Lindung.

4.4K 247 7
                                    

Saifiyah melangkah laju menuju ke dewan makan. Semua pelajar kelihatan sudah berbaris dalam kumpulan masing-masing. Saifiyah cuba menenangkan diri. Matanya ligat mencari dimana semua kawan-kawannya. Sudahlah khemah tak berkemas. Dirinya pula ditinggalkan tidur tak sedar dunia. Penumbuk dikepal sekuat hati pabila matanya bertembung dengan wajah-wajah yang dicarinya.

"Dia mai dah....habeh la kita weh...". Kechik mengundur selangkah kebelakang. Mulutnya terjuih-juih menunjuk ke arah aura kemarahan yang akan merebak sebentar lagi. Cekmi menoleh laju ke muka Ayong. Keduanya menelan air liur serentak.

"Woi!!! Lahanat punya kawan...mangkok tingkat...!! Sampai hati hampa biaq aku tidoq sorang-sorang kat dalam khemah. Nasib baik Kak Nusra tu baik hati. Kalau tak memang kurang la markah kita. Buat sekali lagi kat aku macam tu, aku tak mengaku kawan dah!!" Saifiyah menujah-nujah perut Cekmi dengan geram.Cekmi hanya tersengeh tanpa rasa bersalah. Ayong dan Kechik masih lagi menyorok di belakang Cekmi . Takut untuk berhadapan dengan Saifiyah. Takut ada anggota badan yang lebam dek aura kemarahannya.

"Peah...jom makan." Cekmi lantas menuju ke meja yang di atasnya tersusun bekas polistrin yang berisi makanan tengahari buat mereka semua. Saifiyah ternganga.

'Aku penat-penat marah kat dia boleh dia ajak makan? Allahu..."kepalanya tergeleng lemah. Kechik dan Ayong masih lagi berjalan rapat dengan Cekmi.

♾♾♾♾♾♾

Selesai makan mereka telah diminta untuk bersiap memakai seluar panjang oleh kakak fesi masing-masing. Saifiyah sudah boleh mengagak apa yang akan dilakukan sebentar lagi. Masuk hutan.

"Malasnya weh...penat la nak jalan naik bukit turun bukit ni.. aku dah la gemok. Sat g kalau jatuh sat g kesian kat hampa nak kena angkat aku. Tengok macam tahun lepas. Kesian kat Kak Mala kena papah aku balik kem. Hurmmm.... kechik..." . Cekmi bersyahdu seorang diri di hadapan seluar panjangnya. Seolah-olah kasihan melihat seluar yang akan di hempap tubuh gemuknya. Kechik yang sudah bersiap dengan seluarnya duduk mencangkung depan Cekmi. Seluar Cekmi di ambilnya lalu disuakan ke muka Cekmi.

"Meh mak tolong boh kat adik meh.!" Kata Kechik. Cekmi ternganga.

"Pungkoq hang!". Marah Cekmi.

"Woi..cepatla siap..sat g lambat kena tolak markah lagi." Saifiyah keluar dari khemah meninjau khemah sebelah. Rata-rata banyak yang mengeluh dengan aktiviti ini.

♾♾♾♾♾♾♾♾♾♾♾♾
Mata Kechik semakin mengecil untuk mengenal pasti objek yang berada tidak jauh darinya. Semakin lama objek itu seakan-akan cuba untuk terbang. Tangan Kechik yang memang sudah menggeletar semakin kuat getarannya.

"Ahh sudah.....jangan la buat pasai tengah-tengah hutan ni. Siang-siang pun boleh ada juga ka...". Kechik membebel seorang diri. Wajahnya dipusingkan ke serata arah. Jam di tangan di belek. Pelbagai gelagat Kechik lakukan untuk menenangkan hatinya.

Tiba-tiba telinga menangkap bunyi derapan kaki di belakang. Kechik kaku. Takut untuk berpaling. Takut untuk melihat apa yang telah di gambarkan otaknya saat itu. Dan tiba-tiba...

PAPP!!

Kechik terloncat akibat kejutan yang maha kuat. Dia terus duduk mencangkung. Bahunya di tepuk kasar.

"Woi....ni aku la....yang hang macam jumpa setan ni pasaipa?"

"Ayong??" Mata Kechik terbuka luas. Lantas berpaling ke arah Ayong yang sedang membuat muka blur. Kechik lagi blur.

"Macam mana ko datang sini?" Soal Kechik. Ayong menjungkit bahu.

"Aku pakai jalan tikus..lahhh....kan kita pernah mai sini dah tahun lepas..Aku hafal siap dah jalan dalam ni. Hahaha...awat? Hang ingat sapa?" Ayong tersengeh panjang.

PewarisWhere stories live. Discover now