Permulaan

3.2K 225 15
                                    

Ragas masih lagi menguasai tubuh Zarina. Ustaz Faiq dan Ustaz Mazwan berhempas pulas menyerang. Keringat kedua-dua pemuda itu membasahi baju. Redho,Zuhail dan Helmi berdiri membelakangi pintu. Ayat- ayat ruqyah di baca sekuat hati.

"Grrrr....." Ragas menderam marah. Kuku di tangan Zarina sudah terkopek dan patah. Darah keluar dari celahan luka. Tudungnya juga sudah melayang entah ke mana.

"Berhentilah sebelum kami terpaksa bunuh kau,Ragas!" Gertak Ustaz Faiq. Ragas yang sedang merasuk Zarina menyeringai.

"Tidak selagi aku tak temukan orang yang aku mahu!!" Ragas melompat menerkam Ustaz Mazwan. Ustaz Mazwan yang sememangnya sudah bersiap sedia dengan langkah silatnya mengelak dengan mudah. Belakang Zarina di tepuknya kuat. Zarina tertiarap di lantai.

"Zuhail!!" Panggil Ustaz Mazwan. Zuhail mengangguk. Serban milik Ustaz Mazwan di hulur laju.

Tangan Zarina di ikat dengan serbannya. Ustaz Faiq dan ketiga-tiga pemuda duduk bersila di tepi Zarina. Garam dan lada hitam berada dalam genggaman masing-masing.

"Bunuhlah kalau kau mahu dia mati sekali dengan aku.!" Gertak Ragas.

"Hanya Allah yang berkuasa ke atas setiap nyawa. Aku bagi kau dua pilihan. Tinggalkan tubuh ini atau kami terpaksa bunuh kau!!" Ustaz Faiq menekan sekali lagi. Ragas menjerit nyaring. Tubuh Zarina menggeletar kuat. Serban yang mengunci kedua tangannya di ketatkan lagi oleh Zuhail.

"Pilih!! Tinggalkan atau kau akanku hapuskan!!" Tengking Ustaz Faiq marah. Sakit hatinya berhadapan dengan makhluk terlaknat ini. Degil.

Ragas mendiamkan diri. Hanya nafas kasar yang terhembus.

"Aku pergi!" Jawab Ragas.

"Tapi aku tak janji yang aku tak akan kembali. Hahahahahahha". Ragas ketawa deras. Mata Zarina yang hilang anak mata hitamnya kembali ke asal. Zarina terkulai lemah. Nafasnya perlahan.

♾♾♾♾♾♾♾♾♾

Saifiyah terlentok di kerusi penumpang. Hazwani dan Mak Longnya sibuk bersembang. Pagi tadi mereka terima panggilan dari ayahnya. Nyang Su sedang nazak. Saifiyah sedikit terkejut. Entah bagaimana wajah Nyang Sunya ketika ini. Kali terakhir dia melihat adik moyangnya itu pada tiga tahun lepas. Itu pun semasa Nyang Sunya melarikan diri dari pondok miliknya. Satu kampung dalam ketakutan. Nyang Sunya dikatakan mempunyai belaan. Belaan itu menyerupai seekor ular. Semasa mereka temukan Nyang Sunya dia sedang mengunyah anak ayam.

"Ssss..sss.." Saifiyah buka mata. Telinganya menangkap bunyi mendesis. Wajah Hazwani dan Maklongnya di pandang lama. Mereka berdua sibuk bersembang tanpa mempedulikannya.

Kot bunyi depa sembang kot.....hurmmmm

Sekadar menyedapkan perasaannya. Saifiyah menyandar semula. Baru hendak melelapkan mata dia teringatkan mimpinya malam kelmarin. Bunyi itu sama seperti dalam mimpinya. Saifiyah terkebil-kebil seorang diri. Rasa mengantuknya hilang sekelip mata. Dapat dirasakan tapak tangannya semakin sejuk. Jantungnya juga mula berdegup laju. Saifiyah memandang sekeliling.

Ish! Takkan la aku dok dengaq lagi...mimpi kemaren kot...heee....ni yang tak syok ni. Tensen otak!

Marahnya seorang diri. Matanya memandang ke luar tingkap. Pokok-pokok sawit di kiri kanannya. Kampung Baling sudah tidak jauh lagi.

♾♾♾♾♾♾♾♾♾

Andika mengucup dahi Puteri Malina dengan penuh kasih. Entah bila lagi dia akan bertemu dengan adik bongsunya itu. Sudahlah terpaksa berpisah dari kecil kini berpisah lagi. Puteri Malina tersedu-sedu menahan tangis. Puteri Bayu juga turut mengalirkan air mata.

"Abang pergi dulu,dik. Jaga diri baik-baik. Insya Allah jika panjang umur abang bawa Toriq dan kak Manisah ke sini bersama,ya." Tangan adiknya digenggam erat. Puteri Malina hanya mengangguk.

Tok Mahmod menghulurkan sesuatu pada Andika. Keris Saka kembali kepada yang sepatutnya. Andika menyambut dengan rasa yang berbelah bagi. Takut gagal untuk melaksanakan tugasnya. Andika berpusing menghadap sebatang pokok.

"Siputar angin olah kabus,
Kabus menghilang menampak jalan,
Sigolong angin menghimpun kabus,
Agar jejakku tak terhalang"

Perlahan-lahan Andika meniup ke arah pokok di hadapannya. Pokok itu di tepuk tiga kali. Andika terus melangkah kehadapan sebanyak lima langkah. Dia berhenti lalu berpaling ke belakang. Kampung Setanggi hilang dari pandangan. Yang ada hanya hutan. Andika tersenyum. Dia tahu Puteri Malina masih lagi berdiri memerhati dirinya.

"Aku pergi dulu. Assalamualaikum." Andika melangkah pergi.

♾♾♾♾♾♾♾♾♾

Kereta milik Mustafa tiba di hadapan sebuah rumah kayu. Dapat dilihat orang ramai berkerumun di halaman rumah. Saifiyah melihat atuknya berjalan laju ke arahnya.

"Peah jangan naik! Masuk dok dalam kereta balik. Bahaya!" Tubuh kurusnya di tolak masuk kembali. Atuknya segera mendapatkan pak longnya. Ada sesuatu yang di bincangkan mereka berdua. Wajah keduanya kelihatan serius. Sesekali kening paklongnya akan terangkat kerana terkejut. Setelah mengangguk paklongnya berjalan masuk kedalam kereta.

"Pasaipa,abah?" Soal Hazwani.

"Nyang dah nazak. Tapi dia tengah cari sapa nak waris saka dia. Dia.."

"Sapa, abah?" Sampuk Hazwani. Maklongnya menjeling Hazwani.

"Peah." Saifiyah terkejut besar.

"Hah? Pasaipa pulak saya?". Saifiyah ternganga. Bulu roma berdiri tegak. Dapat di dengar bunyi seseorang yang sedang ketawa terbahak-bahak dari atas rumah. Suaranya garau. Hazwani memeluk ibunya dari belakang. Saifiyah telan air liur.

"Kita kena patah balik. Kita pergi cari Imam Rasyid." Kata Mustafa. Perlahan-lahan kereta mengundur.

Mata Saifiyah masih lagi merenung rumahnya. Abahnya berdiri di tangga bersama abangnya Syafiq. Wajah keduanya dalam kesedihan. Air mata mula bergenang di tubir matanya. Saifiyah tunduk membiarkan air mata jatuh ke riba.

"Sabar,Peah. Kita pi cari dulu Imam Rasyid. Tokwan kata Imam Rasyid yang lepaskan Nyang dari pondok tu. Imam Rasyid tu hebat bab ni. Kita pi cari dia dulu." Pujuk Paklongnya. Hazwani mengesot sedikit menjauhkan diri dari Saifiyah.

Budak ni aku bagi penampaq arab sat g kot
..

PewarisTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang