Pertolongan.( Part 3)

2.7K 209 14
                                    

Mazwan tersenyum sambil menggoyangkan keris di tangannya. Seketika tadi di tersesat dalam gelap. Namun ada satu cahaya kecil seperti kunang-kunang yang memandunya ke arah mereka. Dan cahaya itu rupanya sebilah keris perak. Semakin membesar saat dia melangkah keluar dari tempat gelap itu. Beribu kesyukuran di panjatkan kepada yang Maha Esa kerana dia dapat mencapai tujuannya. Dan kerana insan yang di rinduinya masih bernyawa di hadapnnya.

"Siapa kau?!" Mangut mengundur sedikit. Mengambil langkah berjaga-jaga. Dia dapat rasakan sesuatu yang tak enak dengan kehadiran pemuda itu.

"Aku datang untuk membawa kedua gadis itu pulang." Jawab Mazwan. Jarinya di tunjukkan pada Saifiyah dan Puteri Bayu.

"Siapa kau?? Aku tak pedulikan niat kau. Serahkan padaku keris itu.!" Jerkah Mangut.

Mazwan sedikit pun tidak terkejut dengan suara garau itu. Dia sudah pun mempersiapkan dirinya untuk menghadapi apa saja yang bakal terjadi. Pesanan dari Ustaz Zul di pegang erat.

"Ingat!! Jangan bertindak melulu di tempat orang. Kaji dahulu. Siapkan diri kita.Cari kelemahan dia baru serang. Dan jangan sesekali termakan dengan kata-kata dia.! Sentiasa ingat Allah,Wan. Ana dan semua akan bantu anta dari sini. Semoga Allah bersama anta."

Mazwan tersenyum menenangkan diri. Kalau di ikutkan hatinya mahu saja dia membaling keris itu tepat ke dada Mangut. Tapi mindanya lebih banyak menyuruh dia berfikir siapa lawannya itu. Dia mana dia berada ketika itu. Tak mustahil dia akan di tewaskan tanpa sempat berbuat apa-apa. Ataupun sebaliknya. Kerna ini adalah tempat Mangut. Semuanya tak mustahil.!

♾♾♾♾♾♾♾♾

"Ustaz." Masruddin mengangkat tangannya memanggil Ustaz Zul agar masuk ke dalam bilik Saifiyah.

"Ya, Abang Din.?"

"Duduk dulu. Saya ada benda nak di beritahu." Kata Masruddin.

Ustaz Zul mengangguk dan bersila di lantai.

"Begini...saya dapat panggilan dari Imam Rasyid. Dia dan Ustaz Hashim dapat kesan kat mana rumah Jugam. Jadi dia minta kita pergi sana untuk cari tempat simpanan Mangut ni. Kita kena musnahkan tempat tu. Barulah anak saya boleh keluar. Jugam kurung dia dalam satu bekas labu sayong. Kat mana bekas tu Ustaz Hashim tak tahu. Yang pastinya dalam rumah tu." Terang Masruddin.

"Maksud abang Din?" Soal Ustaz Zul untuk kepastian.

"Maksud saya...kita kena musnahkan tempat Mangut tinggal kalau kita nak tolong depa kat sana. Tu ja caranya kata Ustaz Hashim. Bawa air Yasin siram kat sekeliling rumah Jugam tu. Bagi segala ilmu hitam dia terpadam. Bagi mati ilmu dia. Ustaz Hashim suruh pecahkan apa saja botol yang ada dalam rumah tu. Tangkap khadam-khadam Jugam ni sumbat dalam botol baru kemudian buang di laut." Terang Masruddin lagi. Kali ini lebih terperinci.

Ustaz Zul terangguk-angguk faham.

"Kita semua pergi ke hanya sebahagian?" Soal Ustaz Zul lagi.

"Ermm...beginilah. Lelaki sahaja yang pergi. Yang perempuan teruskan membaca Surah Yasin di sini." Celah Andika. Dia juga sudah tidak sabar untuk mengakhiri semuanya. Dia sudah terlalu penat dengan semua ini.

♾♾♾♾♾♾♾

"Daeng,kamu arahkan semua lelaki untuk membaca Surah Yasin sebanyak tujuh kali. Kemudian lakukan solat hajat juga. Kita harus membantu Saifiyah dan Bayu. Mereka betul-betul lemah sekarang. Aku dan Arif akan menolong mereka di sana." Wajah Daeng Rijal di pandang serius. Daeng Rijal mengangguk lalu segera menuju ke surau. Beduk di pukul kuat sebanyak tujuh kali. Tujuh kali bermaksud hanya memanggil kaum lelaki sahaja.

Daeng Rijal kemudian berdiri di hadapan beduk menunggu kaum lelaki datang. Dia melemparkan senyuman pada Tok Mahmod dan Tok Arif. Tok Mahmod menganggukkan kepala dan segera melangkah bersama Tok Arif.

♾♾♾♾♾♾♾♾♾

"Assalamualaikum!"

"Waalaikumsalam." Jawab Andika dengan senyuman. Mereka sudah pun berada di luar rumah menunggu Masruddin dan Mustafa mengeluarkan kereta untuk berangkat.

Helmi dan Faiq berpandangan sesama sendiri. Dari mana munculnya kedua lelaki itu?. Faiq memandang sekeliling kawasan. Tiada pun kenderaan mahupun bunyi ketika mereka berdua muncul.Bau wangi mengiringi langkah dua lelaki berjubah putih di hadapan mereka. Faiq menelan air liurnya. Bulu roma berdiri tiba-tiba. Deria ke enamnya di kunci rapat. Tapi rasa ingi tahunya lebih kuat. Perlahan-lahan Faiq memejamkan matanya dan membuka kembali. Lelaki berjubah putih berserban hijau tersenyum ke arahnya. Faiq membeku.

Helmi lebih tertarik pada tasbih di tangan lelaki berjanggut panjang itu. Tasbih itu seakan-akan kepunyaannya yang hilang sewaktu beriadah di Lata Bukit Hijau.

Lelaki berjanggut panjang menghulurkan tangan ke arah Helmi.

"Allahumma solli a'la Muhammad.!" Ucapnya bersama pelukan erat. Helmi sedikit terkejut namun dia balas juga pelukan itu.

"Ini sahabat Pak Cik. Ini Tok Mahmod. Dan ini Tok Arif." Andika memperkenalkan mereka berdua.

Ustaz Zul juga turut hairan. Jalan menuju ke rumah Saifiyah ada jalan yang lurus. Siapa-siapa saja yang melaluinya akan kelihatan. Tapi tidak bagi kedua lelaki ini. Bau wangi menerpa ke hidungnya saat lelaki berjanggut putih berada di hadapannya menghulurkan salam.

"Allahumma solli a'la Muhammad.!" Tubuh Ustaz Zul di raih ke dalam pelukannya. Ustaz Zul hanya tergaman. Terasa sejuk dan wangi. Sungguh menenangkan baunya.

"Kita semua makhluk Allah,nak." Kata Tok Arif sebaik pelukan di lepaskan.
Barulah Ustaz Zul faham siapa sebenarnya kedua lelaki ini. Ustaz Zul termalu sendiri.

PewarisWhere stories live. Discover now