Pinjam

3.1K 220 8
                                    

Ladang sawit seluas sepuluh ekar boleh menjadi tempat persembunyian bagi apa-apa saja. Termasuklah penagih dadah. Namun yang tak terduga turut ada.

Seorang lelaki leka menyedut plastik di tangannya. Penagih gam yang tegar. Tidak menghiraukan suasana sekelilingnya dia kusyuk dengan kerjanya.

Senja memerah di kaki langit membuatkan ladang sawit sedikit kelam. Sepasang mata yang sedari tadi memerhati si penagih mula bergerak mendekati. Namun langkahnya terhenti apabila bunyi bising motorsikal menghampiri.

Pekerja-pekerja pemungut sawit sedang pulang.

"Woi! Baliklah!" Jerkah salah seorang dari mereka kepada penagih gam tadi. Si penagih bangun terhuyung-hayang lalu menumpang salah satu motor.

"Pegang elok-elok! Jatuh aku tinggai.!"

"Jalan jelah!" Marah si penagih.

Mata merah di tepi pokok merengus marah. Dia terbang mengikut kumpulan motor tadi.

♾♾♾♾♾♾♾

"Betulakah ,Bayu?" Tok Mahmod seakan-akan tak percaya dengan cerita Puteri Bayu. Tapi wajah pucat Puteri Bayu meyakinkannya. Tambahan pula Puteri Bayu tidak pandai menipu.

"Iya Tok....Bayu bersumpah dengan nama Allah. Bayu nampak sendiri Tok semasa Bayu bermain bersama Gangsa di situ."

"Bayu pergilah rehat dahulu. Biar bonda dan Tok fikirkannya."

Bahu anaknya diusap lembut. Puteri Bayu akur. Dia ingin melangkah ke bilik. Bamun langkahnya terhenti.

"Gangsa.!.. Ya. Bonda ada terlihat Gangsa?" Soal Puteri Bayu. Puteri Malina dan Tok Mahmod menggeleng kepala.

Puteri Bayu tidak jadi melangkah ke bilik. Dia turun ke bawah rumah.

"Gangsa?"

Tembikar tempat Gangsa suka tidur juga kosong. Puteri Bayu berjalan ke bawah pokok tempat dia disergah asap hitam tadi.

"Miaw...."

"Ya Allah Gangsa!!" Puteri Bayu menerpa ke arah kucing itu. Tubuh Gangsa seperti di cakar sesuatu. Luka sepanjang sejengkal menggarisi di badannya. Puteri Bayu menangis. Perlahan-lahan tubuh Gangsa di dukungnya lalu di bawa ke atas rumah.

"Ini mesti kerja asap hitam tadi!"

Marah Puteri Bayu. Gangsa di baringkan di atas lantai. Puteri Bayu ke dapur mengambil air suam dan sehelai kain.

Puteri Malina melihat wajah ayah angkatnya yang sudah memerah. Tok Mahmod sedang marahkan sesuatu.

"Ayahnda?" Tegur Puteri Malina.

Tok Mahmod tersentak. Serta merta kalimah suci meniti dibibir. Marah dihati jika dilayan akan membinasakan.

"Aku ada hal sebentar. Nanti aku pulang kembali."

"Kemana ayahnda? Hari pun sudah senja. Tak elok jika kita berada diluar rumah."

"Sebentar saja."

Tok Mahmod terus bergerak turun. Langkahnya dituruti renungan mata Puteri Malina.

Tok Mahmod berjalan menuju ke sebuah pokok. Penduduk kampung Setanggi menggelarnya Pokok Pembuka. Pokok itu di perhatinya lama. Tiga kali dia berpusing mengelilingi Pokok Pembuka namun tiada kecacatan yang ditemuinya. Tok Mahmod dilanda hairan. Kepalanya mendongak ke atas. Semuanya masih sama seperti sebelumnya.

"Jadi bagaimana dia boleh menceroboh ke dalam ini?"

Janggutnya diurut perlahan. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk pulang sahaja. Esok bila hari sudah cerah dia akan kembali mencarinya.

              ♾♾♾♾♾♾♾♾

Ustaz Mazwan termenung seorang diri. Teh tarik di hadapannya belum terusik. Fikirannya teringatkan seorang pelajar yang bernama Saifiyah. Dia cuba mengaitkan apa yang terjadi dengan Saifiyah.

Mesti ada yang istimewa kat dia sampaikan hantu tu sendiri nak jadi khadam dia. Tapi apa.....apa dia...???

Akhirnya dia buntu. Teh tarik di hirup perlahan. Namun tiba-tiba fikirannya teringatkan sesuatu. Ya,dua tahun lepas dia sewaktu kali pertama mereka membuat kem dia Lata Bukit Hijau Saifiyah hilang dari kumpulannya. Puas di cari seluruh bukit dan air terjun. Tapi tak jumpa juga. Dan yang paling mengejutkan Saifiyah sendiri yang berjalan keluar dari kawasan hutan menuju ke tempat Check point mereka.

Ustaz Mazwan juga melihat Saifiyah bercakap dengan seseorang. Tapi tiada siapa-siapa pun di sisinya. Perkara itu di diamkannya sahaja memandangkan Saifiyah pulang dengan selamat.

"Apa yang sebenarnya ada kat budak ni?"

Ustaz Mazwan bertanya pada dirinya sendiri.

               ♾♾♾♾♾♾♾♾

Saifiyah dan Hazwani sudah di ambil oleh Mustafa dan di bawa pulang ke kampung. Kedua-duanya hanya membisu.

Jenazah Bustari sudah di kebumikan asar tadi. Orang kampung masih ada yang menolong di rumah Masruddin. Andika duduk berbual bersama Badri. Semua yang berlaku di kampung di ceritakan oleh Badri. Termasuklah cerita Kiah janda yang mengoratnya dengan berpura-pura terpelecok di tepi jalan. Andika ketawa sambil menggelengkan kepalanya.

"Dah tu? Hang pun bujang. Dia janda. Nikah je la..." Saran Andika.

"Huh. Tak mau aku. Kalau dua puluh tahun lepas dia dok buat terpeleot macam tu memang aku sambut dah...ni dah tua ganyut ni... buat malu ja." Badri mencebikkan bibirnya.

"Ada-ada ja la hang ni.... hang pi Mekah la...mana tau dapat bini orang arab sorang."

"Jauh sangat. Tak larat nak ulang alik. Hahaha"

Mereka berdua ketawa lagi. Kedua-duanya sudah memasuki usia lima puluhan namun masih tegap lagi seperti usia tiga puluhan. Wajah yang tidak dimamah usia.

PewarisWhere stories live. Discover now