Cubaan & Lawan.

2.6K 200 2
                                    

Saifiyah tercampak ke dinding. Puteri Bayu pula kelihatan terbaring  di lantai. Pegangan tangan keduanya terlerai. Saifiyah berusaha bangun lalu menghampiri Puteri Bayu. Tangan Puteri Bayu di genggam semula.

Saifiyah memerhati ke sekeliling.

Cis.!! Masih tempat yang tadi. Tak guna punya Jugam!!

Sumpah Saifiyah dalam hati. Saat mereka berdua mengikut kata arahan yang Tok Mahmod berikan ada seseorang yang datang lalu menendang belakang Saifiyah. Dan kerana pegangan tangan keduanya terlerai maka mereka berdua tercampak ke dalam sangkar Jugam kembali. Kali ini Puteri Bayu turut terkurung sama.

Saifiyah menggoncang bahu Puteri Bayu dengan kuat. Bunyi ketawa Jugam semakin mendekat. Saifiyah cemas.

"Bayu! Bangun Bayu.!" Jerit Saifiyah. Puteri Bayu mencelik mata dalam payah. Kepalanya terasa berpusing-pusing.

"Sai..fiyah.." Puteri Bayu mengecilkan matanya melihat wajah Saifiyah.

"Saifiyah!" Puteri Bayu terbeliak dan terus bangun. Matanya meliar ke setiap kawasan.

"Kenapa masih di sini? " soalnya pada Saifiyah.

Saifiyah mengeluh.

"Cubaan kita di gagalkan. Syaitan tu tahu apa yang kita sedang buat." Saifiyah meletakkan kepala ke lututnya. Kepalanya di hentak ke lutut berkali-kali. Puteri Bayu terdiam.

Dasuri tersenyum sinis. Arahan Jugam dilaksanakan dengan jayanya.
Dia melangkah menghampiri kedua gadis itu.

"Allah!!Saifiyah.!" Puteri Bayu terkejut. Bahu Saifiyah di tolak kasar. Saifiyah terpinga-pinga namun merengus geram melihat Dasuri.

"Kau nak apa setan?" Soal Saifiyah. Dia dan Puteri Bayu segera berdiri dan berwaspada. Keadaan akan berubah bila-bila masa sahaja.

"Hahahahahahah....kau tahu apa yang tuanku mahu. Di mana benda itu??" Soal Dasuri. Matanya mencerlung ke wajah Saifiyah.

Saifiyah mengetuk dahinya.

"Hadoiiiii.....aku nak kena cakap bahasa apa lagi kat puak-puak setan ni? Aku kata aku tak tau! Aku tak tau la!! Bagi tau kat tuan hang yang bakal masuk neraka tu yang aku tak dak natang hak dia mintak tu!!" Jerkah Saifiyah geram. Penumbuknya di kepal kuat. Tanpa sedar dia juga memicit kuat tangan Puteri Bayu.

Puteri Bayu mendesis menahan sakit. Saifiyah terkejut lantas menoleh.

"Ops..maaf Bayu. Tak sedar." Kata Saifiyah.

Puteri Bayu tersenyum faham.

"Bagaimana sekarang Saifiyah?" Soalnya.

Saifiyah buntu. Dia tidak tahu apa yang mahu di lakukan lagi.

Dasuri mengilai-ngilai di hadapan dua gadis itu.

"Aduh...sakit telinga kita, Saifiyah."kata Puteri Bayu.

Saifiyah merenung tajam lembaga berambut panjang di hadapannya itu. Dengan muka yang pecah bagai di langgar lori. Mulut pula ternganga luas. Saifiyah berasa geli melihat wajah itu. Kain putih yang koyak rabak dan kotor sungguh menyakitkan matanya.

"Woi, diamlah!!" Jerkah Saifiyah.

Dasuri terdiam. Matanya tersembul ke arah Saifiyah.

"Muka huduh!" Ejek Saifiyah. Dasuri menderam marah.

"Aaaaaaaa..." Dasuri menjerit nyaring.

"Dasuri!! Jugam memanggilmu pulang!" Mangut muncul tiba-tiba dari belakangnya. Dasuri berpusing laju dan merengus kasar ke arah Mangut.

"Herh!! Pengacau!" Jerkahnya pada Mangut. Dia berpaling semula pada Saifiyah. Tangannya di angkat tinggi lalu di libas ke arah Saifiyah.

BUKK!!!

Dasuri terpelanting ke belakang. Saifiyah dan Puteri Bayu ternganga. Mangut berada di hadapan mereka berdua. Saifiyah keliru.

"Jugam memanggil kau pulang!! Pergi!!" Jerkah Mangut.

Dasuri merangkak cuba menghampiri lagi. Kali ini Mangut dengan pantas menendang lembaga itu. Dasuri terpelanting dan terus menghilang.

"Kenapa kau selamatkan kami?" Soal Saifiyah.

"Supaya hanya aku yang boleh membunuhmu kelak!" Mangut menghilang serta merta.

Saifiyah terdiam. Lidahnya beku. Bulu roma berdiri tiba-tiba. Saifiyah terasa lemah. Puteri Bayu perasan pegangan tangan Saifiyah semakin longgar segera mengetatkan genggaman.

"Duduklah dahulu. Kita fikirkan sesuatu."katanya lembut.

♾♾♾♾♾♾♾

Tok Mahmod menggeleng kepalanya. Nafas di hela terasa berat.

"Kita tak berjaya. Mereka di serang. " kata Tok Mahmod perlahan.

"Allah..." Andika dan Masruddin menyebut serentak.

Masruddin memerhati wajah anak gadisnya. Baru tadi bibir pucat itu menitiskan darah. Kata Andika itu kali yang ke dua Saifiyah keluar darah dari mulutnya. Mungkin Saifiyah sedang melalui sesuatu di sana. Atau mungkin anaknya sedang di seksa. Masruddin menggeleng kepala menghilangkan segala prasangka buruk itu.

"Sekarang bagaimana,Tok?" Soal Andika.

Tok Mahmod tidak menjawab. Hanya kening yang berkerut-kerut tanda dia sedang berfikir.

Hazwani muncul secara tiba-tiba di muka pintu. Kertas di tangannya dihulurkan pada Andika.

"Wani jumpa dalam buku latihan Peah,Tok Ngah." Kata Hazwani setelah kertas itu beralih tangan.

Andika tersenyum membaca ayat itu.

Mungkin ini jalan yang Allah ingin tunjukkan pada kita.

"Bagaimana kita ingin gunakan ayat ini untuk membantu Saifiyah,Tok?" Kertas itu di suakan pada Tok Mahmod.

PewarisWhere stories live. Discover now