Ceroboh ( Part 2)

2.8K 208 4
                                    

"Dang Misiah!" Laung Tardmizi. Pintu rumah Dang Misiah diketuk kuat. Dang Misiah yang sedang menyembunyikan diri di biliknya keluar dengan segera apabila mendengar suara Tardmizi.

"Ya Allah, Tardmizi." Tubuh Tardmizi yang berlumuran darah sedang menggendong Puteri Malina yang terkulai dibahunya.

"Tolong kita Dang. Malina cedera. Dia tercampak semasa rumah kita di robohkan oleh Ragas." Tubuh isterinya di letakkan penuh berhati-hati di tempat pembaringan. Tidak dipedulikan luka di badan sendiri ketika melihat insan yang disayangi tidak sedarkan diri.

Dang Misiah ke dapur mengambil air suam dan sehelai kain. Perlahan-lahan kain dibasahkan dandi sapu pada wajah Puteri Malina. Tardmizi tersandar lemah di dinding. Kepala isterinya di pangku di paha. Jari jemari Puteri Malina di genggam penuh kasih.

"Izinkan aku Tardmizi." Pinta Dang Misiah. Tardmizi mengangguk lemah.

Kain di selak hingga ke pinggang Puteri Malina. Dang Misiah menekan bawah pusat Puteri Malina. Sesuatu yang keras terkena pada jarinya. Terkejut besar Dang Misiah.

"Kepala anakmu sudah menurun!. Kita harus sedarkan isterimu. Jika tidak anakmu lemas.!" Kata Dang Misiah cemas.

Tardmizi turut terkejut. Pipi isterinya di tepuk lembut. Dang Misiah mengambil air lalu di renjis-renjis di muka Puteri Malina.

"Malina... Malina... bangun sayang.." ucap Tardmizi penuh kasih. Kelopak mata isterinya bergerak-gerak. Perlahan-lahan matanya terbuka.

"Kanda." Puteri Malina memegang pipi suaminya. Darah kering masih melekat di dagu milik suami tersayang.

"Aduh!" Puteri Malina memegang perutnya. Dang Manisah mengurut lembut perut wanita itu.

"Aduh kanda....sakit..!" Puteri Malina menggenggam erat tangan suaminya.

"Sabar ya,sayang...demi zuriat kita. Ingat Allah,sayang." Pujuk Tardmizi. Wajahnya juga semakin pucat. Dahi isterinya di kucup penuh kasih. Tak sanggup rasanya melihat isterinya dalam kesakitan.

"Teran,Malina. Kepalanya sudah kelihatan". Kata Dang Misiah. Perut Puteri Malina di urut lembut.

"Allah.....!!" Puteri Malina memejamkan matanya.

"Sikit lagi,Malina. Teruskan." Suara Dang Misiah kedengaran di telinganya. Sentuhan tangan suaminya terasa di dahi.

"Allah...!!" Puteri Malina tercungap-cungap mencari nafas.

"Bagus ,Malina. Kepalanya sudah keluar. Sekali lagi teran!."

"Sayang.." Kata Tardmizi. Riak kegembiraan terpancar di wajahnya.

"Allahu Akhbar!" Sekali tolakan Puteri Malina selamat melahirkan seorang puteri yang comel.

Bayi yang masih berdarah di ambil oleh Dang Misiah lalu di cuci. Kemudian di letakkan di riba Tardmizi. Puteri Malina menangis gembira. Namun di hati terselit juga kesedihan kerana terpaksa melahirkan zuriat di tengah keadaan kacau bilau.

Bayi yang sedang menangis di pujuk lembut oleh Tardmizi. Pipi yang masih merah itu di kucup berkali-kali.

"Bau syurga." Kata Tardmizi. Bayi itu diletakkan di sisi isterinya. Tardmizi memegang dadanya. Keningnya berkerut.

"Kenapa,kanda?" Puteri Malina memerhati penuh hairan.

"Boleh kanda berbaring. Tubuh kanda sakit."kata Tardmizi. Puteri Malina mengangguk. Dang Misiah berlalu keluar meninggalkan pasangan itu.

Tardmizi baring di sebelah isterinya. Tubuh isterinya di peluk erat.

"Sayang." Panggilnya perlahan.

"Ya,kanda." Puteri Malina mengusap-usap pipi merah milik anaknya.

"Kanda harap sayang boleh menjaga dan mendidik anak kita menjadi puteri yang solehah dan mendengar kata. Tolong jangan sakiti dia ya." Katanya perlahan. Kepalanya di rapatkan ke bahu isterinya.

"Kita akan sama-sama membesarkannya,kanda."kata Puteri Malina.

"Cantikkan dia?" Kata Tardmizi. Puteri Malina tersenyum gembira.

"Ya. Anugerah yang tak ternilai bagi kita,kanda." Kata Puteri Malina.

"Sayang..."

"Ya.."

"Kanda mahu namakannya,boleh?" Pinta Tardmizi.

"Ya..boleh saja."

"Hermmm....Kanda namakannya Bayu. Puteri Bayu. Jadi bila dia besar nanti dia bisa menyejukkan hati sesiapa sahaja yang mengenalinya."

"Apa sahaja yang kanda pilih sayang ikutkan sahaja. Hurmmm... Bayu..." pipi anaknya di cium penuh kasih.

"Jagakan dia seperti nyawa yang tak ternilai. Sayangi dia seperti sayang menyayangi kanda. Kanda harap sayang bersabar dengan kerenahnya nanti." Kata Tardmizi lagi.

Puteri Malina berasa hairan.

"Kanda. Kita akan bersama-sama menjaganya dan membesarkannya. Jangan berkata begitu." Kata Puteri Malina.

"Ya..." balas Tardmizi. Tubuh isterinya di rangkul erat.

"Kanda mengantuk ,sayang." Kata Tardmizi.

"Tidurlah. Nanti subuh sayang kejutkan." Kata Puteri Malina.

"Asyhadu anlaailaa ha illallah. Wa asyhadu anna Muhammadar rasulullah" Tardmizi mencium dahi isterinya dan anaknya. Menggigil tubuhnya saat dia bangun untuk mengucup kedua-dua insan yang di sayanginya. Sakit menusuk-nusuk ke setiap inci tubuhnya.

Puteri Malina sedikit kehairanan. Selalunya suaminya akan membaca empat Qul dan doa tidur. Tapi malam ini suaminya hanya mengucap dua kalimah syahadah sahaja. Mungkin terlalu penat fikirnya.

"Kanda sayang dan cintakan kalian berdua."kata Tardmizi sebelum memejamkan matanya.

"Sayang pun cintakan abang."balas Puteri Malina.


PewarisWhere stories live. Discover now