Hijab ( Part 2)

2.7K 204 4
                                    

Amala melipat sejadah dan menyusunnya di rak yang di sediakan. Hanya dia seorang sahaja yang berada di surau sekolah. Perkara yang menjadi kebiasaan baginya. Ayahnya akan menjemputnya selepas Isya' nanti.

Saifiyah dan Hazwani masih lagi tercangak-cangak di hadapan pagar sekolah. Mustafa masih belum tiba untuk menjemput keduanya. Margrib tadi hanya Saifiyah, Hazwani dan Amala sahaja yang mengisi surau. Suasana yang sunyi sedikit sebanyak membuatkan keadaan bertukar seram.

Di bilik guru Ustazah Mariam dan Ustazah Hafizah baru sahaja habis menunaikan solat Margrib. Fail-fail yang berterabur di atas meja masih menunggu untuk di kemas. Ustazah Mariam bangun lalu menilik ke tingkap.

"Laa... belum balik lagi dua orang tu."katanya lalu menutup tingkap.

"Peah dengan Wani ka?" Soal Ustazah Hafizah. Ustazah Mariam mengangguk.

"Ayah Wani ada hal kot. Selalunya depa dua balik awai."kata Ustazah Hafizah. Ustazah Mariam hanya menjungkit bahu. Dia kembali ke meja bulat di hadapan yang penuh dengan fail-fail berwarna hijau dan biru.

"Assalamualaikum." Amala tercegat di hadapan pintu dengan senyuman manisnya.

"Waalaikumsalam, Mala. Masuk la.." Ustazah Mariam hanya memandang sekilas sebelum meneruskan kerjanya semula.

"Nak tolong ka?" Soal Ustazah Hafizah yang baru menyertai mereka berdua. Amala mengangguk laju.

"Mala balik lepas Isya kan?" Ustazah Hafizah menyoal sambil mengambil kotak kosong di lantai. Fail-fail yang sudah di susun mengikut turutannya di masukkan dengan cermat ke dalam kotak.

"Ya...macam biasa la Ustazah...rumah saya jauh...hehehe... Peah dengan Wani tak balik-balik lagi pun." Amala melangut untuk melihat keluar tingkap. Dua orang pelajar tingkatan empat itu kelihatan penat.

Hazwani dan Saifiyah sedang duduk di atas rumput di tepi pagar. Hazwani melentokkan kepalanya ke lutut. Saifiyah pula asyik memandang ke jalan raya. Dagunya di tongkatkan dengan tangan.

"Wani. Jom kita pi pinjam talefon pejabat nak ?" Saifiyah bersuara setelah mengeluh lemah. Belum pernah lagi Paklongnya meninggalkan mereka berdua sebegini lama di sekolah.

"Sapa ada kat pejabat? Boleh ka?" Soal Hazwani.

"Jom la kita try...mana tau Ustazah bagi pinjam. " Saifiyah mula bangun dan menepuk-nepuk bajunya di belakang. Hazwani turut bangun sama. Mereka berdua melangkah ke arah pejabat guru.

"Lariii.... kak...lariiii......!!!!" Saifiyah terkejut.

Dia menoleh ke belakangnya. Budak kecil yang selalu menunggu di tepi pagar menjerit nyaring. Saifiyah kebingungan. Dia memandang ke kanannya. Seekor harimau yang sangat besar sedang berlari laju menuju ke arahnya.

"Lariiiiii!!!!!!!" Jerit budak kecil itu lagi. Saifiyah terkejut besar. Dengan pantas dia mencengkam lengan Hazwani lalu berlari laju ke pejabat guru. Hazwani terpinga-pinga tapi turut berlari sama.

Tibanya di hadapan bilik guru Amala sudah pun terpacak di hadapan pintu dengan wajah risau.

"Apa ni?? Pasaipa tarik orang ni??" Marah Hazwani. Saifiyah tidak menjawab sebaliknya tetap merenung ke depan. Amala juga begitu. Tajam mata keduanya. Cengkaman di lengan Hazwani tidak di lepaskan.

Hazwani tidak melihat apa-apa pun di hadapannya. Kosong. Hanya lampu pejabat yang menerangi kawasan hadapan pejabat. Hazwani terdiam. Hairan dan pelik.

Si harimau mengaum marah. Mundar-mandir di hadapan pejabat. Amala melangkah ke sebelah Saifiyah dan Hazwani.

Hazwani mula tersedar sesuatu. Ada angin yang sejuk menerpa ke arah mereka bertiga. Hazwani perlahan-lahan melangkah ke belakang Saifiyah. Tubuhnya terasa seram sejuk.

Bunyi salakan anjing jelas kedengaran di hadapan pagar sekolah. Bukan seekor dua tapi lima ekor yang menyalak nyaring di hadapan pagar. Hazwani memeluk lengan Saifiyah. Tangannya terketar-ketar. Bayangan arwah Nyang Su mula bermain di fikirannya.

"Kau nak apa lagi? Aku dah cakap aku takkan terima kau.!! Sampai aku mati pun aku takkan terima syaitan terkutuk jadi khadam aku.!!" Jerkah Saifiyah. Matanya terbeliak marah. Hazwani terkejut. Matanya meliar ke sana sini. Amala juga terkejut. Tak menyangka rupanya syaitan itu mahu menjadi khadam Saifiyah.

"Kau mesti menerima aku!! Aku yang terkuat. Aku akan melaksanankan dengan sebaiknya segala arahan tuanku!! Aku takkan membuatkan kau kecewa.!" Kata Ragas.

"Aku takkan terima syaitan terkutuk macam kau jadi khadam aku. Pergi kau dari sini!!" Saifiyah menjerit nyaring. Ustazah Hafizah yang terkejut bangun untuk melihat. Entah kenapa dia berasa seram melihat keluar tingkap. Talifon bimbit di tangannya di cucuk ke pembesar suara di komputer. Ayatul Kursi di pasang kuat.

Ragas mengaum marah. Renungan tajamnya di alihkan ke dalam pejabat. Kepalanya di geleng-gelengkan seolah-olah pening mendengar bunyi yang di pasang. Perlahan-lahan dia mengundur ke belakang.

"Kau dengar sini baik-baik syaitan!! Aku takkan terima kau sehingga aku mati dan sehingga semua keturunan aku mati pun mereka takkan terima kau! Jangan ganggu aku lagi.!!" Saifiyah menjerit marah. Jari telunjukknya menunjuk tepat ke arah Ragas.

Ragas mengaum marah.

"Kau akan menyesal kalau kau tak terima aku!!!" Dan hanya satu lompatan ke belakang Ragas hilang dalam gelap.

Saifiyah terduduk. Hazwani menggosok-gosok belakang sepupunya. Kasihan melihat wajah sepupunya itu.

"Jom masuk dalam. Bahaya luaq ni." Amala menarik tangan Saifiyah supaya bangun. Matanya awas memerhati ke sekeliling mereka. Bimbang jika Ragas datang kembali.

PewarisWhere stories live. Discover now