aku tak curi apa pun dari kau!" Redha hairan. Tak sampai sepuluh minit lagi pun dia menjejakkan kaki ke halaman ini. Tak sempat lagi pun untuk menjumpai apa saja botol tapi sudah di minta untuk kembalikan sesuatu.

PewarisWhere stories live. Discover now