Bab 1

95.7K 2.6K 126
                                    

Loceng berbunyi menandakan waktu rehat. Eliya segera menutup buku tulisnya. Alat tulis disimpan di dalam pencil case. Dia berdiri membetulkan baju. Kantin adalah destinasi pertama Eliya untuk mengalas perut.

"Kak, sandwich satu ye", Eliya menghulurkan dua ringgit kepada kakak yg menjual di kantin itu. Selesai membeli, Eliya segera ke koperasi untuk bertemu BFFnya.

Tania sibuk melayan pelajar yang hendak membeli. Eliya menghampiri Tania. "Awal kau rehat. Tahulah cikgu tak masuk kelas tadi".

"Mana ada. Aku kan kena jaga koop ni. Alang-alang cikgu tak masuk baik aku duduk sini", Tania mengangkat peace dan tersenyum ke arah Eliya.

Eliya mencebik bibirnya. Tiba-tiba orang yang dinantikannya ada di depan mata. Kaku Eliya di situ melihat ciptaan Allah yg indah. 'MasyaAllah kacaknya dia'.

Eliya hanya memerhati tingkah-laku lelaki yg berjaya menambat hatinya itu. Tinggi, berkulit sederhana cerah, rambut yg agak panjang dan mempunyai senyuman yg mampu mencairkan hati mana-mana perempuan. Gelak tawa lelaki itu kedengaran sungguh merdu di telinga Eliya.

"Hoi kau tengok apa tu mak cik?!" sergahan Tania mengejutkan Eliya. "Janganlah kacau. Aku nak tengok bakal jodoh aku ni. Tengok, dia dah pergi tu alaa kacau mood aku betullah kau ni".

Tania sudah masak dengan perangai kawannya itu. Pantang tengok crushnya terus angau entah ke mana. Gedik betullah!

Kringgg! Waktu rehat sudah tamat. Eliya berjalan bersama Tania untuk masuk ke kelas mereka yg berada di tingkat dua. Nama Ziyyad Mazrul masih bermain di fikiran Eliya. Tak pernah sekali pun dia melupakan nama itu. Nama yg membuatnya tidak keruan dan sering tidak lena tidur.

Pernah sekali Eliya bad mood kerana cemburu dengan kemesraan Ziyyad dan teman sekelasnya. Eliya tidak pernah menegur Ziyyad kerana dia malu. Malu tapi mahu sebenarnya hewhew.

Kelas Ziyyad berada di tingkat tiga dan agak jauh dari kelas Eliya. Eliya sering mencari alasan untuk ke tandas supaya dapat lalu di tepi kelas Ziyyad. Namun begitu, Eliya akur bahawa Ziyyad tidak akan pernah sedar akan kewujudannya. Biarlah Allah yg menentukan jodoh mereka.

***

Ziyyad menghidupkan enjin motosikal kesyangannya. Dia ingin segera pulang ke rumah kerana pukul 3 petang nanti ada kelas tambahan. Dia tidak mahu terlepas solat Zohor.

Lampu isyarat menunjukkan lampu merah. Ziyyad berhenti di sebelah kereta MyVi. Dia perasan bahawa ada seorang gadis melihat dirinya melalui tingkap kereta. Gadis tersebut terus tunduk ketika Ziyyad berpaling ke arahnya. 'Dah kenapa pulak budak ni? Eh ni budak tingkatan 4 sekolah aku. Nama dia, err buat apa aku fikir pasal dia'.

Ziyyad terus memecut setelah lampu bertukar warna hijau. Eliya menarik nafas lega. Dia hampir tertangkap mencuri lihat ke arah crushnya tadi. Dia tersengeh sendirian. Encik Amran pelik dengan sikap anaknya namun dia malas mahu bertanya. Produa MyVi milik Encik Amran laju memasuki garaj. Eliya memikul begnya dan masuk ke dalam rumah.

"Ma, kakak lapar ni. Mama dah masak ke?" Eliya menggosok perutnya yg berbunyi. Lapar sangat agaknya.

Puan Hasmah membuka tudung saji. Dia mencedokkan nasi ke dalam pinggan buat anak sulungnya. Eliya tidak dapat menahan lagi melihat lauk-pauk yg dimasak oleh mamanya. 'Sedapnya!'

***

"Nama apa ye budak tadi tu? Macam kenal je", ligat otak Ziyyad berfikir. Dia terus memikirkan gadis tadi. "Ya Allah, aku tak solat lagi! Dah pukul berapa ni?", jam di dinding dipandang sekilas. Tinggal setengah jam lagi sebelum kelas tambahan bermula. Ziyyad terkocoh-kocoh masuk ke dalam bilik air untuk mengambil wudhuk.

Ziyyad agak lewat sampai ke kelas. Nasib baik cikgunya tidak marah. Dia terus duduk di tempatnya dan membuka buku teks Biologi tingkatan 5. Cikgu Ilie mengedarkan beberapa helai hand out kepada pelajarnya.

"Pastikan awak semua siapkan hand out yg cikgu bagi ni sebab cikgu nak tepat jam 8 pagi semua hand out dah ada atas meja cikgu. Faham?", semua pelajar mengangguk tanda faham kecuali Ziyyad.

Cikgu Ilie menepuk meja Ziyyad dengan kuat menyebabkan Ziyyad tersedar daripada lamunannya. Ziyyad hanya mampu tersengeh sambil menggaru batang hidungnga yg tidak gatal. "Awak dengar tak apa yg cikgu cakap tadi?". "Ye, saya dengar cikgu". Cikgu Ilie menyoal kembali. "Apa yg cikgu cakap? Ulang balik".

"Cikgu suruh siapkan hand out ni hari ni jugak dan letak atas meja cikgu. Kan? Saya dengar la cikgu", Ziyyad bangga dengan dirinya yg mampu menjawab soalan cikgu itu tadi walaupun dia mengelamun jauh.

"Baiklah, kalau macam tu awak sorang je yg hantar hari ni sebab saya pesan kepada rakan-rakan awak supaya siapkan esok. Pastikan sebelum saya keluar awak sudah siap kerja awak". Seluruh kelas mentertawakan Ziyyad. Dush, malunya! Siapa suruh dia berangan. Padan muka. Jap, kenapa dia asyik memikirkan gadis traffic light itu?

Crush Series : Crush Aku Suami AkuWhere stories live. Discover now