Bab 19

35.9K 1.5K 111
                                    

Throwback...

Pintu kelas 5 Beta diketuk perlahan oleh Tania. Cikgu Faiz yg sedang mengajar terus berpaling ke pintu. "Assalamualaikum, cikgu". Tania memberi salam.

"Waalaikumussalam. Ada apa ye?".

"Err cikgu Muna panggil Ziyyad Mazrul. Cikgu suruh Ziyyad ke bilik guru", ujar Tania.

Ziyyad bangun dan menutup bukunya. Dia bergerak mengikut langkah Tania. "Kawan kau ke ni?", soal Ziyyad apabila melihat seorang gadis di tepi Tania. Gadis itu tertunduk malu.

"Ha'ah. Cantik kan?", misi mengenalkan diri Eliya kepada Ziyyad. Muehehe.

"Huh! Cantik? Eee tolonglah. She's not my taste". Dengan sombong lagi berlagak Ziyyad menutur kata yg membelah jiwa Eliya.

Tania yg geram terus menjawab. "Tolong jaga perasaan orang boleh tak? Kau ni kurang ajar betul. Aku harap kau kahwin dengan si Eliya ni lepas tu kau jatuh cinta kat dia. Not your taste konon".

Ziyyad mencebik. Dia sempat menjeling nametag Eliya di tudung sebelum masuk ke bilik guru. 'Nur Eliya, hm not bad'.

***

Troli ditolak masuk ke dalam Tesco. Hari ini Eliya ingin membeli sedikit barang dapur memandangkan esok umat Islam akan mula berpuasa. Dia hendak memasak sedap-sedap buat suaminya.

Banyak juga barang yg dibeli sehingga semuanya mencecah RM230. Banyak resepi yg mula masuk ke dalam fikiran. Dia akan pastikan Ziyyad tidak mahu makan di luar lagi. Selesai membayar, Eliya ke food court. Dia hendak mengisi perut kerana dari pagi lagi dia tidak makan.

Kelibat seorang lelaki yg dikenali dijeling. Lelaki itu melambai ke arahnya dengan senyuman yg lebar.

"Liya? Lama gila tak jumpa. Tak sangka jumpa awak kat sini", tegur lelaki itu.

"Tulah. Awak buat apa kat sini? Saya beli barang dapur sikit", ujar Eliya. Dia mula tidak selesa dengan kehadiran lelaki itu.

"Saja je jalan-jalan teman girlfriend. Awak dah kahwin ke?", soal lelaki itu apabila dia melihat cincin di jari manis Eliya.

"Wow kalau nak kahwin jangan lupa ajak saya tau. Ye, saya dah kahwin. Awak tu bila pulak Joe?".

Joe tersenyum kelat. "Saya gurau je lah. Tak ada girlfriend pun. Siapa yg nakkan saya ni? Awak pun tak sudi".

Eliya betul-betul rasa tak selesa. Kalau boleh dia hendak berlari meninggalkan Joe. Tapi apakan daya.

"Benda lama jangan diungkit. Saya pergi dulu lah. Takut suami saya cari nanti. Bye Joe. Assalamualaikum". Segera Eliya menolak troli meninggalkan Joe. Seleranya mati. Kenapa Joe muncul?

Eliya mengambil keputusan untuk makan di Pizza Hut. Dia meletakkan barang di dalam bonet sebelum bergerak ke sana. Perutnya sudah berkeroncong dari tadi.

Tiba di Pizza Hut, Eliya memilih untuk duduk di meja yg berada di paling hujung. Dia memesan makanan setelah waiter datang. Sedang ralit dia bermain telefon, dia terdengar suara yg amat dikenalinya.

Ziyyad! Dengan Dina lagi. Hati Eliya mula cemburu. Rahangnya diketap. 'Dina ni tak faham-faham ke Ziyyad tu suami aku?'.

Eliya bangun menghampiri meja Ziyyad dan Dina. Dia tersenyum mesra. Terus kerusi di sebelah Ziyyad ditarik.

"Abang tak cakap pun abang nak makan pizza? Sayang boleh buatkan". Tangan Ziyyad digenggam erat.

Ziyyad menarik tangannya dengan kuat. "Perlu ke aku cakap kat kau? Pizza kau buat tak sedap. Kenapa kau datang sini? Kacau kitorang nak date lah".

Dina tergelak kecil mendengar Ziyyad berkata begitu. Ziyyad sentiasa berada di pihaknya. Dia tidak perlu takut.

"Orang dah tak nak tu, terima je lah. Kesian you ni Eliya. Baik you duduk dekat tempat you semula".

Mencerlung mata Eliya melihat Dina yg tersenyum sinis ke arahnya. Tiba-tiba muncul Joe entah dari mana menegur mereka.

"Hai. Kau mesti suami Eliya kan? Aku nak pinjam jap isteri kau. Jom Liya", Eliya hanya menurut.

Ziyyad mengerutkan dahinya. 'Siapa lelaki tu? Asal Eliya ikut je? Ish, tak boleh jadi ni'.

"Kenapa awak datang sini Joe? Awak ikut saya ke?", soal Eliya sebaik saja mereka duduk di meja Eliya tadi.

"Hehe. Saya ter okey ter. Nasib baik saya datang tau. Awak jangan risau. Saya cuma nak tolong awak. Saya akan cuba lupakan awak, Eliya".

"Tolong macam mana? Hm saya pun tak faham perangai suami saya. Saya tahu awak baik, awak layak untuk perempuan yg lagi baik daripada saya".

"Yelah Eliya. Kita buat dia jealous. Saya tahu sekarang ni mesti dia tengah fikir siapa saya. Saya cerita kisah lucu and then awak gelak okey?". Eliya hanya mengangguk. Dia bersetuju dengan cadangan Joe.

Kisah yg Joe ceritakan memang lucu! Sakit perut Eliya kerana terlalu banyak ketawa. Dia rasa seperti masa dia rapat dengan Joe di univeriti dulu. Mereka sangat rapat tapi Eliya menjauhkan diri setelah Joe meluahkan perasaanya terhadap Eliya. Sampai sekarang Eliya masih kekok dengan Joe.

***

"Siapa lelaki tu? Aku ingat kau ni isteri yg baik lah kononnya. Rupanya kau curang", hambur Ziyyad setelah Eliya sampai ke rumah.

"Dia cuma kawan sayang masa kat universiti dulu. Macam abang dengan Dina lah tapi kitorang tak couple. Abang curang dengan Dina tak apa pulak?", balas Eliya. Dia membuka tudung dan duduk di atas sofa.

"Aku tak curang. Dina tu dah lama dengan aku. Kau yg baru datang dalam hidup aku".

Eliya mengeluh panjang. Dia sudah mula hendak menangis. "Ya, apa yg abang buat semua betul. Sayang je yg salah".

Ziyyad meraup mukanya beberapa kali dan menggaru hidung. Dia buntu. Dia tidak tahu sama ada dia sudah mencintai Eliya atau itu cuma perasaan yg singgah sebentar.

"Susah ke abang nak terima sayang? Sayang cuma na...", Pruttt! Bau busuk masuk ke rongga hidung Ziyyad. Eliya yg baru hendak menitiskan air matanya dirasakan air mata masuk kembali.

"Kau kentut ke Eliya? Geli lah kau ni! Busuknya. Ya Allah, kau makan apa?". Ziyyad menutup hidungnya.

"Ma mmm maaf abang. Sayang masuk bilik dulu". Dengan muka yg merona merah menahan malu, Eliya meninggalkan Ziyyad di ruang tamu.

Ziyyad tergelak melihat muka Eliya. Eliya kadang-kadang suka buat dia ketawa. 'Comel betul isteri aku sorang ni'.

Crush Series : Crush Aku Suami AkuWhere stories live. Discover now