Yang Memulakan.

3.3K 205 5
                                    

Wajah Bidan Simah yang sedang memeriksa perutnya di pandang lama. Berkerut-kerut dahi si bidan.

"Hmmm..perempuan." kain batik yang terselak di tutup kembali ke atas perut. Bidan Simah mengelap minyak di tangan.

Mawarni tersenyum gembira. Dia sedang mengandungkan anak perempuan. Usia kandungan yang mencecah lapan bulan membuatkan dia semakin penat untuk berdiri. Apatah lagi dengan kerenah dua anak lelakinya. Suaminya Bustaman akan mengurut kakinya jika dia mengadu sengal-sengal.

Tidak sabar untuk memberitahu berita gembira ini pada suaminya. Wajahnya bersinar ceria.

****
"Abang..."panggil Mawarni. Bustaman yang sedang menyusun kayu api memanggungkan kepala.

"Ada apa?" Soalnya.

"Ke marilah dahulu..." Mawarni menggamit.

Bustaman bangun lalu menepuk tapak tangannya beberapa kali. Dia melabuhkan punghung di sebelah Mawarni.

"Ada apa? Bukan main tersenyum. Dapat emaskah?" Usik Bustaman.

"Ala abang ni... " Mawarni menampar manja bahu suaminya. Tapak tangan Bustaman di letakkan pada perutnya.

"Ini...ada yang mahu ucapkan selamat petang." Kata Mawarni. Bustaman ketawa kecil.

"Siapa di dalam,ya?" Soal Bustaman.

"Puteri." Sahut Mawarni.

Bustaman berkerut dahi.

"Puteri? Puteri apa?" Soalnya.

"Puteri Malina bt Bustamanlah..." Jawab Mawarni. Wajahnya begitu ceria. Bustaman terkaku sebentar.

"Betulkah? Betul anak perempuan?" Soal Bustaman. Tapak tangannya di tarik kembali. Mawarni sedikit terkejut. Wajah suaminya kelihatan tidak gembira.

"Kenapa,bang?" Hatinya sedikit tercalar.

Bustaman menggeleng kepala.

"Maafkan,abang. Anak ni dalam bahaya." Kata Bustaman. Tangan isterinya di genggam.

Mawarni terkejut besar. Air matanya bergenang.

"Apa maksud abang? Bahaya apa?" Soalnya.

"Keluarga abang punya saka yang tak di buang. Saka itu hanya akan mencari anak perempuan. Abang risau. Puteri ini adalah anak perempuan yang pertama dalam keturunan abang. Abang bimbang saka..."

"Tak! Tak mungkin,Bang. Allah ada untuk kita. Ni anak kita bang..Mawarni takkan izinkan dia ambil anak kita." Mawarni bangun meninggalkan Bustaman seorang diri.

Hati sedihnya di bawa ke bawah pokok mempelam. Dia menangis semahu-mahunya. Sudah lama dia inginkan anak perempuan. Tapi dugaan hebat muncul menghalang.

"Kenapa menangis,sayang?"

Mawarni terkejut besar. Kepalanya di angkat ke arah datangnya suara. Seorang wanita berambut panjang berwajah manis berdiri di tepi pagar. Dia hairan. Sejak bila perempuan itu berada di kebun pisang milik ayahnya.

"Bersedih hati nampaknya.."sambung wanita itu lagi. Wajahnya putih pucat dengan anak mata hitam yang agak besar dari biasa.

Bulu romanya tiba-tiba berdiri tegak. Tubuh wanita itu di perhatikan dari atas hingga bawah. Kakinya berhias gelang perak. Jarinya runcing dan sedikit panjang. Melur bangun dari pangkin melangkah ke tangga.

"Takutkan kita? Apa salah kita yang datang menyapa?" Wanita itu mula membuat muka sedihnya. Tapi kemudian bertukar kepada ketawa kecil.

"Abang...!" Jeritnya di tangga. Kakinya tidak dapat melangkah lagi. Terasa berat sekali. Mawarni melaung suaminya tanpa mengalihkan mata dari wanita itu.

PewarisWhere stories live. Discover now