Pertembungan.

2.8K 201 48
                                    

Mersik melibas kakinya ke arah belakang Naning. Berharap agar si penunggu itu akan tumbang. Tapi si penunggu tetap teguh berdiri. Mersik mengundur.

"Apa kau tidak sedar diri si tua?" Soal Naning sinis.

"Huh! Aku takkan mengalah dengan mudah! Kau dah hilangkan tempat aku menumpang sekarang kau mahu menghalang aku lagi?" Mersik menjerkah.

"Aku cuma menurut kata tuanku. Tanah ini harus di gunakan untuk kebaikan. Dan kau melakukan kejahatan. Aku tak boleh biarkan itu!" Balas Naning kembali. Tangannya di kepal bersedia untuk menyerang Mersik.

Dengan pantas Mersik melompat lalu berpaut di pokok. Naning merengus marah. Serangannya tersasar. Naning kembali menyusun langkah. Dia melangkah ke hadapan perlahan-lahan. Mersik yang mula merangkak turun di perhati tajam.

"Hah!" Naning melompat menerkam ke arah Mersik. Tangan Mersik pegang kuat lalu di pusing kebelakang. Rambut Mersik di tarik supaya kepalanya mendongak. Meronta-ronta Mersik cuba untuk melepaskan diri.

"Keluar kau dari tempat ini!" Jerkah Naning lalu membaling tubuh Mersik ke pokok sawit di hadapannya. Tubuh tua itu terhempas kuat. Lalu terkulai ke tanah.

Naning memandang tubuh tua itu. Mersik sengaja mencari nahas apabila berlawan dengannya. Naning berdiri tegak. Matanya tak lari dari tubuh tua yang semakin layu itu.

"Ini kali terakhir aku melihat kau dalam kawasan aku. Jika sekali lagi kau muncul di tempat ini. Kau aku tamatkan!!" Naning menghilang bersama angin. Mersik memandang lemah. Dia tewas lagi buat kali ke dua. Tewas pada manusia bernama Andika sudah cukup membuatkannya malu apatah lagi tewas pada kaum sejenisnya. Mersik meludah ke tanah. Akhirnya Mersik menjelma menjadi seekor ular dan menyusup di celah-celah semak lalu menghilang.

♾♾♾♾♾♾♾♾♾

Ustaz Hashim dan Imam Rasyid bergegas menuju ke rumah Mansur apabila menerima panggilan dari Murad. Maisarah sudah di temui. Berita itu amat mengejutkan buat mereka berdua.

"Assalamualaikum!" Imam Rasyid menongkat motornya.

"Waalaikumsalam...Imam,ustaz." Murad tersenyum ceria.

"Macam mana boleh jumpa ni?" Soal Imam Rasyid terus.

Muiz dan Zakaria tersengeh-sengeh. Muiz berdehem beberapa kali sebelum membuka cerita.

"Kami mulanya plan nak pi cari pagi tadi.. lepas tu si Ad ni kata balik ambik parang ngan lampu suluh dulu..kami balik la ambik. Masuk ladang baru sampai setengah tengok-tengok si Maisarah ni berlari-lari mai peluk abang dia, Imam. Kami pelik la..sebab kami tak tau dia mai dari mana..tiba-tiba muncul depan mata. Macam magic pun ada Ustaz, Imam." Bersungguh-sungguh Muiz bercerita.

Imam Rasyid dan Ustaz Hashim mengangguk mengerti.

"Saya nampak cahaya, Ustaz. Lepas tu ada mak cik tu suruh saya lari. Dia bertukaq jadi king kong." Maisarah menyampuk.

"Penjaga ladang tu kot..."kata Imam Rasyid.

"Apa-apa pun semuanya dah selamat sekarang ni kan? Alhamdulillah.." kata Imam Rasyid.

"Ermm,Ustaz. Boleh dak ustaz tolong pagaq rumah saya? Saya takut Mersik mai cari saya lagi."kata Maisarah tiba-tiba.

Ustaz Hashin dan Imam Rasyid terkejut.

"Jadi yang sorokkan hang tu Mersik ka?" Soal Murad. Maisarah mengangguk laju.

"Kurang ajaq sungguh saka Tok Su ni.!!" Marah Murad.

"Saya akan pagarkan lepas Margrib nanti ya. " Ustaz Hashim menjawab lembut. Maisarah berasa sedikit lega.

♾♾♾♾♾♾♾

Andika menepuk-nepuk debu di seluarnya. Debu halus berterbangan mengikut arah angin. Toriq turut bangun. Setelah memastikan tiada sesiapa yang berada di kawasan itu Andika dan Toriq melangkah laju mendaki bukit. Sebatang pokok sebesar pemeluk tiga orang dewasa di tepuk tiga kali.

Datai aku ngau sikuk teman,
Nganjung barang ya ka udah di pinjau,
Buka meh jalai ulih ku tamak,
Nadai meh daya ti endak berenggau..

Pokok Pembuka Thani menjatuhkan sehelai daun di hadapan Andika. Daun itu di kutip lalu di sapu ke matanya. Andika menyerahkan daun itu kepada Toriq. Toriq turut melakukan hal yang sama.

Sebaik sahaja membuka mata Andika dan Toriq dapat melihat sebuah kampung di hadapan mereka. Mereka terus melangkah tanpa menoleh kebelakang lagi. Pokok Pembuka Thani menutup semula hijabnya.

Tok Mahmod sudah bersedia menunggu di hadapan rumah tersenyum lega melihat orang yang di tunggunya muncul.

"Assalamualaikum!" Laung Andika dari jauh. Toriq leka memerhati suasana di sekelilingnya. Terasa sedikit aneh di kampung ini. Udaranya sejuk. Bau wangi di mana-mana sahaja. Semua orang tersenyum mesara seolah-olah sudah kenal lama dengannya.

"Toriq.!" Laung Andika. Toriq tersentak lalu segera berpaling. Ayahnya sudah pun duduk di beranda rumah Tok Mahmod. Toriq berlari-lari anak ke arah rumah itu.

"Maaf."katanya sepatah.

Huluran tangan Tok Mahmod di sambutnya. Lelaki tua itu memeluknya erat.

"Sudah besar kamu ya." Bahu Toriq di tepuk lembut. Tok Mahmod menggenggam tangan kanan Toriq. Cincin hijau lumut di tangan anak muda itu di perhati lama. Tok Mahmod tersenyum. Dia menoleh ke arah Andika. Seolah-olah cuba menyampaikan sesuatu.

"Ada apa,Tok.?" Soal Toriq.

"Anak pernah memegang Saka?" Soal Tok Mahmod tiba-tiba. Toriq menggeleng.

"Andika." Tok Menghulurkan tangannya. Andika menanggalkan cincin hijau lumut kepunyaannya lalu di suakan kepada Tok Mahmod.

"Buka cincinmu." Arah Tok Mahmod. Toriq terpinga-pinga. Cincin di jarinya di cabut dan di suakan ke tangan Tok Mahmod.

Kedua-dua cincin itu di letakkan di tapak tangannya. Perlahan-lahan cincin itu bergerak lalu bercantum. Batu hijau lumut membesar dua kali ganda dari saiz asal. Toriq ternganga.

Andika menghulurkan Keris Saka ke tangan Tok Mahmod. Batu hijau lumut yang berada di tangannya di tekan pada hujung muncung keris. Lama dia menggenggam hujung keris itu. Mulutnya terkumat-kamit membaca sesuatu. Perlahan-lahan tangannya di lepaskan. Satu lekuk baru tercipta dari batu hijau lumut tadi menjadikan keris Saka bertambah sejengkal panjangnya.Toriq ternganga. Keris itu di suakan kepadanya.

"Dia memilih kamu,Nak."kata Tok Mahmod.

"Hah?" Toriq tercengang. Keris Saka di tangannya di pandang lama.

"Tapi bagaimana? Bukankah sepatutnya Saifiyah,Tok?" Soal Andika. Tok Mahmod melabuhkan punggungnya di hadapan Andika.

"Saifiyah belum bersedia. Lagi pun Saka sendiri yang memilihnya. Kita cuma mengagak sahaja tadi. Tak sangka Saka boleh menerimanya. Nampaknya kemungkinan cucu sulungmu nanti perempuan,Dika."kata Tok Mahmod. Toriq dan Andika ternganga.

"Cucu?" Soal Andika pelik. Dia memandang wajah Toriq yang memerah. Pasti ada sesuatu yang di sembunyikan anaknya.

PewarisWhere stories live. Discover now