Bab 34

34.7K 1.4K 41
                                    

Seperti yg dijanjikan, Eliya dan Ziyyad akan berpicnic bersama dengan Haiman. Mereka memilih untuk ke tasik. Cuaca petang itu juga redup. Tidaklah mereka kepanasan nanti.

Eliya membentangkan gulungan tikar yg dibawa. Bakul yg berisi makanan diletakkan di atas tikar. Ziyyad pula masih merajuk dengan Eliya. Dia duduk jauh sedikit daripada isterinya.

"Bila Haiman sampai?", soal Eliya. Ziyyad mengangkat sedikit mukanya untuk melihat Eliya. 'Mak aii! Cantiknya bini aku!'. Ziyyad tidak tahu pula Eliya sungguh ayu mengenakan baju kurung kain kapas berwarna hijau lumut. Dia asyik dengan rajuknya sampai tak sempat tengok si Eliya.

"Err, kejap lagi kot". Balas Ziyyad pendek. Eliya mengeluh perlahan. Lama betul suaminya merajuk.

Eliya mendekati Ziyyad. Ziyyad yg terkejut terus diam membatu. Dia tidak tahu sama ada dia perlu bergerak atau tidak.

"Abang, cuba tengok awan tu. Bentuk hati", kata Eliya. Ziyyad memandang ke langit mencari awan yg dimaksudkan.

"Tak ada pun".

"Abang ni, sempat lagi cari hati lain. Hati sayang tak kena cari. Dah ada kat sini", tangan Eliya diletakkan di dada Ziyyad. Ziyyad mengawal bibirnya daripada mengukir senyum.

"Haiman dah sampai". Ziyyad melarikan tangan Eliya. Dia menyambut kedatangan Haiman.

"Hei bro! Ni lah awek aku". Seorang gadis yg berada di belakang Haiman menjengulkan kepalanya. Dia ketawa tiba-tiba.

"Kau mesti terkejut kan? Eliya! It's me Tania. Girlfriend Haiman ni", jerit Tania sambil melambaikan tangannya.

Ternganga mulut Eliya. Bagaimana dia boleh tidak tahu. Ziyyad juga seperti sedang kebingungan.

"Korang tak payahlah buat muka pelik tu. Kejap lagi aku story", kata Tania. Dia menolong Eliya menghidangkan makanan.

"Macam mana kau boleh kenal Haiman?". Eliya menyusun buah tembikai yg sudah dipotong di dalam pinggan.

"Ingat tak masa aku datang KL hari tu? Aku pergi jumpa dia lah. Dia kan doktor jugak. Tak sangka pulak kitorang boleh tersangkut", cerita Tania dengan bersungguh-sungguh.

"Laa, ye ke? Kau tak bagitahu aku pun. Untung kau dapat Haiman. Handsome tau dia. Kalau aku jumpa dia sebelum aku jumpa Ziyyad mesti aku dah berkenan kat dia".

"Kau nak ni?". Tania menayangkan buku limanya. "Dia hak aku okey. Dah memang jodoh kitorang. Suami kau pun handsome apa?".

Eliya ketawa. "Aku gurau je lah. Aku setia pada yg satu. Kau pun tahu kan".

"Bagus. Aku ada bawak puding tadi. Mak Haiman yg buat. Dia restu weh hubungan kitorang".

"Mana? Untunglah kau. Suami aku tu duk merajuk sekarang. Susah betul nak pujuk. Kau tau sebab apa dia merajuk?"

Tania menghulurkan tupperware yg berisi puding. Memang nampak sedap.

"Kenapa? Alaa kau kiss je pipi dia lepas tu kenyit mata sikit mesti cair punya".

"Ye jugak kan? Kenapa aku tak terfikir. Dia merajuk sebab aku dah buat baju dia berlubang. Aku tengah iron baju dia hari tu, dia tercekik so aku tinggal lah. Tengok-tengok dah ada bentuk seterika".

Tania ketawa sambil menepuk-nepuk peha Eliya. Eliya hanya dapat mengaduh. Sakit betul tepukan si Tania ni. Kalau dia tak jadi doktor mesti dia jadi ahli gusti sekarang.

"Ya Allah, cutenya korang. Buat macam aku suruh tu in shaa Allah dia tak merajuk dah", saran Tania.

"Baiklah doktor".

Dari jauh Haiman dan Ziyyad asyik memerhati dua orang gadis yg ralit berbual sehingga tidak menghiraukan keadaan sekeliling. Kalau ada orang duduk makan dekat situ pun mesti mereka tidak sedar. Silap-silap boleh tambah dua tiga pinggan.

"Mesti tengah mengumpat kita tu", ujar Ziyyad. Dia duduk di bangku yg berdekatan dengan tasik. Rasa tenang sahaja melihat air di tasik itu. Kalau lah boleh mandi.

"Biasalah perempuan. Kau kenapa macam tak ceria je? Gaduh dengan Eliya ke?", tebak Haiman dan memang mengena.

"Ha'ah. Dia rosakkan baju kesayangan aku. Tak cermat betul masa gosok baju tu".

"Baju boleh beli baru. Kalau kau hilang Eliya, mana nak cari? Eliya tu antara gadis yg memang susah nak dapat. Kau kena jaga dia betul-betul". Haiman menggosok bahu Ziyyad.

"Betul jugak. Aku kena hargai dia. Takkan sebab benda kecik tu je aku nak merajuk". Ziyyad mengiyakan kata-kata Haiman.

Tania yg kebetulan melihat mereka mencuit lengan Eliya. "Kau rasa diorang tengah buat apa? Si Haiman tu siap usap-usap bahu lagi. Geli aku tengok"

"Kau janganlah fikir negatif. Diorang kan kawan baik. Kau ni pun satu, percayalah dengan Haiman tu. Tak lama lagi nak hidup bersama kan".

Kepala Tania terangguk-angguk. "Yelah. Aku tak curiga dah. Eh, jom panggil diorang. Dah siap hidang ni".

Eliya memanggil Ziyyad dan Haiman untuk menjamu selera. Nasi goreng buatan Eliya tidak henti masuk ke dalam mulut Ziyyad. Terasa ingin pecah sahaja perutnya kerana makan banyak.

***

Sejadah dan telekung dilipat oleh Eliya. Dia ke bilik Ziyyad untuk menjenguk suaminya. Ziyyad sedang terbaring di atas katil dengan muka berkerut.

"Abang okey tak?", tanya Eliya. Dia memegang dahi Ziyyad tetapi tidak panas.

Ziyyad membuka matanya. "Abang sakit perut. Banyak sangat makan tadi".

"Tu lah, makan gelojoh lagi. Nasib baik tak tercekik. Sayang sapukan ubat ye?". Botol minyak dicapai di atas almari. Eliya mula mengurut perut Ziyyad.

"Sayang masak sedap sangat". Jawapan ringkas Ziyyad berjaya membuat Eliya tersenyum.

Setelah beberapa minit, Ziyyad akhirnya tertidur. Eliya mengambil selimut untuk menutup badan Ziyyad supaya tidak sejuk.

Sebelum Eliya keluar dari bilik Ziyyad, dia sempat mencium pipi suaminya yg sudah lama dibuai mimpi. Dia menutup pintu dengan perlahan.

Eliya ke biliknya untuk menonton drama Korea. Drama The Heirs menjadi pilihannya. Laptop dibuka dan dimasukkan CD. Sudah lama dia tidak menatap wajah Choi Young Do yg dilakonkan oleh Kim Woo Bin. Dia lebih suka Young Do berbanding Kim Tan.

'Kenapalah handsome sangat Woo Bin ni. Kalau aku boleh pilih antara Ziyyad dengan Woo Bin mesti aku pilih Joong Ki. Eh, apa aku merapu ni? Hahaha'.

Crush Series : Crush Aku Suami AkuWhere stories live. Discover now