Lawan Sebenar ( Part 3)

2.7K 201 9
                                    

Cincin di jarinya di rasakan semakin mengetat. Tok Mahmod faham akan itu. Dia harus segera pulang. Bantuannya di perlukan.

"Ariff...Aku minta diri dahulu. Terima kasih kerana tolong jagakan cucu aku selama aku tiada." Huluran salamnya di sambut oleh Tok Arif.

Lelaki tua berjanggut putih itu ketawa kecil. Kepalanya di gelengkan.

"Allah.. sudah menjadi tanggungjawab aku,Mahmod. Kau usah risau." Kata Tok Arif.

"Dan kau,Daeng. Aku ucapkan tahniah kerana beroleh orang baru dalam keluarga kau. Dan aku minta maaf juga kerana tak sempat untuk hadir." Tok Mahmod memeluk bahu Daeng Rijal. Lelaki itu sudah di anggap seperti adiknya sendiri.

Daeng Rijal tersenyum gembira.

"Terima kasih,Tok. Saya doakan semuanya berjalan dengan lancar. Serban milik Tardmizi saya sudah serahkan pada Bayu. Harap dia boleh gunakan sebaik mungkin. Semuanya atas kuasa dan izin Allah. Kita cuma berserah sahaja." Kata Daeng Rijal. Tok Mahmod dan Tok Arif mengangguk serentak.

♾♾♾♾♾♾♾

"Assalamualaikum!" Tok Mahmod muncul di hadapan pintu rumah Mustafa. Andika menyambut dengan rasa lega teramat sangat.

"Waalaikumsalam,Tok. Syukurlah Tok sudah datang. Saya sudah hilang akal dengan keadaan ini." Tubuh Tok Mahmod di peluk erat. Bagai melepaskan segala rasa bimbangnya sebentar tadi.

Saat Tok Mahmod melangkah ke dalam bilik Saifiyah semua mata memandang hairan kecuali Hazwani,Maziah dan Mustafa. Keluarga Saifiyah langsung tidak mengenali siapa lelaki tua yang bersama Andika.

Masruddin bangun menghulurkan salam. Tangan bersambut.

Sejuknya.?

Masruddi  terkejut. Tapak tangan lelaki tua itu sejuk seperti ais. Matanya ralit memerhati wajah putih Tok Mahmod. Terasa hilang rasa sedih dan risaunya melihat wajah itu.

"Saka,Tok. Dari malam tadi tidak henti-henti bergetar. Paling kuat kira-kira sejam lepas. Saya cuba untuk hubungi Tok tapi Malina yang muncul." Kata Andika. Keris Saka di hulurkan pada Tok Mahmod.

"Toriq." Panggil Tok Mahmod. Keris Saka bertukar tangan. Toriq menyambut teragak-agak. Bedebar-debar hatinya.

"Bolehkah sekiranya hanya kita bertiga di dalam bilik ini?" Soal Tok Mahmod pada Mustafa. Mustafa angguk faham. Segera dia mengajak yang lain untuk menunggu di luar.

Berkerut-kerut kening Fatihah. Dia tidak bersetuju. Bimbang anaknya akan di apa-apakan. Mimpi ngerinya berulang lagi malam tadi. Tapi kali ini jasadnya penuh berlumuran darah. Dan dia masih lagi lemah longlai tidak mampu menolong anaknya. Hanya mampu menjerit dalam bisu. Sungguh tersiksa wajah Saifiyah di matanya. Tersiksa lagi dirinya sebagai seorang ibu melihatnya.

"Bang..tak pa ka kita biar depa dalam tu. Semua laki pulak tu bang."kata Fatihah.

"Ish,kamu ni...cuba fikirkan yang elok-elok boleh dak? Tu orang yang nak tolong anak kamu. Patutnya kamu bersyukur. Bukan dok fikir pelik-pelik. Lagipun tu kawan Pak Ngah. Nak takut apa? Huh!"

Balas Mustafa. Panas hatinya entah kenapa. Fatihah terdiam setelah di tempelak abang iparnya. Masruddin juga malas untuk berbunyi. Berzikir lebih baik dari melayan prasangka isterinya.

*****
"Toriq...ini tanggungjawab kamu,nak. Kamu pemilik Saka harus menyerahkannya pada Saifiyah. Serahkan tanpa ragu-ragu,nak." Kata Tok Mahmod sambil menggenggam tapak tangan Toriq. Sejuk tapak tangan pemuda itu. Berdebar-debar.

"Tapi Tok,saya tak tahu caranya." Kata Toriq.

Tok Mahmod tersenyum.

"Pegang." Kata Tok Mahmod. Keris Saka di genggam erat. Toriq memerhati kelakuan Tok Mahmod. Cincin berbatu hijau di jari manis Saifiyah di cabut lalu di hulurkan kepadanya.

Toriq terpinga-pinga.

"Ini kamu sarungkan pada hulu Saka. Kemudian niatkan dalam hati kamu ingin menyerahkan  pada Saifiyah. Atau kamu bayangkan kamu sedang bercakap dengannya." Kata Tok Mahmod.

Toriq memandang Keris Saka di tangannya.

"Bercakap dalam hati?" Soal Toriq.

"Ya.. kamu sebut begini. Saka..aku lepaskan kau kepada yang lebih berhak. Jadilah sesuatu yang berguna untuk tuan barumu. Atau guna saja bahasa kamu." Ajar Tok Mahmod.

"Uhuk! Uhuk!!Urhhh..." Saifiyah tiba-tiba terbatuk lalu menyembur darah. Kelam kabut Andika menyambar kain lalu di tekap pada darah yang mengalir. Telinga Saifiyah turut mengalirkan darah.

"Cepat,nak.!" Kata Tok Mahmod. Toriq tersentak. Tok Mahmod meletakkan tapak tangannya di kepala Saifiyah.

Sejuk?? Allahu Akhbar. Ya Allah...Bantulah cucuku ini,Ya Allah.

Toriq melangkah menuju ke tapi katil lalu melutut. Matanya di pejamkan. Mindanya di kosongkan dan hatinya di tenangkan seboleh mungkin. Fokusnya cuma pada Keris Saka di tangannya. Hujung Keris Saka yang sudah tersarung cincin di genggam erat.

Saka...aku lepaskan kau pada yang lebih layak. Jadilah sesuatu yang boleh melindungi tuan baru kau. Ikutlah rentaknya yang menuju kebaikan. Kembalilah kau jika menuju kejahatan.

Toriq melepaskan genggamannya. Bertambah satu lagi lekuk pada keris pusaka itu. Toriq tersenyum puas hati. Keris itu di letakkan pada tapak tangan Saifiyah.

"Ini tuan baru kau sekarang." Katanya sambil memandang wajah Saifiyah.

♾♾♾♾♾♾♾♾

"Argh!!" Saifiyah meraung kuat. Jugam ketawa berdekah-dekah.

"Lepaskan dia!" Jerit Puteri Bayu. Menitis air matanya melihat kepala Saifiyah di pijak oleh Jugam.

"Bismillahillazi la yadhurru ma'asmihi! Syai un fil ardhi!wala fissama ii! Wahuasamii un alim!"

Laungnya sekuat hati. Batu yang sudah tersedia dalam genggaman di baling laju ke arah Jugam.

"Aaaarrggggggghhhhhh" Jugam berguling-guling. Tubuhnya bagaikan terkena renjatan eletrik. Tangan kanannya mula melembik lalu memanjang. Empat biji batu yang di baling oleh Puteri Bayu terbenam dalam tubuhnya. Kebanyakannya pada tubuh bahagian kanan. Bagaikan terkena bara api rasanya. Jugam masih lagi menggeletar. Matanya terbeliak besar seolah-olah ingin tersembul dari soketnya. Bahagian kanan tubuhnya seperti lumpuh akibat batu itu.

Akhirnya Jugam berhenti bergerak. Kesan dari terkena batu mula mengeluarkan darah. Membuak-buak dan busuk baunya.

Saifiyah bangun perlahan-lahan lalu mengesot ke arah Puteri Bayu. Puteri Bayu menghulurkan tangannya. Saat tapak tangannya menggenggam tangan Saifiyah dia terkejut.

"Cincinmu,Saifiyah!" Puteri Bayu terjerit.  Saifiyah turut membelek jarinya. Hilang. Cincinnya sudah hilang. Saifiyab menjadi cemas. Kata-kata Tok Mahmod bermain-main di minda.

Mata keduanya melingas ke serata kawasan. Tiada kelihatan di mana-mana pun.

"Bagaimana sekarang? Kita sudah kehilangannya,Saifiyah. Itu satu-satunya cara untuk keluar dari sini. Bagaimana sekarang?" Puteri Bayu menjadi cemas.

"Mungkin cincin tu tercampak ke sana. Cuba Bayu cari kat badan mak Peah." Saifiyah mengangguk ke arah jasad ibunya yang terbaring tidak jauh darinya. Puteri Bayu segera bangun. Terhencot-hencot dia melangkah.

Perlahan-lahan Puteri Bayu memeriksa jasad kaku itu.

"Tiada."katanya hampa.

"Aaaaaaaaaa.!" Tiba-tiba jasad yang kaku menjerit nyaring lalu menerkam Puteri Bayu di sebelahnya. Puteri Bayu terkejut besar dan tidak sempat berbuat apa-apa.

"Mati! Mati! Mati! Hahahahahahahhaha" jeritnya berserta tawa yang nyaring.

"Mak... mak lepaskan Bayu,mak!" Saifiyah segera mengesot ke arah mereka berdua. Dia berusaha menarik tangan ibunya dari terus mencekik Puteri Bayu.

"Mati! Mati! Mati! Mati! Mati!" Jeritnya tanpa henti.

"Mak...lepaskan Bayu,mak! Mak dah silap orang ni!" Jerit Saifiyah melawan suara ibunya.

"Aku bukan mak kau!! Hahahahahaha!! Aku Gurak! Hahahahahahaha"

"Hah?!" Saifiyah ternganga.

PewarisWhere stories live. Discover now