Bab 15

41K 1.6K 63
                                    

Sudah 3 hari Eliya tidak pulang ke rumah. Ziyyad tekad untuk mencari Eliya. Dia hendak membawa Eliya pulang.

Keretanya dipandu ke arah kilang perabot kepunyaan Sarah. Dia tahu Sarah akan membantunya. Coffee dari kafenya sudah siap-siap disediakan. Kelemahan Sarah adalah kopi.

Sampai sahaja di depan kilang itu, dia memberhentikan keretanya. Kakinya laju melangkah ke pejabat Sarah.

"Assalamualaikum. Boleh saya masuk?", Ziyyad bersuara seraya mengetuk pintu.

Bunyi salam dijawab dari dalam membuatkan Ziyyad tersenyum. Dia membuka pintu dan terus duduk di kerusi yg sudah disediakan.

"Kau buat apa kat sini?", tanya Sarah dengan muka terkejut.

"Bagitahu aku kat mana Eliya. Cepat Sarah, kau kena tolong aku".

"Tak. Aku takkan bagita...", ayat Sarah terhenti apabila melihat Ziyyad mengangkat plastik.

"Aku nak coffee tu. Tolong weh jangan seksa aku!". Sarah menutup telinganya. Dia hendak menyambar plastik tetapi tidak berjaya.

"Bagitahu dulu Eliya kat mana and this coffee will be yours". Akhirnya umpan sudah mengena.

Tanpa menunggu lama, Sarah menulis alamat rumah Izzati di atas kertas memo dan diberikan kepada Ziyyad. Coffee sudah bertukar tangan.

Laju Ziyyad memecut ke rumah Izzati. Lampu merah pun dia nampak hijau. Dia sudah tidak mempedulikan keadaan sekeliling. Eliya, hanya nama itu yg bermain di fikirannya sekarang.

***

"Eliya, bangun! Kau ni nak tidur sampai bila? Tolong aku masak nasi goreng ni", jerit Ain si housemate Izzati. Walaupun baru sahaja berkenalan, Ain pandai menyesuaikan diri dengan Eliya.

Eliya menapak ke dapur dengan malas. Kepalanya masih berbalut tetapi sudah tidak sakit seperti malam kejadian. Ain memberikan Eliya pisau dan bawang merah. Eliya lambat-lambat membuat kerja.

"Aduh!". Telinga Ain menangkap jeritan kecil Eliya. Dia melihat jari Eliya yg luka. Berdarah lagi!

"Kau ni kan lain kali buat kerja tu hati-hati. Tahulah rindu suami tapi agak-agaklah". Ain mengambil kotak first aid untuk mencuci luka Eliya sebelum membalut jarinya dengan plaster.

Bunyi hon di luar rumah mengejutkan mereka. "Takkan Izzati dah balik kerja. Jarang minah tu balik awal. Dating dengan tunang dulu lah katakan", Ain memberitahu Eliya dengan gaya gangster.

Ain mengambil tudung dan disarungkan ke kepalanya. Dia membuka pintu untuk melihat siapakah gerangan yg datang ke rumahnya.

Ziyyad sudah berada di depan pintu. Ain agak terkejut semasa membuka pintu kerana Ziyyad...sangat kacak!

"Ya Allah, putera raja mana ni datang rumah aku. Asal handsome sangat ni. Encik ni nak datang lamar saya ke?". Ain cuba bergurau. Gurauan Ain disambut dengan gelak tawa Ziyyad. Ain mula menggaru kepalanya.

"Aku datang ni nak jemput isteri aku. Eliya ada kat dalam?". Muka Ain mula merona merah.

"Kenapa tak cakap suami Eliya. Ish, malu aku", dengan gaya gangster Ain menjemput masuk Ziyyad ke dalam rumah dan memanggil Eliya.

"Jap aku nak ambik tudung!", laung Eliya.

"Ehh tak payah. Cepatlah", gesa Ain. Ain menarik tangan Eliya ke ruang tamu. Eliya terkedu melihat Ziyyad.

Ziyyad yg mula perasan dengan kehadiran Eliya cepat berpusing ke arah belakang. Dia juga terkedu. Ini adalah kali pertama dia melihat Eliya tanpa bertudung. Rambut Eliya disanggul kemas dan...okepalanya berbalut!

Bingkas Ziyyad bangun mendekati Eliya. Ain kembali ke dapur untuk membancuh air. Ziyyad menarik tangan Eliya agar duduk di sofa bersamanya namun Eliya menepis kuat tangan Ziyyad.

"Buat apa awak cari saya? Pergilah kat Dina, kekasih untill Jannah awak tu. Saya tak nak tengok muka awak". Eliya membuka langkah untuk pergi tetapi tangan Ziyyad lebih pantas memegang lengan Eliya.

Akhirnya Eliya akur menuruti langkah Ziyyad. Dia duduk di sofa yg agak jauh dari suaminya.

"Kenapa kepala kau tu? Jangan cakap sebab Dina tolak kau, kau jadi macam ni", tanya Ziyyad dengan penuh risau.

"Jangan cakap? Masalahnya saya nak cakap jugak yg memang Dina buat saya terhantuk kepala kat batu sampai luka. Tapi salah saya kan? Yelah Dina je betul", sindir Eliya pedas.

"Janganlah cakap macam tu. Aku tahu aku salah. Aku tak sepatutnya marah kau. Pasal papa, aku minta maaf sangat. Aku memang jahat. Kau pukullah aku", dengan mata tertutup Ziyyad terima jika dia ditumbuk kuat oleh Eliya.

"Awak tak layak panggil dia papa. Cukuplah Ziyyad. Saya dah letih tau. Kalau awak betul-betul cintakan Dina, kahwin je dengan dia. Saya undur diri", dengan berat hati Eliya menutur kata. Di dalam hatinya dia berharap Ziyyad tidak akan melepaskannya.

Melepaskanmu,
Bukan mudah bagiku untuk melalui semua ini...

Ops! Ternyanyi dalam hati pulak.

Ziyyad melutut di hadapan Eliya. Dia memegang tangan Eliya. "Jari kau pun luka?", soal Ziyyad. Eliya tidak menjawab pertanyaan Ziyyad. Dia betul-betul terkejut dengan tindakan Ziyyad terhadap dirinya.

"Aku takkan lepaskan kau, Eliya. Aku janji aku akan cuba untuk mencintai kau. Kau boleh tolong aku kan? Maafkaan aku kalau kau terasa hati dengan aku. Aku takkan menduakan kau. Aku tahu betapa peritnya jika suami berkahwin dengan perempuan lain sebab aku dah biasa tengok umi cuba untuk kuat hari-hari. Aku tak nak kau rasa apa yg umi rasa".

Setitis, dua titis dan mengalirlah air mata Eliya. Dia mencium tangan Ziyyad.

"Saya nak minta maaf jugak. Saya dah banyak buat salah. Saya tak nak jadi isteri derhaka. I'm sorry, mr hubby". Eliya memeluk erat badan Ziyyad. Ziyyad juga membalas pelukan Eliya. Dia berharap Eliya masih dapat menerima dirinya. Dia akan cuba untuk menjadi suami yg baik kepada Eliya. Eliya mudah dipujuk. Dia tidak suka berdendam.

Ain yg menyaksikan babak tersebut turut mengalirkan air mata. Dia meletakkan dulang di atas meja kopi.

"Asal korang ni buat aku nangis", dalam tersedu-sedu Ain bersuara.

"Perangai gangster macam kau pun boleh nangis eh?". Spontan Eliya tergelak mendengar usikan Ziyyad.

"Kurang ajar. Nasib baik kau suami Eliya kalau tak aiii aiii", Ain menunjukkan penumbuknya.

Ziyyad menunggu di dalam kereta sementara Eliya mengambil bajunya. Eliya sempat meninggalkan nota di atas katil Izzati. Dia memeluk Ain dan berterima kasih kerana menerima kehadiran dirinya.

Ziyyad tersengeh dan melempar kunci kereta ke arah Eliya. "Kau drive okey?". Eliya mendengus geram. Ingatkan dah berubah.

Eliya hanya menurut. Dihidupkan enjin kereta Ziyyad. Dengan lafaz bismillah, dia mula memandu dengan berhati-hati.

P/s : *Rujuk gambar. Sape tak cair weh tengok Ziyyad sengeh camtu. Kalau sis pun sis sanggup drive. Kehkeh.

Crush Series : Crush Aku Suami AkuWhere stories live. Discover now