Sahabat lama.

3K 196 5
                                    

Bustaman terbangun dari tidurnya. Ada sesuatu yang tidak kena. Hatinya berdebar-debar. Bustaman bangun untuk mengambil wudhu. Langkahnya terhenti di hadapan pintu bilik anak sulungnya. Dia merapatkan telinga ke pintu bilik.

"Kita telah di serang oleh Ragas. Dia mencari Keris Saka. Kita mahu minta tolong dengan ayahmu."

"Tapi ayahku sedang tidur. Bagaimana aku mahu memberitahunya?"

"Tolonglah kita merayu pada saudara Bustaman. Kita telah di amanahkan oleh Tok Mahmod untuk ke sini. " suara itu mula teresak-esak menangis.

"Assalamualaikum!" Bustaman menolak pintu bilik Andika. Terkejut Andika bersama sahabatnya. Bustaman memandang wajah yang sedang melutut di tepi katil Andika.

"Ada apa, Dang Asyiqin?" Soal Bustaman. Dia kenal anak itu. Anak kepada Dang Misiah dan Daeng Rijal. Dang Asyiqin mengelap air matanya. Kain di tangan dihulurkan kepada Bustaman. Bustaman menyambut. Ternyata itu adalah serban milik Tardmizi. Hatinya berdebar-debar.

"Tok Mahmod minta pertolongan. Kampung Setanggi di serang Ragas. Kali ini Ragas membawa Anggra." Kata Dang Asyiqin.

Bustaman terkejut. Setahunya Anggra sudah mati. Dia sendiri yang menanam bangkai Anggra.

"Tapi bagaimana Anggra boleh kembali?" Soal Bustaman.

"Anggra di rasuk syaitan. Tubuhnya tiga kali ganda besar dari sebelum ini. Warnanya jua bertukar hitam berbelang kelabu. Anggra cuba untuk membunuh Puteri Malina. Tapi Kanda Tardmizi berjaya membunuhnya. Kanda Tardmizi..." kata-kata Dang Asyiqin terhenti di situ.

"Kenapa dengan dia,Dang?" Andika menyoal. Tardmizi ialah sahabat karibnya dari kecil lagi. Air liur seperti tersekat di rengkung.

"Kanda Tardmizi terkorban terkena racun sabit hitam." Dang Asyiqin tunduk. Tak sanggup untuk melihat wajah yang sedih akibat berita yang di bawanya.

Andika dan Bustaman terkejut besar. Bustaman terduduk di birai katil anaknya.

Kasihan puteriku,Ya Allah.

Air mata bergenang di kelopak mata menitis ke pipi.

"Benarkah,Dang?" Soal Bustaman. Ingin sahaja dia menyuruh Dang Asyiqin mengatakan bahawa dia sedang berbohong tapi lidahnya kelu.

"Mari! Persiapkan dirimu,Dika." Kata Bustaman tiba-tiba.

Bustaman menyeka sisa air mata di wajahnya. Dia dan ayahnya lantas berwudhu. Solat hajat di kerjakan penuh khusyuk. Dang Asyiqin sudah pun kembali ke kampung Setanggi.

Mawarni turut bangun. Mengambil wudhu dan turut solat hajat. Hanya satu doanya. Selamatkan kampung Setanggi dan anaknya.

"Mawarni. Abang dan Dika..."

"Pergilah,bang. Saya faham. Selamatkan Malina bang." Mawarni memotong ayat Bustaman.

Bustaman mengangguk. Dia dan Andika menuju ke bilik hujung dapur. Andika dan Bustaman berbaring di tengah-tengah bilik. Setelah membaca doa pelindung diri mereka berdua memejamkan mata. Matlamat di tetapkan. Kampung Setanggi di bayangkan. Perlahan-lahan kedua-duanya hanyut ke dalam alam mimpi. Roh yang keluar dari jasad terbang ke destinasi yang ingin di tuju dengan izin Allah.

♾♾♾♾♾♾♾

Tok Mahmod mengunci Ragas di dalam sebuah bilik. Manusia itu sudah lemah tak berdaya lagi. Ilmunya sudah di patahkan oleh Tok Mahmod. Yang tinggal hanya jasad yang menunggu masa untuk mati. Jenazah Tardmizi diletakkan di tengah-tengah rumah. Puteri Malina sudah longlai. Dugaan ini terlalu berat untukknya. Bengkak matanya akibat terlalu banyak menangis. Puteri Bayu di peluk erat. Satu-satunya harta yang di tinggalkan oleh suaminya.

PewarisWhere stories live. Discover now