Bab 28

38.5K 1.6K 97
                                    

Ziyyad dan Eliya bertolak ke Pahang selepas bersarapan. Di dalam kereta Eliya tidak henti berselfie dengan suaminya. Ziyyad juga memasukkan gambarnya bersama Eliya ke dalam akaun Instagram.

Tidak sampai 10 minit, gambar itu telah disukai oleh 200 orang. Maklumlah, Ziyyad memang hot. Eliya tersenyum membaca caption yg disertakan dengan gambar selfie mereka berdua. 'Tadaa! Wife Zed yg comot tapi comel'.

"Abang, kenapa Zed? Dah lama sebenarnya sayang nak tanya", Eliya menyoal.

"Nama manja. Pak su yg bagi. Sampai sekarang lekat".

Eliya mengangguk perlahan. "Tapi, umi tak panggil abang Zed pun?".

"Umi memang suka panggil aku nama penuh. Dia yg bagi nama Ziyyad Mazrul kat aku", ujar Ziyyad.

Lagu raya yg berkumandang di radio dikuatkan. Eliya menyanyi bersama Ziyyad. Ziyyad baru perasan Eliya mempunyai suara yg merdu. Kenapa selama ni dia dengar sumbang je?

Lebih kurang pukul 4 petang, mereka sampai ke kampung halaman Ziyyad. Cikgu Shida sudah menunggu di pintu rumah. Dia terus menyambut pelukan menantunya. Dicium dahi Eliya lama.

"Umi dah peluk menantu tu tak ingat dah kat Ziyyad ye?". Ziyyad membuat muka merajuk. Sengaja dimuncungkan mulutnya.

Cikgu Shida menghulurkan tangannya. Ziyyad bersalam dengan uminya lalu dicium pipi Cikgu Shida bertalu-talu. Cikgu Shida menolak bahu anaknya.

"Ish, dah lah Ziyyad. Dengki si Liya tu. Dia nak jugak kena kiss kat pipi".

"Sayang nak ke? Meh sini". Ziyyad cuba menghampiri Eliya namun Eliya cepat-cepat menyorok di belakang Cikgu Shida. Bahaya betul mamat ni!

Nenek dan datuk Ziyyad keluar dari rumah. Saiful a.k.a pak su Ziyyad juga ada di situ. Eliya mencium tangan nenek dan datuk Ziyyad dengan penuh hormat. Ziyyad sibuk berbual dengan pak su kesayangannya.

"Jemputlah masuk. Liya duduk je. Biar Ziyyad yg angkat beg", pelawa Cikgu Shida.

"Eh mana boleh. Kesian abang Ziyyad kena angkat sorang-sorang. Biar Liya tolong dia". Eliya terus ke bonet kereta untuk mengambil beg.

Malam itu mereka makan bersama. Saiful sibuk menyakat anak saudaranya. "Bila nak dapat baby ni? Lama dah rumah mak tak dengar baby nangis. Kan mak kan?".

Nenek mengangguk laju. Amboi, nenek ni! "Betul tu. Nenek nak sangat main dengan baby".

"Dah dah lah usik si Liya ni. Merah dah muka dia. Kang tak habis nasi dalam pinggan tu", tegur datuk. Eliya tersenyum malu-malu.

Usai makan malam, Ziyyad ke luar rumah bermain mercun bersama Saiful. Eliya pula mengurut kaki nenek. Kata Cikgu Shida, nenek memang suka bermanja.

Bantal diambil untuk dijadikan alas kepada kepala nenek yg sudah tidur. Eliya bangun perlahan-lahan supaya tidak mengganggu lena nenek. Dia ke luar rumah untuk menjenguk Ziyyad.

Kebetulan Ziyyad ternampak isterinya yg berdiri di depan pintu. Dia memanggil Eliya untuk mendekatinya. Eliya hanya menurut.

"Nak main mercun tak?", soal Ziyyad. Eliya menggeleng. Dia tidak suka bermain mercun. Pernah sekali dia hampir putus jari kerana lambat melemparkan mercun.

Ziyyad menghulurkan bunga api kepada Eliya. "Jom, main sama-sama macam semalam".

***

Pagi itu Eliya dan Ziyyad ke rumah mak long Ziyyad. Seorang gadis yg lebih kurang sebaya dengan Eliya meluru keluar sambil menjerit nama Ziyyad dengan ceria.

"Abang Zed! Rindunya. Lama tak jumpa. Nad baru balik semalam. Nasib baik dapat jumpa abang", tangan Ziyyad dipaut oleh Nadia.

Eliya terkedu melihat perlakuan Nadia. Nadia tidak tahu ke Ziyyad sudah beristeri? Ziyyad pula hanya membiarkan Nadia begitu. Sakit hati Eliya.

Nadia yg perasan dengan kehadiran Eliya terus bertanya, "Siapa ni bang? Kawan abang ke?".

"Tak. Isteri abang. Tu lah, Nad dah lama sangat kat oversea tu. Mana sempat nak tanya khabar abang".

"Oh, isteri abang. Tak sangka abang dah kahwin. Nama saya Nadia. Err umur berapa ni?", soal Nadia lagi.

Eliya menyambut huluran tangan Nadia. Dia menjawab, "Saya Eliya. 24 tahun".

"Sama tua lah kita. Abang Zed ni memang rapat dengan saya. Maaf lah kalau Eliya tak suka saya pegang-pegang abang. Dah biasa". Nadia tersenyum sinis.

Eliya mula panas hati dengan sikap Nadia. Mak long menjemput masuk tetamunya itu. Eliya melabuhkan punggung di atas sofa. Dia tidak sanggup melihat adegan mesra Ziyyad bersama sepupunya itu.

Sekejap ketawa, sekejap cubit-mencubit dan sekejap tampar-menampar. Kang Eliya tampar si Nadia ni tak pasal-pasal menangis.

"Bertuah punya Nadia! Zed tu dah jadi laki orang. Yg kau berkepit dengan dia tu kenapa hah?!", jerkah mak long. Dia menolak bahu Nadia. Dia duduk di antara Nadia dan Ziyyad di atas sofa.

Eliya tersenyum kerana mak long menyebelahi dia. 'Padan muka kau! Nanti si Nadia ni kahwin aku peluk suami dia masa bersanding tu baru tahu'.

Nadia mula menarik muka masam. Tiba-tiba seorang budak lelaki lebih kurang berumur 4 tahun berlari ke arah Eliya. Dia memegang tangan Eliya.

"Cantiknya kakak. Mama, ada kakak cantik", sebut budak lelaki itu dengan petah. Eliya yg geram melihat kecomelan budak itu terus mencubit-cubit pipinya. Dia ketawa girang.

"Mana kakak cantik? Ya Allah, Zed rupanya. Ingatkan siapa lah datang tadi. Ni Eliya kan?", tegur kak Najwa dengan peramah.

Eliya memang sudah kenal dengan kak Najwa. Dia datang ke majlis perkahwinannya di Selangor. Eliya bersalam dengan kak Najwa.

"Hanif, salam dengan kakak cantik", arah kak Najwa. Hanif hanya menurut. Setahu Eliya, kak Najwa tidak membawa Hanif bersama semasa dia pergi ke Selangor. Jadi dia memang tidak mengenali anak kak Najwa ini.

Ralit Hanif bermain dengan Eliya. Eliya juga senang dengan Hanif ini. Dia tidak banyak ragam. Ziyyad memerhati Eliya dengan senyuman meleret.

Dia menghampiri Eliya lalu mendukung Hanif. Hanif ketawa mengekek apabila Ziyyad melambungnya.

Ziyyad berbisik ke telinga Eliya, "Best kan main dengan budak? Kau tak teringin ke?".

Eliya mencebik. Tadi bukan main dia tidak menghiraukan Eliya. Sibuk dengan Nadia yg gedik tu. Eliya diam tidak menjawab. Perasaan cemburunya memang kuat.

Usai makan tengah hari di rumah mak long, mereka mula bertolak ke Kuala Lumpur. Eliya sempat bertemu dengan pak long dan suami kak Najwa sebelum balik.

Mereka semua peramah sekali. Eliya sendiri berasa mereka seperti keluarga Eliya. Tetapi cuma Nadia yg bersikap tidak acuh melayan Eliya.

Di dalam kereta Eliya hanya berdiam diri. Dia tiada mood untuk bercakap.
Ziyyad cuba memegang tangan Eliya namun Eliya lebih pantas mengalihkan tangannya.

"Kenapa ni?". Ziyyad bertanya soalan yg agak menjengkelkan bagi Eliya.

"Kenapa? Abang tanya diri abang sendirilah".

"Kau cemburu ke aku dengan Nad tadi? Kitorang sepupu je lah", jawab Ziyyad bersahaja seperti tidak bersalah.

'Sepupu? Kau ingat sepupu tu kira bolehlah pegang-pegang macam tu? Okey fine, nanti aku peluk cium sepupu lelaki aku depan kau', omel Eliya di dalam hati.

"Sayang. Jangan merajuk please. Aku tak pandai pujuk orang. Kau kan tahu aku setia dengan kau. Kau je isteri aku".

Sayang? Jangan cair Eliya oii. "Buat apa kalau sayang ni isteri abang tapi abang layan orang lain".

"Sepupu je tu. Jangan risau, you're the only one for me. Allah dah tetapkan jodoh kita berdua".

Crush Series : Crush Aku Suami AkuWhere stories live. Discover now