Kemunculan.

2.6K 197 5
                                    

Gurak mengilai-ngilai sekuat hati. Tubuh Puteri Bayu yang di cengkamnya perlahan-lahan di angkat lalu kedua-duanya terapung. Puteri Bayu semakin lemas. Kepalanya di kepit oleh lengan Gurak.  Telinganya bagai ingin pecah dengan hilaian Gurak di tepi telinganya.

Saifiyah tidak mampu untuk berbuat apa-apa lagi. Tubuh Puteri Bayu yang terkial-kial cuba melepaskan diri di pandang sayu.

"Ya Allah..hulurkanlah bantuanMu pada kami,Ya Allah. Kasihanilah kami..." Doanya dalam sendu.

Dengan kudrat yang masih bersisa Saifiyah cuba untuk bangun. Pinggangnya terasa bagai mahu patah ketika dia menegakkan badannya. Saifiyah meraung dan terus terduduk. Tangannya memegang pinggang yang sakit.

Tak boleh jadi ni..!! Lepas sekoq,sekoq.!

Penumbuknya di kepal sekuat hati.

"Bayu! Pakai serban tu!" Jerit Saifiyah.

Puteri Bayu bagaikan terlupa dengan senjatanya. Dia segera meraba pinggangnya.

Alhamdulillah!

Terasa lega kerana tapak tangannya berjaya menyentuh serbannya. Dengan payah dia membuka serbannya lalu di libas ke belakang. Gurak mencengkam dengan lebih kuat. Semakin Puteri Bayu melibas semakin kuat cengkamannya.

"Arghhhh!" Puteri Bayu menjerit kuat. Tubuhnya telah di humban ke bawah. Gurak berpusing-pusing di udara. Bahu kanannya berapi. Puteri Bayu tersenyum dalam kesakitan. Dia fikirkan serban putih itu sudah melayang ke bawah. Rupanya tersangkut pada bahu Gurak. Hatinya tak henti-henti mengucap syukur.

♾♾♾♾♾♾♾

"Ya, ya...baiklah,Ustaz. Dah masuk seminggu dah. Ada ustaz. Ermmm...tiga kali dah. Kelmarin masih panas. Pagi tadi sejuk. Allah!!. Habis tu macam mana,Ustaz? Ada, ada. Ha..baik, baik. Assalamualaikum."

Talian di putuskan. Masruddin melangkah masuk ke dalam rumah.

"Long,ada air Yasin dak?" Soal Masruddin.

Mustafa mengangguk. Dia pantas bangun menuju ke rak Al Qurannya. Sebotol air Yasin di hulurkan pada adiknya.

"Ada apa-apa ka,Din?" Soal Mustafa.

"Ustaz Hashim suruh bagi air Yasin. Kot boleh tolong dia. Bagi dia kuat." Kata Masruddin. Dia meninggalkan abangnya lalu melangkah ke bilik Saifiyah.

"Tok Ngah. Ni Ustaz Hashim suruh bagi air Yasin. Sebab takut dia lemah dah kat sana. " kata Masruddin. Sedikit sebak ketika dia menuturkan kata-katanya. Takut untuk membayangkan apa yang dia alami oleh anaknya di sana.

Andika menyambut lalu di tuang ke dalam gelas.

"Din.. nah..seeloknya kamu yang suapkan. Selawat,Din. Niatkan betul-betul supaya Allah bantu kita." Kata Andika. Bahu anak saudaranya di tepuk lembut. Masruddin menjadi sebak. Air mata bergenang pantas di seka.

"Din...tak elok macam ni.. Saifiyah kuat Din. Dah berapa hari dah dia bertahan. Allah ada untuk dia,Din." Pujuk Andika apabila Masruddin semakin tersedu-sedu. Bergegar gelas di tangannya.

"Baik jika di segerakan,nak." Tok Mahmod mula bersuara. Masruddin menyeka air matanya cepat-cepat lalu melabuhkan punggung di tepi kepala Saifiyah.

"Piyah...ni abah ni...Piyah kuatkan semangat,nak. Abah suap air Yasin ni. Minum,Piyah. Semoga ni dapat tolong Piyah kat sana." Terketar-ketar tangannya menyudukan air ke bibir mengelupas Saifiyah. Air mata Masruddin mengalir lagi. Menitis ke dagu dan terus jatuh ke dahi anaknya.

♾♾♾♾♾♾♾

"Uwekkkk....!!  Uwekkk.....!!!" Saifiyah muntah secara tiba-tiba. Muntahnya berwarna kuning cair memenuhi lantai. Tekaknya terasa pedih.

PewarisWhere stories live. Discover now