Hijab

2.7K 216 0
                                    

Sesi persekolah hari ini telah di tamatkan dengan sorakan murid-murid yang tak sabar untuk bercuti. Sana-sini pelajar berlari-lari untuk pulang. Pelajar asrama pula masing-masing sudah menyediakan beg untuk pulang. Ada yang meletakkan di hadapan pintu bilik kerana tidak sabar untuk pulang ke rumah.

Saifiyah dan kumpulannya duduk melepak di bawah pokok asam. Seronok memerhatikan gelagat orang yang mahu bercuti. Kechik dan Cekmi sibuk mengunyah keropok lekor yang sengaja di beli banyak sewaktu rehat tadi. Saifiyah tersenyum-senyum melihat pelajar asrama tingkatan satu yang tak sabar-sabar mahu pulang.

"Assalamualaikum... amboiii...sedap makan??"

Kechik tersengeh-sengeh. Seorang pengawas tingkatan enam melabuhkan punggung di sebelahnya.

"Kak Mala nak dak?" Kechik mempelawa sama. Amala hanya tersenyum sambil menggeleng.

"Hampa bila nak balik?" Muka-muka di hadapannya di pandang satu persatu.

Keempat-empat gadis itu hanya tersengeh-sengeh.

"Sat gi balik la kak...saja nak tengok orang balik bercuti.. dah la cuti lama. Tengok muka macam tak sabaq-sabaq dah tu. Lawak." Jawab Cekmi. Dia berhenti mengunyah apabila Amala asyik memandangnya sahaja.

"Hang, Peah?" Amala menghanggukkan kepalanya ke arah Saifiyah.

"Saya tunggu Wani panggil. Dia tunggu abah dia depan tu." Saifiyah menunjuk ke pagar sekolah. Kelihatan Hazwani yang sedang berborak bersama rakan-rakannya di tepi pagar.

"Saya rumah belakang sekolah ja..depa balik,saya balik la,kak. Hehehe..." Ayong tersengeh-sengeh.

Rumah Ayong,Cekmi dan Kechik sememangnya tidak jauh dari kawasan sekolah. Hanya berjalan kaki selama lima minit sahaja sudah sampai ke rumah masing-masing. Hanya Saifiyah sahaja yang jauh dari sekolah.

"Zaza dah balik ka?" Soalan dari Amala membuatkan mereka berempat sedikit terkejut. Mereka berpandangan sesama sendiri.

"Tak nampak pun,kak. Tak perasan. Banyak sangat orang." Berkerut-kerut kening Cekmi sambil memandang ke sekelilingnya. Manalah tahu tiba-tiba ternampak kelibat Zarina.

Saifiyah hanya mendiamkan diri. Matanya ralit memerhati ke arah pelajar yang sedang melangkah keluar pagar.

"Zaza macam mana dalam kelas?" Soal Amala lagi. Saifiyah yang merasakan soalan itu di tujukan kepadanya segera berpaling ke arah Amala.

"Dia elok ja,kak. Cuma kurang bercakap ja, kak." Jawab Saifiyah. Amala menganggukkan kepala. Wajah Saifiyah di tenung lama. Saifiyah melarikan anak matanya akibat tidak selesa.

"Kak.. saya balik dulu la,kak. Dah pukul dua lebih dah. Bising mak saya nanti." Ayong bangun tiba-tiba lalu mengemaskan barang-barangnya.

Cekmi dan Kechik turut melakukan hal yang sama. Saifiyah ternganga.

"Weh....takkan nak balik dah kot.? Tadi kata nak lepak sampai aku balik.." Saifiyah merengus tidak puas hati.

"Tak pa.. Kak Mala ada teman hang.. lagi pun aku lapaq la.. mak aku mesti masak sedap hari ni. Huhuhu." Cekmi menggosok-gosok perutnya.

Saifiyah mencebik geram.

Tagune punya kawan...dah la last day ni. Saja nak tinggai aku sorang-sorang dengan Kak Mala ni. Huh!!

Saifiyah menjegil matanya.

"Baliklah.! Shuh! Shuh!" Saifiyah pura-pura menghalau. Sakit hati. Ketiga-tiga sahabatnya melangkah dengan senang hati.

"Tak suka ka Kak Mala dok sini.?" Soal Amala tiba-tiba.

Saifiyah tersentak. Dia tersengeh malu.

"Dak la,Kak... tu depa tu. Tadi kata nak lepak sampai saya balik baru depa balik. Tengok-tengok depa yang balik dulu. Dah la last day ni. " Saifiyah memuncungkan mulutnya.

Amala tersenyum. Dia berdehem beberapa kali.

"Peah. Kak nak tanya sikit boleh dak?" Wajahnya bertukar serius. Saifiyah telan air liur. Berdebar-debar dadanya.

"Tanya apa,kak?" Saifiyah duduk tegak. Bersedia dengan soalan dari pengawas itu.

"Kak selalu tengok Peah cakap dengan orang kat pagaq tu waktu mai sekolah pagi-pagi. Peah bagi salam kat sapa?" Soal Amala.

Saifiyah tersentak. Terkejut besar dirinya mendengar soalan itu. Sungguh tidak di duga perbuatannya setiap pagi selama empat tahun dia di sekolah itu diperhatikan Amala.

"Ermm....aaa...kat pagaq tu ka?" Saifiyah menunding ke pagar.

Amala mengangguk.

"Ya... pagaq tu la.." Amala mengiakan lagi.

"Tak dak sapa pun.. saja bagi salam bila masuk kawasan sekolah. Hehehe" Saifiyah tersengeh-sengeh. Dalam hatinya sudah berdebar-debar tak tentu hala.

"Kak tau... Kak pun nampak. Peah bagi salam kat adik tu kan?" Amala tersenyum manis.

Saifiyah terkejut bukan kepalang. Mulutnya ternganga luas.

Pedia???!!!!

Hatinya menjerit kuat.

"Haip!" Amala menolak dagu Saifiyah ke atas supaya mulut gadis itu tertutup. Dia ketawa kecil. Lucu melihat wajah gadis itu yang sedang terkejut.

Saifiyah tersipu-sipu malu di perlakukan sedemikian. Dahinya di gosok laju.

"Kita ni sama ja,Peah.. orang macam kita ni susah nak hidup normal macam orang lain. Ada-ada ja yang kacau. Yang minta tolong la..hurm... Peah dapat bila?" Amala seakan-akan mengeluh dengan nasib diri. Sedikit sebanyak anugerah itu agak membebankan buatnya.

Saifiyah merenung wajah Amala. Wajah yang sentiasa kelihatan ceria itu rupa-rupanya punyai rahsia tersendiri. Amala sesekali menjeling ke belakang Saifiyah. Seolah-olah sedang mengintai sesuatu.

"Peah. Ermm..kenapa Kak selalu tengok ada perempuan tua bertongkat ikut Peah? Peah ada saka ka?" Soal Amala tiba-tiba.

Saifiyah terkedu. Agak lama dia diam cuba mencari alasan yang sesuai. Tapi semuanya kosong. Dia buntu. Akhirnya keluhan berat di lepaskan.

"Peah pun tak tau,Kak. Tiba-tiba ja dia ikut Peah. Peah dah halau dah dia ikut jugak!" Saifiyah menjeling ke sisinya. Benci dia melihat lembaga itu.

"Peah bercakap dengan dia ka? Tapi dia tak dak suara. Dia bisu. Kak pernah tegur dia. Kak tak bagi dia ikut Peah. Dia cakap tapi tak dak suara." Jelas Amala. Saifiyah berkerut kening. Pelik.

"Ish. Mana ada kak.. dia ada suara la..bukan main garau lagi suara dia ,kak." Saifiyah pelik. Dia menoleh ke belakangnya.

"Aik? Hilang?" Saifiyah menoleh ke kiri dan kanannya. Dia bingung. Kemudian dia mendongak ke atas pula. Hilang. Tiada lagi lembaga nenek tua yang selalu tercegat di belakangnya. Lembaga itu selalu berada di atas bayang-bayangnya. Selalunya di bahagian kepala.

Amala turut memandang ke sekelilingnya. Juga tiada. Yang ada hanya pelajar-pelajar sekolah yang berlari-lari dan menjerit kerana teruja untuk bercuti.

PewarisDonde viven las historias. Descúbrelo ahora