Bab 37

34.9K 1.4K 10
                                    

P/s : Sorry for the late update . Takde idea 😭

Cermin mata hitam dipakainya. Bagasi ditarik menuju ke pintu keluar lapangan terbang. Bunyi kasut tumit tinggi miliknya menarik perhatian beberapa orang di situ.

Ikha tersenyum melihat Ziyyad yg melambai mesra ke arahnya. "Thank you tau Zed sebab sudi ambik Ikha kat airport. Ikha tak tau nak minta tolong siapa dah".

"Tak ada apa-apa lah. Ikha nak stay hotel ke?", soal Ziyyad sambil meletakkan beg-beg milik Ikha ke dalam bonet kereta. Dia memandang pelik ke arah Ikha.

"Maybe? Kenapa Zed pandang Ikha macam tu?", Ikha tergelak kecil.

"Ikha nampak lain dengan rambut panjang macam tu. Dulu kan Ikha rambut pendek".

Hotel yg menjadi pilihan Ikha dituju. "Nanti jumpa lagi", kata Ziyyad sebelum Ikha keluar dari perut kereta. Ikha mengangguk dan mengenyitkan matanya.

***

"Abang pergi mana? Sayang call abang tak jawab pun. Umi suruh beli barang dapur sikit. Dia nak masak", ujar Eliya.

Ziyyad yg baru pulang daripada menghantar Ikha terus duduk di sofa kerana keletihan. Dia mengibas-ngibas mukanya. Kipas tidak dapat menghilangkan panas yg dirasainya.

"Ada kerja sikit", jawabnya ringkas seperti malas mahu melayan.

Eliya tidak berpuas hati. Namun cepat-cepat dia menepis sangkaan yg negatif. Dia mengurut bahu suaminya. "Abang nak teman sayang tak pergi kedai? Sayang pergi sorang-sorang je lah".

Jauh di sudut hati Eliya dia mengharapkan Ziyyad mahu menemaninya tetapi sebaliknya yg terjadi. "Sayang pergi sorang eh? Abang penat".

Sungguh kecewa dia di saat itu. Sampai hati Ziyyad tidak menghiraukannya. Dia terus berlalu ke pintu. Kunci kereta diambil. Tanpa berpaling ke arah Ziyyad, dia keluar dari rumah untuk ke kedai.

***

Suasana di meja makan diam tidak seperti biasa. Cikgu Shida memandang pelik ke arah anak dan menantunya. Eliya seperti tiada selera hendak makan. Ziyyad pula laju menyuap makanan ke dalam mulut.

"Kamu berdua gaduh ke?", soal cikgu Shida.

Ziyyad menangkat kening. "Tak lah. Kenapa umi?".

"Umi tengok pelik je korang ni. Biasanya ada je benda yg nak dibualkan".

Eliya menundukkan muka. Ziyyad sendiri tidak perasan dengan perubahan sikapnya. Dia betul-betul kecil hati.

Usai makan, Eliya mengemas di dapur. Cikgu Shida dan Ziyyad mengambil tempat di ruang tamu.

Cikgu Shida menepuk paha Ziyyad. "Kalau ada masalah, bincang elok-elok. Tak baik Ziyyad buat Liya macam tu". Ziyyad kehairanan.

"Kami tak gaduh pun umi. Biasa je".

"Umi boleh nampak yg Liya tu merajuk dengan Ziyyad. Mesti ada benda yg tidak kena".

"Nantilah Ziyyad tanya dia".

***

Eliya keluar dari tandas. Dari tadi tekaknya asyik loya. Kepala juga terasa berat. Dia berbaring di atas katil sambil memicit-micit kepalanya.

Kedengaran enjin kereta Ziyyad di luar rumah. Eliya mencebik. 'Tu mesti lepas dating dengan awek baru'. Dia menutup matanya untuk berpura-pura tidur. Malas hendak melayan suaminya.

Setengah jam kemudian Ziyyad masih tidak masuk ke bilik. Eliya cuba bangun untuk keluar. Dia menuju ke bilik cikgu Shida.

"Ziyyad pergi mana tadi? Lama betul keluar".

"Bawak kawan jalan-jalan. Bukan selalu dia datang KL".

"Kawan yg mana?". Eliya juga berdebar menanti jawapan Ziyyad.

"Err, Ikha. Umi ingat lagi tak?".

Berkecai hati Eliya mendengar nama Ikha. Rupa-rupanya Ziyyad keluar dengan perempuan itu dalam diam. Air matanya mula bertakung.

Dia menuju ke bilik semula. Pintu bilik dikunci dan dia menangis teresak-esak. 'Kenapa kau ni manja sangat hah? Asyik nangis je'. Dia menampar kedua-dua pipinya.

Susah untuk orang yg tidak mencintai kita terima kita seadanya. Baru dia tahu, Ziyyad tidaklah begitu sayang dengan dirinya. Perkahwinan ini juga atas bantuan cikgu Shida. Dia silap. Pasti Ziyyad hanya kasihankan dirinya selama ini. Mungkin dia akan diceraikan?

Eliya menggosok perutnya. Keputusan pregnancy test yg dibuat pagi tadi jelas menunjukkan dia sedang mengandung.

Entah bagaimana nasibnya selepas ini. Dia memandang sekeliling. Banyak kenangan indah dan pahit dia bersama Ziyyad di rumah milik suaminya. Mungkin selepas ini dia tidak dapat merasa lagi.

'Overthinking betul aku ni!'. Tiba-tiba dia tergelak sendiri. 'Mama, kakak nak balik rumah mama. Kakak nak mama'.

"Liya, buka pintu ni. Umi nak ajak Liya pergi jalan-jalan. Liya nak ikut tak?". Dia tahu itu suara cikgu Shida.

Eliya mengelap sisa air mata. Dia membetulkan rambutnya yg agak serabut itu lalu membuka pintu. "Umi nak pergi mana? Dengan anak umi ke?". Eliya tidak dapat menyembunyikan suara seraknya.

Cikgu Shida memegang pipi Eliya. "Liya nangis? Liya sakit ke? Bagitahu umi".

"Mana ada. Liya letih sikit. Sebab tu Liya balik awal dari kafe".

"Jangan tipu umi. Umi tahu Liya ada masalah".

Eliya memeluk cikgu Shida. "Betul ke Ziyyad keluar dengan Ikha? Ziyyad dah tak sayang Liya ke?".

Cikgu Shida mengurut belakang menantunya. "Umi pun tak faham dengan Ziyyad tu. Liya dengar dia cakap tadi ke? Ya Allah. Tak ada apa-apa lah Liya. Jangan risau"

"Mana boleh Liya tak risau. Tengok-tengok Liya ada madu. Sakit hati Liya ni umi". Eliya mencari kelibat Ziyyad tetapi tiada.

"Ziyyad tak akan buat Liya macam tu. Umi yakin. Dah, jangan nangis lagi. Jom teman umi pergi jalan-jalan. Ziyyad penat katanya".

"Ziyyad kat mana? Kejap Liya tukar baju dulu". Cikgu Shida mengangguk. "Ziyyad tidur dalam bilik umi. Dia kata Liya kunci pintu bilik. Dia tak nak ganggu Liya".

Penat melayan awek baru, biasalah. Eliya menenangkan hatinya. Dia mesti kuat. Selesai bersiap, dia memanggil cikgu Shida. Butik pakaian menjadi pilihan mereka. Cikgu Shida sudah rambang mata hendak memilih.

"Cantik-cantik baju kat sini. Liya tak berkenan ke?".

Eliya menggeleng kepala. Dia tiada mood hendak membeli-belah. Tiba-tiba tekaknya berasa loya.

Dia terus meluru ke tandas. Habis isi perut dimuntahkan. Kepalanya berdenyut-denyut ketika ini. Tisu di dalam beg tangan diambil dan dia mengelap di sekitar mulut. Nasib baik cikgu Shida tidak perasan.

Eliya keluar untuk mendapatkan cikgu Shida. Dia melihat umi kesayangannya sedang tersenyum di kaunter pembayaran. Eliya menghulurkan beberapa not RM50 kepada jurujual.

"Liya belanja". Eliya cuba mengawal tubuhnya yg terasa hendak pitam. Kuat Eliya, kuat!

Crush Series : Crush Aku Suami AkuWhere stories live. Discover now