Bab 10

39.9K 1.8K 56
                                    

Pagi itu, Eliya pergi ke Zed's Cafe milik Ziyyad dengan menaiki teksi. Pukul 8 kafe ini akan dibuka. Eliya mengambil sebatang penyapu dan mula menyapu lantai sambil menunggu kedatangan pekerja-pekerja Ziyyad yg lain.

Syamimi tiba bersama beberapa plastik di tangan. Dia meletakkan plastik di atas kaunter. Ada beberapa kotak di dalamnya. Syamimi cekap membuat kerja dengan meletakkan kotak-kotak yg mengandungi kek itu di tempat yg sudah dikhaskan.

"Kek ni Mimi buat sendiri ke?", soal Eliya. Kek-kek itu nampak sungguh sedap terutama oreo cheese cake.

"Ha'ah puan. Tapi ada yg saya tempah kat kedai kek. Memang biasanya macam ni lah hari-hari".

"Janganlah panggil saya puan. Panggil kak Liya je".

"Baiklah puan eh kak Liya", Syamimi tersenyum malu. Belum biasa dengan Eliya.

Tidak lama kemudian Jeremy dan Fattah pula tiba di kafe. Mereka turut membibit plastik dan diletakkan di dapur kafe. Rupa-rupanya kafe Ziyyad ini turut menghidangkan makanan berat ala western.

Tepat pukul 8 pagi, Eliya menukar papan tanda close kepada open. Ramai orang datang berpusu-pusu ke kafe Ziyyad. Letih juga Eliya hendak melayan pelanggan. Kafe Ziyyad boleh dikatakan tidak pernah kosong. Pasti ada pelanggan yg akan memenuhkan 10 buah meja di dalam kafe itu.

Kafe Ziyyad sudah semestinya berkonsepkan hipster seperti rumahnya. Kebanyakan barang berwarna hitam dan putih. 70% binaan kafe ini adalah menggunakan kayu. Pasu-pasu bunga diletakkan di setiap penjuru dan depan kaunter.

Eliya sempat mengambil selfie dan beberapa keping gambar. Dia memuat naik ke dalam akaun Instagram. Notification WhatsApp Eliya berbunyi. Chat daripada Sarah dibaca oleh Eliya.

Sarah: Kau kerja kat kafe ke? Asal tak cakap? Aku craving sangat dengan coffee ni.

Eliya: Ni kafe suami aku. Aku pun tak tahu dia ada kafe. Eh datanglah. Nanti lunch break okey?

Sarah: Of course aku datang. Actually dah lama aku nak datang sebab Zed's Cafe ni boleh tahan popular. Coffee dia memang pergh la.

Eliya: Hahaha. Okey aku tunggu kau. Tapi tak ada diskaun. Tak pasal-pasal gaji aku kena potong nanti 😜.

Sarah: It's okay, aku faham. Demi coffee aku sanggup bayar mahal. See you soon babe.

Eliya kembali menyambung kerja yg tergendala tadi. Dia mengambil pesanan daripada pelanggan. Jeremy pula menyediakan pesanan seperti kek dan minuman. Syamimi sibuk di dapur memasak makanan yg dipesan.

"Encik nak pesan apa?", soal Eliya kepada salah seorang pelanggan.

"Saya datang sini nak tengok cik err cik Eliya yg manis ni je". Pelanggan itu sempat menjeling nametag Eliya yg disemat pada apron. Ya, dia sendiri tidak tahu Ziyyad sudah membuat nametag untuknya.

Dasar lelaki gatal! "Maaf ye encik. Boleh tak jangan main-main? Saya ada banyak lagi kerja ni".

Fattah yg perasan dengan riak muka Eliya segera ke meja tersebut. Dia mengambil alih tugas Eliya. Eliya mendengus geram. Dia menuju ke kaunter pembayaran. Malas hendak melayan pelanggan, dia duduk di situ sambil menunggu pelanggan yg hendak membuat bayaran. Harga makanan di kafe Ziyyad tidak begitu mahal dan tidak juga begitu murah. Memang berpatutan.

Pada lunch hour, pelanggan semakin ramai. Mereka berempat tidak duduk diam. Pasti ada kerja yg perlu dilakukan. Sarah masuk ke kafe dan melambai ke arah Eliya.

Eliya segera menyambut kedatangan rakannya itu. Dia melayan Sarah dengan baik. Sebelum Sarah pulang, dia sempat membungkus 2 gelas mocha untuk dibawa pulang. Sah Sarah hantu coffee!

Jam di dinding menunjukkan pukul 2:30 petang. Eliya terkocoh-kocoh masuk ke bilik yg dikhaskan untuk solat. Usai menunaikan solat Zohor, Eliya kembali menyambung kerja.

Syamimi nampak keletihan. Eliya menawarkan diri untuk memasak sementara Syamimi solat dan berehat sebentar. Pesanan 2 pinggan spaghetti bolognese disiapkan oleh Eliya. Dia sudah biasa memasak di rumah dahulu.

Kelihatan Ziyyad masuk ke kafe. Eliya menjeling sekilas ke arah pintu masuk. Namun hati Eliya bagai ditusuk sembilu apabila melihat ada seorang gadis yg mengekori langkah Ziyyad. Mereka seperti sepasang kekasih yg bahagia. Mudahnya Ziyyad ketawa dengan karenah gadis itu.

Eliya mengalihkan pandangan. Cukup. Dia tidak mahu lagi melihat adegan acah-acah sweet antara Ziyyad dengan kekasihnya.

Ziyyad sengaja menguatkan suaranya agar Eliya perasan dengan kehadiran dia dan Dina. Dina duduk di salah satu meja berhampiran dengan kaunter.

Pelanggan yg memesan spaghetti tadi memanggil Ziyyad untuk datang ke mejanya. "Bos, banyak sedap meh spaghetti ini hari. Tukang masak baru itu ke yg masak? Dah lah cantik, pandai masak. Saya banyak puas hati. 5 bintang saya kasi". Tutur pelanggan yg berbangsa cina itu.

"Ya, dia yg masak. Terima kasih. Makanlah. Nanti datang selalu tau", ujar Ziyyad dengan muka gembira. Cantik? Cantik ke Eliya?

Dina yg mendengar pujian pelanggan itu mencebik. Dia mencari kelibat Eliya. 'Cantik sangat ke minah tu? Agak-agak boleh lawan aku ke?'.

Eliya keluar meletakkan pesanan yg sudah dimasak di atas kaunter supaya Fattah boleh menghantarnya ke meja. Dina terkedu melihat Eliya. Walaupun Eliya cuma memakai baju kurung kapas berbunga halus dan tudung bawal crepe kosong, Eliya tetap nampak manis. Warna hijau menyerlahkan lagi kulit putih bersih Eliya.

Dina cepat-cepat memanggil Ziyyad untuk duduk bersamanya. Angin cemburu datang menerjah diri Dina. Dia takut Ziyyad akan terpegun melihat kecantikan Eliya.

Ziyyad sempat melihat ke arah Eliya yg menundukkan kepalanya. Tiada senyuman. Perasaan bersalah mula dirasai namun dia menepisnya jauh-jauh. Dia duduk berbual dengan Dina. Begitu mesra sekali.

Di dapur, Eliya cuba menahan tangis. Air mata mula turun membasahi pipi. Syamimi yg sudah selesai berehat menghampiri Eliya. Dia memeluk Eliya untuk memberi kekuatan. Eliya terus menangis di dalam dakapan Syamimi. Jeremy yg sempat menjenguk ke arah dapur datang menghampiri.

"Kak Liya kena kuat meh. Kalau bos asyik buat kak Liya nangis, biar Jeremy yg bahagiakan kak Liya", ujar Jeremy dalam nada bergurau.

Eliya tersenyum kelat. Dia tahu Jeremy ingin memujuknya. Ya, dia kena kuat! Tiba-tiba datang semangat entah dari mana merasuk diri Eliya. Dia membasuh muka di sinki.

Meja di mana tempat Ziyyad dan Dina duduk didekati. Makanan yg dipesan oleh Dina dia hendak menghantarnya sendiri. Syamimi dan Jeremy hanya memerhati dari dapur.

"This is for you miss Dina and for you malam ni ye", Eliya mengenyitkan mata dan mencuit manja dagu Ziyyad. Ziyyad terkejut dengan tindakan Eliya. Betul ke ni Eliya?

Eliya berlalu pergi dengan keluhan kecil. Padan muka kau Dinasour! Belum sempat Eliya sampai ke kaunter, Dina merentap tangan Eliya.

"Hei pompuan, berani you pegang dagu Ziyyad? You tu siapa? Ziyyad tak cinta kat you pun. Dia cinta kat I sorang je sampai bila-bila", dengan hidung kembang-kempis Dina menghamburkan kata. Jelas terpancar kemarahan pada mukanya.

"I'm his wife. Saya boleh pegang dia suka hati saya because we're already halal. Sorry, I have to continue my work. Bye miss Dinasour". Dengan sedikit kekuatan, Eliya melangkah pergi. Hodoh betul muka Dina ketika marah. Hahaha.

Ziyyad seperti tidak percaya dengan apa yg dilihatnya. Eliya bukanlah gadis yg lemah. Dia salah menilai isterinya.

Crush Series : Crush Aku Suami AkuWhere stories live. Discover now