Kampung Setanggi

3.3K 211 0
                                    

Andika tiba di kawasan Lata Bukit Hijau ketika azan zohor. Air terjun mencurah-curah menghasilkan bunyi alam. Mata Andika pejam seketika. Ada senyuman di bibirnya.

"Aku solat dahulu. Sebentar lagi aku datang."katanya lalu duduk mencangkung di tepi air yang turun. Dia mengambil wudhu untuk solat zohor.

♾♾♾♾♾♾

Puteri Malina tersenyum ceria. Orang yang di rindu akan muncul tiba. Auranya semakin terasa. Puteri Malina mempersiapkan apa yang patut. Puteri Bayu hairan melihat bondanya yang asyik tersenyum

"Kenapa wajah bonda begitu ceria hari ini?" Soalnya ketika bondanya sedang duduk di beranda. Gangsa yang sedang nyenyak tidur di alihkan ke lantai. Mengeliat si kucing itu tidurnya terganggu.

"Purnama purnama bersilih ganti,
Hati rindu tidak tenang,
Bersabar diri tetap menanti,
Kini yang di rindu sudah datang.". Senyuman Puteri Malina semakin lebar saat terlihat tubuh seseorang sedang berjalan masuk ke dalam kawasan Kampun Setanggi.

Laju kakinya menuruni tangga lalu mendapatkan insan yang amat di rinduinya itu.

"Kanda Andika.." Tubuh Andika di peluk erat. Air matanya merembes keluar tanpa di pinta. Andika membalas pelukan Puteri Malina.

"Adik sihat?" Soal Andika. Dahi adiknya dicium penuh kasih.

"Ya..kita sihat. Kita rindu pada kanda." Jawab Puteri Malina dalam sedu. Tangan Andika di genggam erat. Mereka berpimpin berjalan ke rumah Puteri Malina.

"Assalamualaikum,Bayu." Sapa Andika pada Puteri Bayu.

"Waalaikumsalam,Ayah Andika." Puteri Bayu tersenyum mesra.

Patutlah bondanya tersenyum gembira.

"Ayah datang dari mana?" Soal Puteri Bayu.

"Bayu,biarlah ayah berehat dulu. Mari ke dapur." Tangan anaknya ditarik laju.

Andika ketawa kecil melihat wajah masam anak saudaranya. Kepalanya diletakkan ke bantal. Sungguh damai disini. Tapi ini bukan tempatnya. Habis urusan nanti dia terpaksa pulang semula kepada Manisah. Tentu isterinya sangat risaukan dirinya.
Andika tersenyum seorang diri bila teringatkan pesanan dari Manisah.

"Abang jangan cuba-cuba untuk mengintai mana puteri bunian...kalau nak rasa makan lesung Manisah abang cubalah!". Walaupun sudah tiga puluh tahun hidup bersama kasih sayang antara mereka tak pernah kurang. Kepada Toriq juga sudah di khabarkan akan kepergiannya. Anaknya hanya mengiakan walaupun sedikit kecewa kerana tidak dapat ikut sama.

"Assalamualaikum,anak."

Andika tersentak. Dia bingkas bangun.

"Waalaikumsalam,Tok." Tok Mahmud tersenyum. Janggut putihnya sudah mencecah dada. Andika menghulurkan tangannya untuk bersalam. Tubuh Andika dipeluk erat.

"Lama kau tidak ke sini,nak. Ku fikir kau sudah lupakan Malina." Katanya sekadar mengusik Andika.

"Mana mungkin aku lupakan orang-orang yang aku sayang ,Tok. Terutamanya Malina." Balas Andika.

"Saka pun seakan-akan tahu yang kau akan datang. Kelmarin Saka bergetar. Apa ada hal besar, anak?" Kening Tok Mahmod berkerut.

Andika baru sahaja ingin membuka mulut ketika Puteri Malina dan Puteri Bayu menghidangkan juadah petang.

"Lepas magrib nanti kanda ceritakan ,ya? Sekarang masa untuk minum. Ini kuih yang kanda suka." Sepinggan kuih Abok-abok dihulurkan ke depan Andika.

"Wahhh.... kanda kau sahajakah? Ayahnda tiada?" Tok Mahmod bersuara. Puteri Bayu ketawa.

"Ayahnda mahu ambil saja disini.." Sebiji lagi pinggan berisi kuih Abok-abok di letakkan di hadapan Tok Mahmod dan Puteri Bayu. Andika hanya tertawa kecil. Lucu melihat Puteri Malina.

"Kenapa,kanda?" Puteri Malina hairan.

"Tak ada apa-apa...cuma aku terfikir...bagaimana aku hendak habiskan sepinggan kuih ini seorang diri,ya?"

Seakan-akan tersedar dari mimpi Puteri Malina ketika itu. Kuih abok-abok di pinggan Andika disusun seperti gunung manakala kuih abok-abok di pinggan Tok Mahmod pula hanya ada 5 ketul.

"Bayuuuuu!!"

Puteri Bayu sudahpun melarikan diri sambil ketawa geli hati. Rasa terujanya membuatkan dia tidak perasan yang Puteri Bayu mengenakannya. Semua di beranda ketawa gembira.

♾♾♾♾♾♾♾

Kelas 4 Banat gempar pagi itu. Sedang mereka belajar tiba-tiba Zarina bangun menjerit dan merangkak di atas meja. Ustazah Nurraihan yang mengajar kelam kabut mengarahkan semua pelajar keluar. Tapi ada yang terperangkap didalam kelas kerana Zarina melompat lalu menghalang pintu kelas. Pintu belakang sudah tidak boleh di gunakan kerana rosak.

"Grooaaaaar...." Lagaknya persis harimau. Matanya tajam memandang ke sekelompok pelajar yang terperangkap di hujung kelas. Ada yang menangis. Ada juga yang tidak henti-henti membaca Ayat Kursi.

Perlahan-lahan Zarina menghampiri mereka. Air liurnya meleleh ke lantai. Mata hitamnya hilang. Ayong yang paling hadapan mula menggeletar takut. Tangan Hazwani di genggam erat. Hazwani sudah menangis memanggil ibunya.

"Woarrrr......" jerit Zarina. Ayong rebah ke lantai di ikuti oleh Muslihah. Hazwani terduduk menutup muka. Tidak mahu menatap wajah Zarina yang kian hodoh. Urat-urat hijau dan merah mula timbul di pipi Zarina.

"Allahu Akhbar!! Allahu Akhbar!! Allahu Akhbar!!!" Laung Cekmi. Dia yang tersepit di celah-celah kawan-kawannya mula rasa panas dan marah.

"Ni setan ni jangan dok takut sangat!! Allahu Akhbar!! Allahu Akhbar!!!" Laung Cekmi sekuat hati. Hazwani turut melaung kalimah suci itu walaupun matanya di tutup rapat. Saifiyah turut ikut sama. Kechik yang berdiri di luar kelas turut ikut melaung sama.

Zarina tersentak. Kepala berpusing ke kiri ke kanan. Mata putih kian bertukar merah warnanya.

"Grrrrrr....... Diammmmm!!!!" Jerkahnya.

"Kau yang patut berambus!" Balas Saifiyah. Tangan Cekmi di genggam kuat. Dapat dirasanya tangan Cekmi yang menggeletar ketika itu.

"Huarggghhhhhh.......kau....!!!!!!" Dia cuba menerkam Saifiyah tetapi cubaannya gagal apabila Saifiyah dan Cekmi serentak mengalunkan azan.

"Groarrrr!!!!!!! Diam!! Diam!! " Zarina berguling-guling di lantai. Hazwani menjadi sangat takut cuba untuk melarikan diri. Tapi malangnya kakinya di tangkap oleh Zarina lalu ditarik dan dihayun ke kerusi. Tubuh Hazwani terkulai di celah-celah kerusi dan meja.

"Ya Allah,Wani!" Terjerit Saifiyah.

"Allahu Akhbar!!" Ustaz Mazwan membaca sesuatu pada genggaman tangannya lalu di baling ke arah Zarina. Butir-butir garam terpercik ke serata tempat.

"Groarrrr!!" Jerit Zarina sebelum tubuhnya terlentang di lantai.

PewarisWhere stories live. Discover now