Pewaris

4.6K 253 0
                                    

Safiyah masuk ke dalam khemah yang sudah tertera namanya disitu. Nasib mereka berempat amat baik kerana ditempatkan 1 khemah bersama. Safiyah perasan yang khemah hazwani tidak jauh dari khemah mereka.cuma selang 3 khemah. Safiyah tak kisah. Janji tak sama khemah dengannya. Satu tempat dengan Hazwani pun dah cukup membuatkan hatinya sakit jangankan satu khemah. Mau sakit hatinya sampai 3 hari.

"Cekmi...aku tidur tengahlah ok?" Safiyah tak mahu tidur di bahagian tepi. Dia sedikit gelisah. Dia merasakan sempit jika tidur di bahagian tepi. Seolah2 ada sesuatu yang menghimpitnya. Di rumah maklongnya pun dia akan letakkan bantal di tepi dinding supaya dia tidak berada betul2 di tepi dinding. Cekmi mengiakan saja.

Selesai mengemas khemah masing2 semua pelajar di minta berkumpul di tempat parkir kereta. Mereka di beri taklimat tentang apa yang akan berlaku dalam 3 hari mereka di sini. Safiyah sekadar mendengar sahaja. Tidak ada yang masuk di otaknya. Matanya leka memandang keindahan alam di sekelilingnya. Segar dan menyegarkan.

"Peah. Ko je la jadi ketua khemah?ko kan rajin mengemas...heheh..." ayong menyiku lengannya. Safiyah mencebik geram.

"Yela2 .. aku juga...ko kecik? Ko buat apa?" Keningnya di angkat ke arah kecik aka khairiah. Bertubuh kurus kering dan paling kecik diantara mereka berempat. Kecik tersengeh2.

"Aku tolong cekmi masak... ko ayong cri kayu api dengan peah. Ingattttt! Khemah kita mesti menang tau kali ni. Aku tengok beg si maisarah tu bkan main lagi ada renda2. Nak gantung dalam khemah la tu.huh!" Cebiknya dengan rasa meluat.
"Lah...lantak dia la nk gantung apa pun..hak sendirian berhad okay....jangan gantung seluar dalam sudah..hahaha". Safiyah ketawa geli hati mendengar ayat dari cekmi.
"Betol tu...hahahaha...". Safiyah mengiakan dalam ketawa.
"Ewah2...happy nampak ? Tak sedar ke kita dalam hutan ni... jangan syok sangat..kang tak pasal2 hilang". Entah dari mana tiba2 suara hazwani muncul. Safiyah menoleh. Oh,dibelakang rupanya.
"Mulut ko jangan celupar wani..hilang2 jangan sebut. Tak dengar ke ustazah pesan apa atas bas tadi?". Marah safiyah. Hazwani mencebik.
"Kalau kau hilang lagi best peah. Aman hidup aku. Huh.! Dah la menumpang!". Ejek hazwani. Maisarah di sebelahnya tersenyum sinis. Cekmi melangkah ke depan safiyah sekaligus menolak hazwani dengan perutnya. Hazwani terdorong ke belakang. Keningnya berkerut geram.
"Kau kenapa hah buntal?!" Marah hazwani. Tapi dia tidak berani untuk mara ke hadapan.
"Kau tu yang kenapa? Kau jangan nak celupar sangat wani. Sedar diri sikit kau tu kat mana?kita ni dalam hutan. Jangan nak bangga diri sangat. Kau nk tahu tak? Kem kali ni aku jamin tak best langsung. Sebab ada lipas macam kau. Menyemak! ". Balas cekmi geram.
"Hei..! Kau jaga sikit mulut kau buntal. Sapa lipas?.."
"Kau!". Pantas cekmi memotong. Hazwani terdiam. Tangannya di kepal geram. Kalaulah si buntal ni besar khairiah memang aku dah penyek2 muka kau.!! Eee..geramnya aku! Marahnya dalam hati.

PewarisWhere stories live. Discover now