Pertolongan.

2.7K 197 25
                                    

Semua yang duduk dalam bulatan ternganga terkejut. Mata masing-masing memandang dengan rasa tak percaya wajah lelaki di hadapan mereka. Kecuali Faiq. Mazwan membuat muka pelik.

"What??" Soalnya.

"Anta biar betul,Wan. Ni antara hidup dan mati ni." Kata Zuhail. Redha dan Faiq mengangguk setuju.

"Ni dah kerja gila ni. Kita tak boleh pandang ringan kerja ni." Sambung Redha.

"Helmi?" Soal Mazwan pada pemuda di sebelahnya. Helmi mendiamkan diri seketika.

"Kita tunggu Ustaz Zul dulu. Ni benda yang tak boleh buat main-main. Tak boleh redah macam tu ja. Kena kaji dulu. Tapi ana tak menolak la...sebab ana pernah dengar juga kes macam ni kat kampung ana. Kuasa Allah ni tak siapa pun boleh sangkal. Jadi ana rasa baik kita minta pendapat Ustaz Zul dulu lah. Dia yang lebih arif." Helmi menjawab dengan cara yang paling selamat fikirnya.

"Assalamualaikum!" Terpacul wajah Ustaz Zul di muka pintu.

Mazwan berdebar-debar. Salam di jawab perlahan.

Selesai meletakkan nasi lemak tapau di atas meja Ustza Zul mengambil tempat di tepi Mazwan.

"Haa...jadi apa yang mustahak sangat ni? Sampai subuh-subuh lagi dah call semua suruh mai sini?" Paha Mazwan di tepuknya.

Mazwan menegakkan badan dan menarik nafas panjang. Perlahan-lahan di lepaskan.

"Ustaz...sebenarnya...." wajah setiap ahli kumpulan di pandang lalu di ceritakan segala yang berlaku. Ustaz Zul menggguk faham. Zuhail dan Redha berkerut-kerut keningnya. Yang betul-betul faham hanya Faiq, Ustaz Zul dan Helmi sahaja.

"Emmm...agak payah juga sebenarnya. Kita tak tahu apa puncanya..kita tak boleh senang- lenang nak masuk. Kita kena minta izin dulu. Lagipun kita tak tau apa puncanya. Jadi kita patut kena faham situasi Saifiyah ni. Silap langkah terok akibat ni. Sekali dengan kita kena kurung kat sana. Ilmu kena banyak. Kena pandai guna akal. " kata Ustaz Zul. Sejujurnya ini kali pertama dia mendengar dan menerima kes seperti ini. Dari ahli kumpulannya sendiri pula tu.

"Habis tu macam mana ,Ustaz?" Soal Mazwan. Ada riak risau di wajahnya.

"Emmm...macam ni lah. Adik anta ada alamat rumah Saifiyah? Kita pergi melawat dia. Tengok keadaan dia. Kemudian kita bincang dengan keluarga dia. Kalau keluarga dia setuju kita buat. Alamat ada?" Ustaz Zul mengangguk ke arah Mazwan.

"Ada,Ustaz. Dia budak kelas ana." Jawab Mazwan.

Terangkat kening Ustaz Zul.

"Ooo...kiranya anta nak tolong anak murid anta la ni...ok faham-faham... baiklah. Kalau macam tu kita makan dulu..lepas tu kita gerak pi rumah dia. Apa-apa pun...kita kena berserah pada Allah..dia yang sebaik-baik Perancang." Kata Ustaz Zul sambil memandang setiap wajah di hadapannya.

♾♾♾♾♾♾♾

"Argh!" Puteri Bayu menjerit kuat.

Tangannya di pulas oleh Mangut. Saifiyah cuba menyerang dari belakang Mangut. Pengangan Mangut pada Puteri Bayu di lepaskan dan segera mengelak serangan Saifiyah. Tubuhnya di sengetkan lalu satu tumbukan padu di tuju ke arah pinggang Saifiyah.

"Arhh!" Saifiyah mengerang kesakitan. Dia tertunduk menahan sakit. Giginya di ketap rapat.

"Berikan pada aku keris tu. Jangan melawan lagi. !" Mangut menolak tubuh Saifiyah. Tersembam gadis yang dalam kesakitan itu.

Saifiyah menggeleng kepalanya. Dia mengesot laju menghindari Mangut. Keris Saka yang terselit di belakangnya di tahan dengan tangan.

"Sejujurnya,budak. Aku tak ingin pun membunuhmu. Aku hanya inginkan keris itu. Kerana itulah yang tuanku mahukan dari dulu lagi. Aku cuma mahukan keris itu sahaja. Berikan padaku dan kau berdua aku lepaskan. !" Kata Mangut. Wajahnya berubah kendur. Bengisnya hilang. Jasad Jugam yang terobek dadanya di pandang sinis.

PewarisWhere stories live. Discover now