Lepaskan Bustari

3.4K 208 9
                                    

Zarina tersedar dari pengsan. Dia dilanda kehairanan. Semua orang yang mengelilinginya berbisik-bisik halus. Zarina melihat ke kiri dan kanannya. Matanya terhenti di wajah Saifiyah.

"Peahh..... weh....dia serang aku weh.!". Jerit Zarina sambil menggoncang bahu Saifiyah. Saifiyah terkejut.

"Sapa dia?". Saifiyah hairan.

"Bayu!". Nama itu di sebut keras. Matanya di jegilkan. Saifiyah terkejut.

Takkanlah... Bayu bukan macam tu.

"Bila? Hang memang nampak dia ka?". Saifiyah masih lagi cuba menidakkan. Zarina mengangguk laju. Air mata mula merembes keluar. Segala yang berlaku di ceritakan. Bermula dari dalam hutan hinggalah dirinya di temui pengsan oleh Kechik dan Ayong.

Semua yang mendengar terkejut sakan. Hazwani hanya mencebik. Tapi jauh di sudut hatinya dia agak kagum melihat keberanian sepupunya itu. Kalau dia mungkin dia akan pengsan. Nampak lipas pun sudah menjerit macam orang gila. Jangankan nampak yang tak sepatutnya.

Ustazah Mariam hanya melepaskan keluhan kecil.

"Zarina,mari ikut saya pergi jumpa Ustaz Mazwan. Yang lain mana yang dah siap berkemas boleh letakkan beg di dewan. "

Semua mengangguk dan mula bersurai. Kecuali Saifiyah,Cekmi,Kechik dan Ayong. Mereka perasan sesuatu yang lain pada Zarina.

"Weh...Zaza tak pakai spek pun? Hang tengok dia jalan. Tak menggagau pun?". Cekmi mula bersuara.

Zarina yang sedang berjalan di belakang
Ustazah Mariam menoleh dengan tiba-tiba. Dia tersenyum lebar. Agak seram bagi mereka berempat. Cekmi segera menarik kawan-kawannya untuk beredar. Bulu roma sudah berdiri tegak.

               ♾♾♾♾♾♾♾♾

Manisah tidak berkata apa-apa saat Andika menyuarakan hasrat hatinya. Wajahnya tunduk merenung lantai. Hatinya sedih. Andika turut sedih. Tapi itu sudah menjadi tanggung jawabnya. Hanya dia yang layak selepas datuknya Bustaman. Keris itu memilih dirinya. Bukan Ardiman abangnya.

Lambat-lambat Manisah menganggukkan kepala.

"Bila abang mahu berangkat?". Matanya berkaca. Air mata sudah bergenang.

"Jumaat ini. Seelok-eloknya jumaat.". Jawab Andika. Jari isterinya di taut rapat. Dia tidak tahu pulangnya bila. Yang pasti mereka akan saling merindui dan mendoakan keselamatan diri masing-masing.

Manisah merebahkan kepala ke dada Andika.

Janganlah kau berhenti berdegup saat kau pulang. Tetaplah berdegup agar aku bisa tenang.

Bisiknya dalam hati. Air mata perlahan-lahan mengalir menuruni pipinya dan jatuh ke dada Andika. Andika merapatkan rangkulannya.

                ♾♾♾♾♾♾♾♾

"Assalamualaikum....makkk....orang dah balik...". Jerit Hazwani setibanya di hadapan pintu rumah. Pintu di buka. Wajah Zaleha tersenyum menyambut anak kesayangannya. Hazwani segera memeluk ibunya. Saifiyah menghulur tangan ke arah Maklongnya untuk bersalam.

"Waahhhh.....rindunya kat tilam...". Saifiyah berguling-guling di atas tilamnya. Bantal peluknya di peluk sekuat hati. Rindu.

"Hoi,hoi. Meroyan ke apa hang ni?".

Suara Hazwani sangat mengganggunya. Saifiyah duduk. Wajah Hazwani di pandang sekilas.

"Tilam aku. Hang pasaipa?". Soalnya geram.

Hazwani mencebik.

"Mak aku suruh basuh baju. Ni basuh sekali baju aku. Jimat sikit pakai air tu. Hang bukannya anak orang kaya. Menumpang!". Baju di tangannya di campakkan ke katil Saifiyah. Terbeliak mata Saifiyah.

Kurang ajaq.! Biawak komodo kepala dongga! Hang ingat aku apa? Orang gaji hang. Alasan la tu maklong suruh. Hanya sendiri  yang pemalas. Menumpang-menumpang aku pun rumah hang aku kemas. Hang?!! Penyegan! Pemalas! Ratu pemalas dunia! Jilaker..........

Sumpah Saifiyah dalam hati. Sakit hatinya melihat baju yang berhamburan di atas katilnya. Semua baju itu di teranjangnya jatuh ke bawah.

Padan muka!!

                     ♾♾♾♾♾♾♾♾

Imam Rasyid yang sedang mengayuh basikalnya terpaksa menutup hidung saat melintasi pondok milik Bustari. Bau bangkai kuat menyegat menusuk hidungnya. Imam Rasyid memberhentikan basikal. Serban d kepala dibuka lalu dijadikan penutup hidungnya. Baru dua tiga langkah mendekati pondok Bustari dia di tegur oleh satu suara. Imam Rasyid memandang kebelakang. Kholil pemuda kampung Siong berdiri di belakangnya bersama dua lagi kawannya. Ketiga-tiga mereka menutup hidung juga.

"Pak Imam nak buat apa ni?". Soal Kholil.

"Saya nak tengok saja. Bau bangkai kuat sangat. Jangan-jangan ada sesuatu yang berlaku." Jawab Imam Rasyid.

Matanya cuba mengintip di celah-celah dinding. Tingkap pondok ditutup rapat. Pintu bermangga.

Kasihan pak Bustari ni...sampai hati orang buat dia macam ni. Kenapa tak hantar kerumah orang gila sahaja kalau betul dia tak waras.

Kholil menapak mendekati Imam Rasyid. Dia turut mengintai sama. Dua kawannya hanya memandang dari jauh.

"Ya Allah, Imam!!". Kholil menjerit.

"Hah? Kenapa?". Imam Rasyid turut terkejut.

Kholil terketar-ketar menunjuk ke arah lubang di dinding. Imam Rasyid menilik. Jantungnya bagai terhenti melihat ruang dalam pondok itu.

Bustari sedang mengerekot di tepi bangkai seekor kambing yang sudah berulat dan reput. Lalat penuh berterbangan dalam ruang sempit itu. Ulat-ulat bangkai ada yang memanjat tubuh Bustari.

Imam Rasyid terundur kebelakang. Pemandangan yang amat mengerikan. Matanya mencari pintu pondok. Bermangga. Tapi bagaimana seekor kambing boleh masuk ke dalam.

"Azim, Syakir.! Pergi rumah tok ketua. Panggil juga ahli keluarga Pak Bustari ke sini.". Arah Imam Rasyid. Kholil sudah mencangkung di tepi semak memuntahkan segala isi perutnya. Mungkin dalam seminggu dua ini Kholil tak lalu makan nasi.

Azim dan Syakir mengangguk dan segera berlari pergi.

                   ♾♾♾♾♾♾♾♾

PewarisWhere stories live. Discover now